Penyerahan Bantuan 1Malaysia Fasa 1 untuk Penduduk Labuan

Assalamualaikum.


Pengumuman khas untuk penduduk Labuan berhubung penyerahan Bantuan 1Malaysia Fasa 1. Penyerahan BR1M akan dilakukan pada 3 & 4 Februari di Dewan Serbaguna Perbadanan W.P.Labuan bermula pada jam 7.30 pagi untuk sesi pendaftaran. Sesi penyerahan pada jam 9.00 pagi. Pengumuman penuh boleh dilihat di bawah.



*Petikan di ambil dari Facebook Parlimen Labuan


Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1Malaysia.

Makluman kepada warga Labuan. Penyerahan Bantuan 1Malaysia Fasa 1 akan diadakan pada 3/02/2012 dan 4/02/2012, bertempat di Dewan Serbaguna Perbadanan W.P Labuan. Kaunter pendaftaran akan dibuka bermula dari 7.30 pagi dan acara akan bermula pada 9.00 pagi.

Penyerahan surat jemputan bagi penerima fasa 1 telah diagihkan melalui JKK Kampung masing-masih dan juga dihubungi melalui telefon , selain daripada itu, surat jemputan turut diedarkan melalui p.o box/ peti surat alamat pemohon.

Ataupun sila membuat semakan nama penerima Fasa 1 di Wisma Perbadanan Labuan , Tingkat Bawah (Bekas Perpustakaan lama W.P Labuan) pada hari Isnin (30/02/2012) dan Selasa (31/02/2012). Kaunter akan dibuka pada tarikh tersebut bagi penerima yang belum menerima surat jemputan.

Kepada yang gagal dalam pemohonannya, surat telah dan akan dihantar terus ke alamat masing-masing. Manakala bagi yang telah memeriksa jawapan daripada LHDN yang mereka telah layak menerima bantuan tersebut, bantuan akan diagihkan secara berperingkat pada masa yang akan ditetap nanti.

Sebarang pertanyaan sila berhubung terus ke PEJABAT PARLIMEN LABUAN (087-411669). Sekian dan harap maklum.


*Semoga rakyat Labuan dapat manfaat dari Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ni.

(Video) Mari Belajar Lagu Awan Nano bersama Johan Raja Lawak!

Assalamualaikum.

*Masih dalam mood Awan Nano


Seriously aku masih dalam mood Awan Nano. hehehe. Gila sedap Hafiz nyanyi lagu ni, even though pakai baju t-shirt dengan seluar tracksuit berbanding finalis AJL26 yang lain pakai pakaian bling-bling. Vokal mantap broooo. Korang nak nyanyi lagu Awan Nano semantap Hafiz tak? Boleh ikut ajaran Cikgu Vokal, Johan Raja Lawak. 

Confirm lepas ni kalau korang karaoke kat majlis-majlis kahwin, berkhatan, gotong-royong belia, atau lain-lain majlis, orang ramai, anak dara, makcik-makcik jatuh hati sebab vokal setanding ngan Hafiz.

Terbaikkkkkk

Jom belajar nyanyi lagu Awan Nano bersama Johan! 


Awan Nano Juara Anugerah Juara Lagu ke 26!




Tahniah buat Hafiz, M.Nasir dan Budi Hikayat atas kemenangan lagu Awan Nano sebagai Juara Anugerah Juara Lagu ke 26. Memang best Hafiz nyanyi lagu tu, even pakaian pakai t-shirt round neck dengan tracksuit je. Siap dapat anugerah Vokal Terbaik lagi. Tahniah Hafiz.

Awan nano nano nano nano nano..memang best wa cakap lu!

Keputusan Penuh AJL26

Persembahan Terbaik:
Alyah (Kisah Hati)

Vokal Terbaik: 
Hafiz (Awan Nano)

Tempat Ketiga:
Faizal Tahir (Karma)

Naib Juara:
Sheila Hamzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor
(Beribu Sesalan)

JUARA LAGU KE-26:
HAFIZ (AWAN NANO)

Siapakah Juara Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26) ?

Assalamualaikum.

Malam ini bakal berlangsung Anugerah Juara Lagu ke - 26 jam 9 malam di Stadium Putra Bukit Jalil. Boleh tengok siaran langsung seperti biasa tiap-tiap tahun di TV3. Kalau tak dapat tengok di TV, boleh tengok Live Streaming Anugerah Juara Lagu ke - 26 di sini


Aku sokong lagu Sedetik Lebih walaupun Jaclyn Victor yang nyanyi lagu tu malam ni. Korang pula jangkakan siapa jadi Juara AJL26 tahun ni?

