Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Buffered Earning Nuffnang Sepanjang 2012


Sepanjang tahun 2012, ini lah jumlah buffered earning yang Nuffnang anugerahkan kepada blog aku. Sebanyak 17 BE yang running kat blog, tapi disebabkan aku jarang update dan jumlah UV pun tak sampai 100 orang dalam sehari, sebab tu lah amount tu semua kecik-kecik je. Lainlah kalau UV ribu-ribu macam blog Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha ke, amount BE tu jauh beza dengan yang aku dapat, belum kira sponsored post diorang lagi. huhuhu.

Banyak yang aku nak update sebenarnya, tapi malas lagi. hehe. Lain kali aku sambung la. hahahahaha..

Nuffnang Berwajah Baru!

Yup, Nuffnang sudah berwajah baru. Aku baru perasan hari ni sebab baru nak cek duit dari Nuffnang, termasuk yang aku cashout bulan lepas dah proses ke belum. hahaha. Atau memang baru hari ni release layout baru? Apapun, layout yang baru ni bagi aku jauh lagi menarik berbanding yang lama, yang lama kan background dia biruuuuuu ja. Layout baru ni ok sket. Menarik. Tertarik. Kau memang Da Bomb!


wajah baru nuffnang


Nuffnang bahagian paling best sekali sudah tentu la pilihan Earnings. Betul tak? hehe. Kalau layout yang lama, semua pilihan kat bahagian atas. Layout baru ni, pilihan kat tepi sebelah kiri dah macam kat bawah ni. Selain tu, dalam pilihan Earnings, dah boleh nampak Total Earnings kat atas sekali. Lagi-lagi kalau ada buffered earning tengah running dalam blog korang. In total, semuanya dah nampak mudah berbanding yang lama. So, kalau korang ada blog dan belum berdaftar dengan Nuffnang. Sila daftar sekarang!


wajah baru nuffnang


Best, sekali EMPAT BE tengah running kat blog. Alhamdulillah. Rejeki rejeki rejeki..

Rejeki lagi!

Kota Kinabalu

Assalamualaikum semua. Sebulan lebih meninggalkan blog tanpa update terbaru. huhuhu.. Sebabnya sekarang agak susah nak mendapatkan line internet sejak duduk rumah sewa. Connection broadband pun agak mengecewakan. Sudahnya, tak update blog langsung sejak sebulan lepas.

Apapun, kini alhamdulillah sudah sebulan lebih bekerja di Kota Kinabalu setelah menganggur hampir lima bulan di Labuan. Rezeki, rezeki. Setakat ini, sudah banyak pengalaman yang aku dapat di tempat kerja baru. Gaji pun lagi umph dari yang lepas. Selain tu, buffered earning pun dapat walaupun dah jarang-jarang update blog. hahaha..

Rezeki, rezeki, rejeki...

Rezeki dari Nuffnang!

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia semua! Sudah lama tak menjenguk blog ni sejak menguruskan pelbagai urusan duniawi walaupun sebenarnya menganggur hampir lima bulan. hehe. Alhamdulillah, kini sudah diterima bekerja dan sudah bertugas sejak Isnin minggu lepas.

Tapi walaupun sudah lama tak kemaskini blog, walaupun trafik dah jatuh menjunam, Nuffnang masih menghadiahkan Buffered Earning kepada blog ni. hehe. Buffered Earning yang kedua untuk tahun ni. 

Alhamdulillah, dapat rezeki dari blogging sambil-sambil tunggu cek says sampai kat rumah sekali. hehehehe...

Selamat hari Ahad semua!

What Would My 3D World be with LG Optimus 3D?

Hujung Februari tahun lepas, aku menjadi salah seorang dari jutaan pengguna smartphone terkenal dari rangkaian LG Optimus keluaran Life's Good. Untuk permulaan aku beli LG Optimus One dulu, sebab awal tahun lepas baru nak berjinak-jinak dengan gadget Android dan LG Optimus One adalah yang terbaik bagi aku masa tu. Lagi pun boleh main Angry Bird free. hahaha.

Jadi sebagai pengguna smartphone dari LG, aku cukup teruja bila LG memperkenalkan LG Optimus 3D iaitu smartphone pertama di dunia dengan fungsi 3D dan gadget kedua dari LG dengan paparan 3D selepas LG Optimus Pad 3D tablet. Kalau korang tanya kenapa aku teringin gadget ni, sebab aku nak main game HD dari Gameloft macam N.O.V.A. 2, Avatar atau Let's Golf 2 dalam paparan 3D. Confirm main game sampai muntah!

