Showing posts with label Android. Show all posts
Showing posts with label Android. Show all posts

Akhirnya! Instagram for Android!!

Instagram for Android

Finally! Aplikasi Instagram sudah boleh mula dimuat turun untuk pengguna gadget Android. Aku memang dah lama menunggu aplikasi ni. Sebelum ni, aku guna Instagram untuk ambil gambar menggunakan iPod Touch 4. Agak puas hati walaupun kualiti kamera iPod kurang memuaskan. Tapi, aplikasi ni memang terbaik bagi aku kalau nak ambil gambar cantik. Ini kerana pilihan-pilihan filters yang disediakan oleh Instagram sangat menarik. Semua cantik-cantik.

Selain tu, gambar-gambar yang diambil menggunakan Instagram boleh dikongsi dan korang boleh tengok gambar menarik yang diambil oleh siapa-siapa yang korang follow. Kalau nak kongsi di laman sosial seperti Twitter dan Facebook pun boleh.

Instagram for Android

So, kalau anda pengguna gadget Android, sila download Instagram sekarang! Untuk info, aplikasi ini sudah dimuat turun oleh lebih 1 juta pengguna Android. Jadi, jangan ketinggalan. hehehe.

What Would My 3D World be with LG Optimus 3D?

Hujung Februari tahun lepas, aku menjadi salah seorang dari jutaan pengguna smartphone terkenal dari rangkaian LG Optimus keluaran Life's Good. Untuk permulaan aku beli LG Optimus One dulu, sebab awal tahun lepas baru nak berjinak-jinak dengan gadget Android dan LG Optimus One adalah yang terbaik bagi aku masa tu. Lagi pun boleh main Angry Bird free. hahaha.

Jadi sebagai pengguna smartphone dari LG, aku cukup teruja bila LG memperkenalkan LG Optimus 3D iaitu smartphone pertama di dunia dengan fungsi 3D dan gadget kedua dari LG dengan paparan 3D selepas LG Optimus Pad 3D tablet. Kalau korang tanya kenapa aku teringin gadget ni, sebab aku nak main game HD dari Gameloft macam N.O.V.A. 2, Avatar atau Let's Golf 2 dalam paparan 3D. Confirm main game sampai muntah!

INTRODUCING
LG Optimus 3D

Teringin nak main game-game HD sebegini dengan paparan 3D! Untuk pengetahuan, gadget ini ada built-in games iaitu Asphalt 6, Let's Golf 2, Nova.

Screenshot N.O.V.A. 2
Screenshot Let's Golf 2
Selain itu, LG Optimus 3D juga mampu mengambil gambar dan video 3D dengan bantuan 2 kamera utama 5-megapixel di bahagian belakang. Awesome! Bayangkan saja tengok filem 3D di panggung wayang pada paparan mobile dan tanpa menggunakan cermin mata 3D. Boleh tengok wayang dalam bentuk 3D di mana-mana dan sekiranya korang nak tengok ramai-ramai kat TV pun boleh sebab gadget ini ada slot HDMI. Sambung je ke TV, tapi yang boleh support teknologi 3D la.

Apa yang menarik bagi aku pada gadget ini ialah teknologi tri-dual yang diperkenalkan oleh LG. Ia membantu mengurangkan masa capaian ke RAM dan sekaligus membantu gadget ini untuk berfungsi lebih baik. Di samping itu, walaupun gadget ini didatangkan dengan paparan 3D, LG ada menyediakan butang 3D pada bahagian kanan di bawah butang volume untuk memudahkan pengguna on/off paparan 3D. So, in case kalau mata dah penat main game atau tengok video dalam bentuk 3D, pengguna boleh turn off paparan 3D dengan menekan butang 3D di bahagian kanan LG Optimus 3D. Genius!


Antara spesifikasi utama gadget dengan paparan skrin 4.3" (800x480) ini ialah ia dikuasai oleh chipset TI OMAP 4430 dual-core 1GHz dengan memori RAM sebanyak 512MB dan disokong oleh perisian Android 2.2.2 Froyo (Sekarang boleh upgrade ke Android 2.3.5 Gingerbread). Gadget ini juga mempunyai storan dalaman 8GB dan boleh menyokong kad SD sehingga 32GB, serta kapasiti bateri 1500 mAh.

Lagi spesifikasi LG Optimus 3D yang akan buat korang terbeliak!