Keputusan Liverpool vs Manchester United (28 Januari 2012)



Piala FA: Liverpool VS Manchester United (28 Januari 2012)


Game semalam. Liverpool mara ke pentas final apabila berjaya menumbangkan Manchester United dengan keputusan penuh,

Full Time
                 LIVERPOOL (2) - (1) MANCHESTER UNITED

Google Friend Connect (Widget Followers) akan Dimansuhkan?

Assalamualaikum.


Google Friend Connect Dimansuhkan Pada 1 Mac 2012

You heard me. Google Friend Connect aka Widget Followers bakal dimansuhkan perkhidmatannya oleh Google pada 1 Mac 2012. Mungkin ramai yang dah tahu, tapi mungkin juga lagi ramai yang masih tak tahu. Google secara rasminya dah umumkan mengenai perkara ni di blog rasmi dorang googleblog.blogspot.com pada September 2011. 
Google Friend Connect—Friend Connect allows webmasters to add social features to their sites by embedding a few snippets of code. We're retiring the service for all non-Blogger sites on March 1, 2012. We encourage affected sites to create a Google+ page and place a Google+ badge on their site so they can bring their community of followers to Google+ and use new features like Circles and Hangouts to keep in touch. (Sumber)

Hukuman Penjara untuk Pelajar Jual Baucar Buku 1Malaysia



Isnin lepas aku ada buat entri pasal baucar buku 1Malaysia ni kena lelong di internet, boleh tengok sini, kerajaan dah announce barang siapa yang didapati menjual dan melelong baucar ini boleh dikenakan tindakan. Jika didapati bersalah boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat. Yes, hukuman sebat termasuk sekali untuk pelajar-pelajar yang salah guna baucar ni, yang aku rasa agak keterlaluan. Tapi, itu keputusan kerajaan, mungkin ada juga rasionalnya di situ.

Kad Kahwin Yusry dan Lisa Surihani


*Credit gambar: beautifulnara.com

Seperti yang dikatakan oleh Abang Nara, simple je kad kahwin ni untuk kedua-dua bakal pengantin yang bertaraf selebriti. Yusry Abd. Halim dan Lisa Surihani akan bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada tarikh 23 Februari ini. Manakala, majlis resepsi akan berlangsung pada 26 Februari 2012 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Tahniah Yusry dan Lisa Surihani.

(Tutorial) Memasang Google Analytics Pada Blog



Google Analytics ni dah lama dah, tapi baru tahun ni aku start practice di blog dan aku baru sedar yang ianya sangat berguna sebagai sumber rujukan utama trafik ke blog. Untuk pengetahuan, Google Analytics ini adalah servis percuma dari Google yang memaparkan segala jenis informasi pelawat anda yang datang ke blog, seperti dari mana trafik datang contohnya referral(s) seperti facebook, keyword apa yang pelawat cari dan bounce rate blog anda. Senang cakap, Google Analytics adalah servis yang perlu ada dalam blog sekiranya anda seorang yang mementingkan trafik dan ingin mengoptimumkan entri SEO.

So, dalam artikel ni aku tunjukkan langkah-langkah bagaimana nak meletakkan Google Analytics ni dalam blog. Senang je nak ikut. 

Wordless Wednesday #18

Hot stuff! Mana satu u mau?



*Gambar ni dah jadi viral di facebook. Kakak kah atau Abang kah? hehe. Gong Xi Fa Cai.

Blog Serius Kena Hack?

*Updated: Header terkini blogserius.blogspot.com


Benarkah?? 

Lelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) di Internet

Hurm..


Screenshot di atas ni aku ambil dari mudah.my. Ayat karang baik punya, siap ada diskaun lagi. Korang berminat tak beli baucar ni? Ini lah namanya pelajar tak bersyukur.


Berita Penuh di Berita Harian Online

Pelajar IPT guna beberapa laman blog, forum untuk iklan tawaran jual BB1M

PUTRAJAYA: Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet.

(Video) Budak Rocker 8 Tahun Paling Popular di Dunia

Rawrrrrrrrrrrrrr!



Serius comel budak ni nyanyi lagu ganas. haha. Budak bernama Juliet ni berasal dari Australia dan baru berumur 8 tahun. Video lagu 'My First Hardcore Song' yang budak ni nyanyi dimuat naik oleh ibunya, Childs di laman youtube pada khamis lepas dan sehingga hari ini total views video tersebut telah mencecah 8 JUTA. Jadi youtube sensation terus budak ni.

(Entri Spesel) Terima Kasih Lyssa!

Assalamualaikum.