INTRODUCING
LG Optimus 3D

Teringin nak main game-game HD sebegini dengan paparan 3D! Untuk pengetahuan, gadget ini ada built-in games iaitu Asphalt 6, Let's Golf 2, Nova.

Screenshot N.O.V.A. 2
Screenshot Let's Golf 2
Selain itu, LG Optimus 3D juga mampu mengambil gambar dan video 3D dengan bantuan 2 kamera utama 5-megapixel di bahagian belakang. Awesome! Bayangkan saja tengok filem 3D di panggung wayang pada paparan mobile dan tanpa menggunakan cermin mata 3D. Boleh tengok wayang dalam bentuk 3D di mana-mana dan sekiranya korang nak tengok ramai-ramai kat TV pun boleh sebab gadget ini ada slot HDMI. Sambung je ke TV, tapi yang boleh support teknologi 3D la.

Apa yang menarik bagi aku pada gadget ini ialah teknologi tri-dual yang diperkenalkan oleh LG. Ia membantu mengurangkan masa capaian ke RAM dan sekaligus membantu gadget ini untuk berfungsi lebih baik. Di samping itu, walaupun gadget ini didatangkan dengan paparan 3D, LG ada menyediakan butang 3D pada bahagian kanan di bawah butang volume untuk memudahkan pengguna on/off paparan 3D. So, in case kalau mata dah penat main game atau tengok video dalam bentuk 3D, pengguna boleh turn off paparan 3D dengan menekan butang 3D di bahagian kanan LG Optimus 3D. Genius!


Antara spesifikasi utama gadget dengan paparan skrin 4.3" (800x480) ini ialah ia dikuasai oleh chipset TI OMAP 4430 dual-core 1GHz dengan memori RAM sebanyak 512MB dan disokong oleh perisian Android 2.2.2 Froyo (Sekarang boleh upgrade ke Android 2.3.5 Gingerbread). Gadget ini juga mempunyai storan dalaman 8GB dan boleh menyokong kad SD sehingga 32GB, serta kapasiti bateri 1500 mAh.

Lagi spesifikasi LG Optimus 3D yang akan buat korang terbeliak!

Wordless Wednesday #22 : Metered Earning

Wordless Wednesday Nuffnang Metered Earning

*Screenshot nak mintak penampar,
eeeehhhhh..
Nak mintak BE, hahaha..
Semua BE dah jadik ME la..

Social Seeding Churp Churp Pertama Tahun 2012

Assalamualaikum.



Akhirnyaaaaaa...setelah berbulan-bulan menunggu, dapat jugak email Campaign Assignment dari ChurpChurp dan ini Social Seeding yang pertama aku dapat untuk tahun 2012. Dapat juga lah mengubati hati yang lara yang tak dapat-dapat Buffered Earning (BE) lagi dari Nuffnang. huhu. Sebenarnya ada juga dapat satu (1) BE awal bulan lepas, tapi BE tu jalan dalam 2,3 hari macam tu je. Dapat 10 sen. Lagi rendah dari iklan CPC. Hurmmmm...

Takpe. Abaikan dulu tu. Social Seeding yang aku dapat kali ni pasal Roadshow Samsung Galaxy Note. Antara smartphone Android yang terbaik di pasaran dan aku masih puas hati lagi dengan Samsung Galaxy S II. Untuk pengetahuan semua pengguna Galaxy S II, kita boleh update operating system S II dari Android 2.3 (Gingerbread) ke Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) bulan April ini. 

Ok, berbalik kepada Social Seeding. Kalau korang dapat assignment dari ChurpChurp, di bahagian Social Seeding tu akan keluar macam kat bawah ni.




Lepas tu, korang kena karang ayat ikut keyword(s) yang dorang bagi. Tak kisah la dalam Bahasa atau English. Kalau dah puas hati, klik send draft. Then, tunggu je la sama ada dorang approve atau tidak. Tapi, kebiasaannya memang kena luluskan, unless kalau ayat yang korang karang tu ada terlepas keyword(s) yang kena letak. Boleh tengok tutorial yang lebih jelas di sini.



Aku suka Social Seeding ni sebab komisen dorang bagi kat kita kira banyak la juga kalau dibandingkan dengan Social Sharing yang iklan per klik tu. Gambar di bawah ni antara kempen yang aku dah selesaikan tahun lepas. 