Tarikh Sebenar Update Ice Cream Sandwich untuk Galaxy S2


Kalau korang pengguna Samsung Galaxy SII, mesti teringin nak update perisian Android Gingerbread ke perisian Android terkini iaitu Ice Cream Sandwich (Android 4.0) seperti Galaxy Nexus. Ini kerana, banyak aplikasi terbaru yang diperkenalkan oleh Google seperti Android Beam dan Face Unlock. Lagi pun, ada beberapa masalah pada update Gingerbread terbaru. Jadi, memang sangat-sangat memerlukan update ke Ice Cream Sandwich.

Sejak semalam jugak, banyak artikel dikeluarkan termasuk di Amanz.my dan Azri.my berita mengenai update untuk perisian Android Samsung Galaxy SII ke Android 4.0. Kononnya, Samsung Filipina mengesahkan mulai 10 Mac, semua pengguna Galaxy SII boleh update perisian masing-masing ke Android 4.0 melalui Kies. Tetapi, lain pula cerita melalui twitter rasmi Samsung dari Korea, @samsungtomorrow, tarikh tersebut adalah salah sehinggalah pada tarikh yang akan diumumkan nanti melalui twitter dorang. Nanti tu tak pasti pula bila.

(Tutorial) Screen Shot untuk Samsung Galaxy S II I9100

Assalamualaikum.

*Contoh screen shot pada settings

Tutorial ni aku baru belajar semalam dari sini. Cara ini paling sesuai untuk pengguna smartphone Android jenis Samsung Galaxy. HTC, LG semua tu tak pasti pula. Tapi yang pasti, kalau guna cara ni memang senang sahaja, tak perlu sampai root device semua. Hanya ikut langkah-langkah ini,

(Games) Top 5 Free Games For Android Device

Assalamualaikum

Awesome!


Hi guys! Lama tak buat entri macam ni. Demi untuk menaikkan semula semangat aku untuk berblogging, aku buat jenis entri yang aku paling minat. Pasal gadget. So, kat sini aku senaraikan 5 game free untuk korang try dan simpan dalam Android device korang. Cekidout!


ANGRY BIRDS
Game ni memang kira yang paling addicting kot. Dari iOS ke Android, memang game yang paling popular untuk pengguna smartphone. Part yang best, game ni FREE kalau korang guna pengguna Android. Kalau pengguna Apple, kena bayar USD 99 cent untuk game ni. Ada jugak version yang free, Angry Birds Lite tapi level dia limited. Main satu hari boleh habis kot, kalau dah jailbreak lain cerita la.

RACING MOTO
Game ni kalau tengah bosan-bosan, memang syok kalau main. Lagi-lagi kalau skrin device korang besar, memang best main game ni sebab graphic dia cool. Untuk main game ni, korang cuma perlu tilt device korang untuk elak kereta. Simple tapi very addicting!

FRUIT SLICE
Game yang memerlukan korang potong buah macam samurai. Game ni lebih kurang macam Fruit Ninja kat iOS. Tapi game ni totally FREE kat Android. Graphic dia sempoi. Cuma perlu slice buah-buahan dan rakam rekod paling tinggi.

PAPER TOSS
Game yang perfect untuk hilangkan kebosanan kat office. Nak buat real kat dalam office pun boleh jugak, tapi kena pastikan bos takde la. haha.

CHALLENGING TIMESTABLE
Ni game yang aku paling minat. Game pasal sifir. Korang kena jawab sebanyak mungkin soalan sifir yang dorang bagi dalam masa yang ditetapkan. Serius addicting sebab setiap kali main mesti nak pecahkan rekod lama. Sila la download dan jadi addicted ngan game ni macam aku. Rekod peribadi setakat ni 61 soalan betul. hehe.


Banyak lagi free games yang best, tapi bagi aku ni antara games android yang terbaik. Kalau nak paid games yang feature dia jauh lebih COOL dari free games, boleh test game dari gameloft. RM6 untuk 1 game. Tapi kalau nak free jugak, kena rajin la google cracked apk. haha.

Selamat mencuba!

Samsung Galaxy S II Review #2 (Features and Design)

Assalamualaikum.




Salam guys! Minggu lepas saya dah buat first review untuk Samsung Galaxy S II, klik sini untuk tengok. Tapi tu baru pengenalan macam mana nak dapatkan gadget ni dari maxis. Entri kali ni baru yang betul-betul punya preview untuk features and design. Next review, based on specifications. 