Permulaan entri spesel yang pertama untuk tahun ini. Kalau anda seorang blogger, mesti kenal dengan blogger  hebat yang rajin tulis tutorial blog ni. Sehingga hujung tahun lepas, jumlah pengikut atau followers blog bagi blogger  tersebut merupakan yang tertinggi dengan 39 ribu jumlah pengikut. Sekarang dah 42 ribu dah pun. Boleh tengok entri aku yang lepas, 10 blog dengan follower terbanyak bagi tahun 2011 di sini

Tahun ni juga merupakan permulaan yang sangat baik bagi blogger ni bila nama twitter beliau masuk berita TV3 jam 8 semalam. Bertambah popular la lepas ni. huhu. Blogger yang dimaksudkan adalah Lyssa Faizureen, pemilik blog lyssasecret.com dan entri spesel ini ditulis sebagai tanda penghargaan kepada Lyssa setelah menjadi pengikut blog Aku Anak Labuan yang ke 1327. hehehe.


Selain tu, Lyssa sempat drop komen lagi kat shoutbox. Terima kasih Lyssa :)



p/s: Best rasa bila blogger hebat jadi follower blog kita yang tahap biasa je ni. Masih menanti bila lah Ben Ashaari follow blog ni. hahaha.

Al-Fatihah, Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

Assalamualaikum.

Berita ni aku baru baca dari Twitter dan Facebook. Takziah buat keluarga arwah. Screenshot di bawah adalah tweet dari adik arwah, Aril AF dan Pak Nil.



Punca kematian masih tidak dapat dikenalpasti, tetapi dikhabarkan ada jangkitan kuman pada saluran darahnya. Semoga roh Izwan Pilus ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah.

Gambar Majlis Pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee

Assalamualaikum.

Jutaan tahniah buat Ally Iskandar yang telah selamat menjadi suami kepada Farah Lee dengan 2 kali lafaz dalam majlis yang dijalankan di Masjid Kristal, Terengganu. 12 keping gambar majlis pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee di bawah. Layan layannnnnnnn



Shoutbox Fibox Pening Lalat?

Assalamualaikum.

Screenshot fibox di bawah ni aku print screen dari blog bro Harrazdani. hehe.

Faham tak? hehe..


Ok, masalah dia macam ni. Setiap kali aku blogwalking kat blog yang pasang fibox, aku jumpa shoutbox dia jadi macam kat atas ni. Mula-mula loading, lepas tu kotak shoutbox muncul sekejap sebelum hilang, lepas tu loading balik, then kotak komen fibox muncul balik, lepas tu hilang lagi, dan berulang-ulang la macam tu sehingga mematahkan hasrat murni untuk blogwalking ke blog rakan-rakan. huhu.

Ada yang turut mengalami masalah yang aku alami ni tak? Dalam 2,3 hari ni asyik-asyik macam tu je la, mood nak blogwalking jadi terganggu sikit sebab page blog yang pasang fibox tu jadi slow sikit loading. Browser aku ke yang masalah, atau fibox? Musykil yang amat ni.


p/s: Nak tukar cbox yang aku pasang sekarang. Lepas ni nak guna shoutbox busuk pula.

Sahabat



"A friend is one who believes in you when you have ceased to believe in yourself."

Wordless Wednesday #17

*nyah kau toksin!


Lelaki Maut Dilenyek Lori 5 Tan di Menggatal, Sabah

Assalamualaikum.

Berita yang agak ngeri saya baca pagi ini. Seorang lelaki menemui ajal apabila dilenyek lori lima tan milik rakannya yang kebetulan mengundurkan kenderaan berat itu dalam kejadian di Menggatal, Sabah. 

*Cilok dari Google. Lori 5 tan.

Berita kemalangan lain dari Labuan, seorang lelaki yang cuba melintas trafik, maut apabila dilanggar sebuah van akibat tersadung dan terjatuh di atas jalan raya. Tapi, kejadian ni saya pun tak pasti di mana.

Saya Mahu Wang Kertas Malaysia Siri Baharu dari Eyriqazz.Com

Assalamualaikum.

Tahun ini kerajaan akan mengeluarkan siri wang kertas yang baharu yang mana nilai wang kertas RM20  diperkenalkan semula setelah penggunaannya dihentikan pada tahun 1995. Masa tu masih guna simbol $ macam gambar dalam entry yang saya keluarkan di wang kertas lama $1.

*Wang Kertas Set RM20

Lee Chong Wei Juara Terbuka Malaysia 2012!

TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI!


Tahniah! Datuk Lee Chong Wei berjaya muncul sebagai Juara Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia selepas menundukkan pemain muda Jepun, Kenichi Tago. Kemenangan ini juga merupakan kejuaraan Datuk Lee Chong Wei buat kali yang kelapan, menyamai rekod Wong Peng Soon.

Sebagai juara, Datuk Lee Chong membawa pulang USD30000 manakala Kenichi Tago dengan USD51000. Keputusan penuh Lee Chong Wei menentang Kenichi Tago

Chong Wei (2) - (1) K. Tago
  21 - 6
    21 - 13

(Tutorial) Butang Papar/Sembunyi Shoutbox

Assalamualaikum.