Kalau nak harap iklan Social Sharing je memang lambat naik la income ChurpChurp tu. Sama la dengan kempen CPC untuk Nuffnang, kena mengharapkan BE juga. So, kalau korang ada akaun Twitter dan berminat untuk jana pendapatan sampingan, boleh mendaftar dengan ChurpChurp di SINI.

Pencapaian Blogging Sepanjang Tahun 2011

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni aku asyik belek-belek blog yang tak berapa nak cun ni, tengok-tengok balik apa yang dah aku capai sepanjang tahun 2011. So, untuk entri kali ni, aku nak kongsi sedikit pencapaian blog Aku Anak Labuan sepanjang tahun lepas. Bukan apa, sebagai pemangkin untuk lebih bersemangat untuk blogging tahun ni. hehe.

*Blog Aku Anak labuan dari skrin Samsung Galaxy SII

Wordless Wednesday #16

Assalamualaikum.

*Ini lah buah tarap


p/s: Dapat BE pertama untuk tahun ni. yahuu

Hingus?

Assalamualaikum.

Apa kes dengan hingus hari ni? hahaha. Keyword paling banyak hits untuk hari ni. Adakah disebabkan cuaca akhir-akhir ni asyik hujan je menyebabkan ramai orang diserang virus selesema? Lantas, menaip keyword hingus untuk mengisi masa lapang sebab dapat MC. Atau, ada yang cari keyword hingus tu supaya jumpa gambar hingus yang terbaik, terlawa dan termacho. Then, save gambar tu untuk dijadikan gambar profil Facebook. Berani kah?




Pelik. Kenapa mesti cari hari ni? hahaha.

PERINGATAN! Sebelum korang scroll lagi ke bawah, sila bersedia untuk menerima kejutan terhebat malam ini. Malam ini sahaja. Ready?


1

2

Tekan Read More untuk lebih SASPEN..



BE ke 11 dari Nuffnang

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak ucapkan berjuta-juta terima kasih buat Nuffnang sebab bagi aku BE yang ke 11 untuk blog Aku Anak Labuan. Nokia Gifting tu BE terbaru yang Nuffnang bagi kat blog aku ni. Dorang meraikan aku kot sebab update blog balik. haha. 

Untuk pengetahun, lepas dari bulan August aku dah tak aktif blogging. Baru start dalam minggu ni aku start balik update blog. Tapi dalam masa aku tak aktif tu, Nuffnang ada kasi aku BE jugak. Dah jadi ME dah pun. Dalam Amount kat gambar bawah ni, itu je la yang blog aku dapat dari BE yang tengah running masa tak aktif blogging. haha. Masa tak  update blog, UV ke blog ni dalam 10-30 orang je kot. *jujur* Dapat la singgit dari BE. Tapi kalau aku aktif pun, paling banyak dapat limabelashengget je, sebab UV blog aku ni dari dulu dalam 100-200 orang je. *jujur lagi*

So, kesimpulannya aku boleh cakap tips dapatkan BE yang korang kena kekalkan trafik dan 200 UV ke blog tu, tak berapa nak sahih. Sebabnya, masa aku tak aktif blogging dalam dua bulan, dalam UV pun kurang dari 50 orang, boleh dapat 2 BE. hahaha. Aku rasa kena update "Blogger Bio Survey" tu betul-betul baru dapat peluang merasa BE. Dapat BE terbaru ni pun lepas aku update survey tu dalam 2,3 hari lepas. Serius.




Apapun, terima kasih beribu-ribu lemon buat Nuffnang sebab bagi peluang untuk blog aku merasa BE. Serius terharu dan korang memang KACAK/CANTIK/CUTE/HENSEM kalau korang klik sekali iklan Nuffnang yang aku letak kat blog ni ngan iklan Churp2 yang aku letak bawah header. hehe.

Terima kasih.

Sekian.


(Tutorial) Letak Iklan Nuffnang Skyscraper Statik

Assalamualaikum.

*Entri tutorial ringkas. Ada permintaan. hehe.


Iklan Nuffnang Skyscrapper ni posisi dia kat Sidebar. Tapi kalau nak letak statik macam kat tepi sebelah kanan ni pun boleh. huhu. Cara-cara dia ikut kat bawah ni...

