Gerhana Bulan Penuh pada 10 Disember 2011

Assalamualaikum.

InsyaAllah, kejadian Gerhana Bulan Penuh (Lunar Eclipse) akan dapat dilihat di seluruh Malaysia malam ini bersamaan 10 Disember 2011, bermula dari 7.34 malam sehingga 1.30 pagi Ahad. Kepada semua umat Islam boleh la mengambil kesempatan ini untuk menunaikan Solat Sunat Khusuf sempena fenomena Gerhana Bulan ini. Boleh rujuk di sini


*Gambar rajah bagaimana fenomena Gerhana Bulan terjadi


Berita penuh dari mynewshub.my

KUALA LUMPUR – Masyarakat di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan bermula dari 7.34 malam esok sehingga 1.30 pagi Ahad.
Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara, Redzuan Tahar, berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.
“Pencerap di Malaysia akan dapat melihat keseluruhan gerhana dan juga ketika bulan di fasa titik gelap pada 10.32 malam sekiranya tiada perubahan cuaca,” katanya ketika dihubungi.
Redzuan berkata, orang ramai boleh datang ke Planetarium Negara bagi menyaksikan fenomena itu selain mengikuti perkembangan semasa fenomena gerhana bulan penuh kali ini melalui laman sosial Facebook, ‘Lunar Malaysia Eclipse’.
Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh hubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium. – BERNAMA

3 comments:

  1. kalau boleh kita buat solat gerhana malam ni...itu lagi afdhal...

    ReplyDelete
  2. tak sabar untuk tunggu malam nie..

    ReplyDelete
  3. The chosen one, tinggalkan email kat sini. http://facebookviral.blogspot.com/2011/11/blog-apa-ni.html

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share