Tutorial ni untuk hide shoutbox korang. Kalau klik butang, baru shoutbox keluar. Menjimatkan ruang la konon-konon. Tapi, banyak juga blogger yang ambik kesempatan dengan widget bentuk ni. Asal tekan je, keluar sekali iklan. Kalau satu iklan je keluar kira takpe la, tapi kalau sampai lima? Sampai penuh tab browser? Melampau tu. Jangan la desperate sangat nak kaut untung. Tapi, aku tak buat la macam tu, siap susun cantik-cantik dah iklan 20 sen kat atas tu. lalalala~

Tahniah! Lee Chong Wei Mara ke Final Terbuka Malaysia!

Assalamualaikum.

TAHNIAH!


*Tahniah!

Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke final setelah menewaskan Chen Long dengan rubber set. So, lepas ni Datuk Lee Chong Wei menentang Kenichi Tago (Japan) di final Siri Super Terbuka Malaysia. Semoga Lee Chong Wei berjaya merangkul kejuaraan di Terbuka Malaysia untuk kali kelapan. Keputusan penuh Lee Chong Wei vs Chen Long,


Chong Wei (2) Vs (1) Chen Long
21 - 18
17 - 21
21 - 13



Go! Go! Malaysia!

Lee Chong Wei Mara ke Separuh Akhir Terbuka Malaysia

Assalamualaikum.

Ini berita baik untuk dikongsi bersama peminat sukan badminton pagi-pagi ini. Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya menewaskan Taufik Hidayat untuk mara ke peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka Malaysia. Chong Wei bakal berentap dengan pemain kedua terbaik China iaitu Chen Long di separuh akhir.

*Datuk Lee Chong Wei

Tapi sebenarnya aku lebih mengharapkan ada barisan pelapis sebaik Datuk Lee Chong Wei selepas ni. Tak muncul-muncul lagi. Apapun yang terjadi, semoga Datuk Lee Chong Wei berjaya mempertahankan kejuaraan di Terbuka Malaysia untuk kali kelapan.

Pencapaian Blogging Sepanjang Tahun 2011

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni aku asyik belek-belek blog yang tak berapa nak cun ni, tengok-tengok balik apa yang dah aku capai sepanjang tahun 2011. So, untuk entri kali ni, aku nak kongsi sedikit pencapaian blog Aku Anak Labuan sepanjang tahun lepas. Bukan apa, sebagai pemangkin untuk lebih bersemangat untuk blogging tahun ni. hehe.

*Blog Aku Anak labuan dari skrin Samsung Galaxy SII

Wordless Wednesday #16

Assalamualaikum.

*Ini lah buah tarap


p/s: Dapat BE pertama untuk tahun ni. yahuu

Nyan Nyan Nyan Nyan Nyan..

Assalamualaikum.

*Mood: Bosan..


Nonstop Nyan ......

(Video) Penjelasan Amalina Che Bakri

Assalamualaikum.

Baru terasa nak menaip panjang-panjang kali ini. huhu. Akhir-akhir ini, hangat diperkatakan di ruangan blog dan media mengenai perubahan drastik seorang mahasiswa perubatan di UK iaitu Amalina Che Bakri. Dari seorang remaja melayu yang sopan, tiba-tiba muncul dengan imej rambut bebas berkaler-kaler. Tak semena-mena Amalina jadi sebuah topik yang panas sehinggakan ibu beliau terpaksa keluarkan kenyataan dan sebentar tadi, Amalina sendiri terpaksa memberikan penjelasan melalui Skype. Video kat bawah sekali.

Aku sebenarnya ada point nak tulis pasal hal ini. Tapi sebelum tu, kena brief sedikit mengenai siapa Amalina Che Bakri. Amalina Che Bakri merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan, seorang guru dan bapanya, Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Untuk pengetahun, kami mengambil SPM pada tahun yang sama tapi aku dapat 7A je. hehe.

Wordless Wednesday #15

Assalamualaikum.

*Good luck untuk semua student yang ambil final exam!


Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum.


Selamat Tahun Baru 2012 diucapkan buat semua rakan-rakan. Semoga kedatangan tahun 2012 akan lebih bermakna kepada semua rakan-rakan. So, apa azam baru korang tahun ni? ke azam 2011 bawa ke tahun 2012 lagi macam aku? hahaha. Azam aku untuk tahun 2012, I need to be a better person. Banyak perkara terjadi sepanjang tahun 2011. Ada yang pahit, ada yang manis. Tapi personally, 2011 not the best year for me. Banyak pahit dari manis. Apapun, semua itu dah berlalu. Tahun ni, aku kena perbaiki diri lagi dan lagi.