1) Login ke akaun Nuffnang, pilih Add ads (Skyscrapper)

2) Masuk Design kat Dashboard Blogspot

3) Klik kat Add A Gadget

4) Pilih HTML/ JavaScript, copy code di bawah masukkan dalam tu..

<div style="display:scroll; position:fixed; bottom:5px; right:5px;">

5) Lepas tu, copy and paste kod iklan nuffnang (Skyscraper) korang di bawah code kat atas ni. Contoh macam di bawah..

<div style="display:scroll; position:fixed; bottom:5px; right:5px;">
<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "--------------------------------";
</script>
<script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/lmn.js"></script>
<!-- nuffnang-->

Sekiannnnnn.

Credit: Tutorial untuk blog

Metered Earning Pertama dari nuffnang!!

Assalamualaikum.


Lama tak update blog. Trafik jatuh gila2. Gila2 pun tak jatuh macam ni. huhuhu. Neway, thanks buat member2 blogger yang sudi singgah blog ni selama saya tak update blog.


Pagi tadi sempat lagi cek nuffnang, tengok Buffered Earning sekali. Alih2 satu BE dah jadi Metered Earning. harharhar. Tapi kan, apa beza BE ngan ME ni? Musykil2. Ini la first time tengok ME kat akaun nuffnang. huhuhu.




Lepas tengok Metered Earnings, macam biasa la.... scroll lagi ke bawah tengok total earning. Wauuuuuuuuuuuuuuu,  sikit je lagi dah boleh cashout dah ni. Yippiiiiiiiiii! Tengok kat bawah ni......






p/s: alhamdulillah....

Buffered Earning ke dua!!

Assalamualaikum.



Syukur alhamdulillahhhh..... dapat lagi BE dari Nuffnang. Dua tengah running, dan dapat lagi satu hari ini, jadi tiga la kesemuanya BE yang running di blog ni. huhuhu.


Terlebih dahulu, terima kasih banyak2 buat member2 blogger yang datang singgah blog ni walaupun tak tengok entri sangat. Kalau just tinggalkan jejak je kat shoutbox kat tepi ni, dah sangat2 memadai untuk membuatkan hati ini terbang ibarat burung di langit. hehe.


Tq semua, tq nuffnang! Ouh, feel free untuk klik INI sekali.


Tqqqqqqqqqqqqqqqqqqq!

Bagaimana nak jadi comel macam Yoona??!

Assalamualaikummmmmmmmm

Hai hai semua especially to aweks. Entri ini khas untuk kamu. hahahaha!

Korang nak jadi comel macam Yoona tak?? Yeeeee comel, kiut miut meletup2 macam Yoona kat bawah ni. Murah hati nak bagi tips2 nak jadi COMEL macam artis Korea ni. Check out dulu gambar2 kecomelan Yoona untuk korang jeles2 terlebih dahulu. hehe.


Beliau sungguh comel..waaaaaaaaaaaaaaaaa!


Kenyit mata lagi comellllllllllllllllllllllllllllllll!!


Yoona kata, "Peace!"


Kalau jadi bini ni, untung berlemon2 hahaha


So, berminat nak tau tak? Simple je tips ni. Tips ni saya dapat dari member yang belajar kat Korea.  Dia ni sambil2 belajar kat Korea tu sempat lerr cedok ilmu sikit2 cara2 nak jadi comel macam artis2 Korea tu. Semua lawaaaaaaa je kan? So, saya mintak la tips2 yang dorang bagi kat member saya ni, apa yang dorang amalkan, apa yang dorang pakai sampai jadi lawa gitu rupa. Kot2 dorang ni amalkan makan jamu ke, apa ke. Kita tak tahu sebab tak tinggal kat Korea. Tapi member ni dah bertahun2 dok Korea. So, kena la share2 tips untuk aweks kat Malaysia ni plak. Baru namanya berbakti kepada nusa dan bangsa. 

Aik, serius la ni. Tengok saya taip ni.     S E R I U S ! !



PEREMPUAN JALANG!!

Kahkahkah. Korang tengok ni...

Klik untuk image lebih besar.


Siapakah gerangan insan yang cari kata kunci PEREMPUAN JALANG tu? Apa kes dia pergi google 'perempuan jalang' tu. Macam2 hal la. haha.

Peace!

BE Pertama dari Nuffnang, Durian Runtuh dari Grapevine!

Assalamualaikum.

Akhirnyaaaaaa! Setelah hampir dua bulan menjana trafik ke blog picisan ni, berbalas-balas tiket ke nuffnang, blogwalking ke sana sini mencari tips mendapatkan BE. Akhirnya, dapat juga BE. First BE yawww! Yihaaa! 

Minta izin cerita pasal sejarah blog sikit sebelum tunjuk kejayaan bergambar di bawah. hehe. Kalau korang perasan kat header blog ni, saya highlight "Kesinambungan Aku Anak Labuan". Jangan fokus dengan 'Aku Anak Labuan' tu. Tapi fokus part "Kesinambungan". Kenapa Kesinambungan? Apa yang sambung? Sebab dulu saya blogging guna blog friendster, guna tajuk blog 'Aku Anak Labuan' jugak. Masa tu tak tau lagi pasal blogspot ni. Hatta, facebook pun tak popular lagi masa tu. Tahun 2007 masa tu. Kalau nak cari blog tu, google je 'Aku Anak Labuan'. Kalau rajin la. Ada satu blogspot yang dah tak ingat login pakai email apa, dan lagi satu blog friendster tu. So, bila dah bosan ngan blog friendster tu, May 2009 lahir la blog ini bagi menggantikan blog Aku Anak Labuan versi friendster....

"Ouh, jadi kenapa nak cerita semua ni?" Sebab nak highlight kat korang tujuan asal blogging bukan untuk dapatkan duit, tapi sebagai hobi. Dah mula menaip-naip semua ni dari 2007 lagi. Lagipun, nak mengelak sebelum ada orang cakap, "blogging baru setahun jagung, dah berlagak dapat BE.." Ada ke? hehe.

Ok. Berbalik kepada entri. Saya letak iklan nuffnang setelah umur blog ni hampir dua tahun. Dan setelah dua bulan bubuh iklan nuffnang, akhirnya dapat juga BE! Ada dua pulak tu! 7 sen cukup la tu untuk permulaan. Betul tak? Tapi pasal apa iklan lagi satu CTR Bonus kosong? Siapa boleh tolong jawab? Serius tak tahu dan apa LR ngan LB tu?


Klik untuk image lebih jelas

Ouh, ni paling happy sekali. Tak kurang dari seminggu, dah dapat RM9.20 dari Grapevine ni. Cepat gila naik. Nuffnang punya cpc pun tak naik cepat macam ni. Alhamdulillah. Nak tau macam mana nak dapat duit dari grapevine ni? Boleh tengok di sini. Minta jasa baik rakan-rakan, klik sekali kat sini dan sini. Tqqqqqq


Klik untuk image lebih jelas


Rakan-rakan, jom sign up iPanelonline sekali. Another alternative untuk jana duit online selain nuffnang. Jangan risau, ini tak ganggu status 'gelihati' nuffnang korang. Just jawab soalan survey, dapat point, then boleh tebus point untuk duit. Paling rendah RM5 dah boleh tebus. Klik kat sini ye.

Ok, done. Selamat berblogging.

Peace!

Entri Paling Hangat Hari Ini!

Assalamualaikum.

Akhirnya! First place!!

Terlebih dahulu, saya nak ingatkan entri ini tiada unsur-unsur belagak nak mampos dan yang sewaktu dengannya. hehe. Siapa la saya dalam Innit kalau nak dibandingkan dengan rakan blogger lain yang aktif ber'innit' seperti Jamal, Ammar, Ewanrani, Nal dan lain-lain. Bukan apa, terharu sebab first time tengok entri saya "Hitler bengang group Kpop Malaysia bajet Korea" mendapat jumlah nang yang paling banyak  dan tersenarai di featured post innit nuffnang.

Ops..Innit? Kalau ada yang tak tahu lagi, Innit adalah salah satu dari medium untuk blogger berkongsi topik-topik menarik dengan rakan blogger yang lain. Selain itu, Innit juga adalah satu alternatif untuk blogger-blogger mencari kenalan baru sesama blogger. Blog secara amnya dipengaruhi oleh populariti blog anda dan populariti blog anda direkodkan dalam bentuk jumlah unique visitors. Jadi, dengan Innit, komunikasi anda dengan blogger-blogger lain akan melahirkan hubungan dua hala yang secara tidak langsung membantu meningkatkan trafik blog anda. 

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang klik nang untuk entri saya yang ini. Korang terbaik!! Lastly, saya reccomend korang layan video tu. Boleh gelak-gelak sebelum tido. hehe.

Peace!