Let's begin..lalalalalalalalalalala~~

Kalau korang tengok Galaxy S II ni, dia punya display memang besar gila iaitu 4.3" WVGA dengan skrin Super Amoled Plus. So, kalau korang memang yang minat main games kat handset, memang puas hati la kalau jadikan Galaxy S II ni dalam senarai gadget korang. Nanti, saya senaraikan pula Top Games on Android. Selain tu, Galaxy S II ni datang dengan dimensi 125.3 x 66.1 x 8.49 mm (nipis ooooo) dan berat 116g. Seterusnya, korang layan je gambar kat bawah ni, untuk entri review pasal design ni saya tak mampu nak buat penerangan panjang-panjang tapi korang boleh tengok overview keseluruhan gadget ni melalui gambar banyak-banyak kat bawah ni. hehehe.


*Pandangan depan


*Pandangan belakang


*Pandangan sisi


*Pandangan atas


*Pandangan bawah


Selain rekabentuk yang menarik, Galaxy S II ni comes with kamera belakang 8MP dengan LED Flash, kamera depan 2MP dan Video Full HD (1080p). Memang puas hati untuk ambil gambar dan video. Gambar yang last sekali dalam entri ni saya tangkap menggunakan Galaxy S II. Selain tu, Galaxy S II datang ngan memori dalaman 16GB dan ada slot untuk kad memori micro sd.


*Kamera belakang 8MP


*Cover belakang


*Slot untuk memori kad micro sd


Ok, sini saya buat sedikit overview comparison features Samsung Galaxy S II dengan Apple iPod Touch.


*Beza skrin Samsung Galaxy S II dan Apple iPod Touch


*Beza ketebalan Apple iPod Touch dan Samsung Galaxy S II


*Captured with Samsung Galaxy S II


So, sebagai wrap up untuk review features and design, Galaxy S II memang yang terbaik di pasaran untuk peminat handset jenis touch screen dengan sistem Android. Skrin besar, body nipis dan ringan. Jadi, kalau korang berminat nak beli smartphone hari ini, I would suggest korang untuk beli yang ini. Sebabnya, Galaxy S II ni....

SERIUS AWESOME!



p/s: Sori tak banyak penerangan dan tulisan banyak 'rojak'. hehehe. Tapi, dari gambar yang banyak-banyak kat atas ni, korang dah dapat bayangkan feature ngan design gadget ni camna kan? huhu. Review lepas ni pasal spec, tu boleh la taip banyak sikit. Peace yall!

Samsung Galaxy S II Review #1 (Maxis)

Assalamualaikum.




Hello peeps! Sebelum ni aku pernah sebut nak buat review untuk gadget kat atas. So, artikel ni sebagai 'kickoff' la untuk review Samsung Galaxy S II. Sebelum tu korang tengok dulu entri yang ini. Tapi dalam entri ni aku belum masukkan review lagi. Baru nak cerita macam mana nak dapatkan gadget ni. Untuk pengetahuan, gadget ni baru je masuk pasaran Malaysia dalam penghujung bulan Jun.

Kalau beli kat kedai handset, retail price untuk gadget ni adalah RM2099. Tapi, korang boleh dapat gadget ni dalam harga yang lebih rendah di Maxis Centre dengan syarat korang sain kontrak untuk pakej maxis. Korang boleh check out kat laman web maxis untuk maklumat lanjut.


*Klik pada image untuk direct ke page maxis


Firstly, korang pergi ke laman web maxis. Kemudian pilih devices, dan diikuti dengan Android untuk Samsung Galaxy S II. Selain Android, ada tujuh lagi pilihan lain iaitu iPhone, iPad, BlackBerry, Nokia, Windows Phone, dan Tablets.
*Aku pilih Android


Kemudian, korang boleh la pilih gadget ikut mana yang korang berminat kat dalam ni. Boleh tengok full specifications sekali di page ni. Tak perlu lagi susah-susah nak google. Selain tu, boleh cuci-cuci mata sekali tengok device yang lain. hehehe. Klik sini untuk tengok full spec Samsung Galaxy S II.
*Pilih mana satu yang korang nak


Ini features yang buatkan aku berminat untuk angkat Samsung Galaxy S II ni. Dual-core 1.GHz processor dengan Android OS v2.3 (Gingerbread) yang paling latest!! Memang takde lagging. Perfomance laju... Ops, nanti sambung kat dalam artikel review seterusnya.


Ini adalah harga yang ditawarkan oleh maxis untuk Samsung Galaxy S II ni. Ada tiga pakej yang ditawarkan oleh maxis iaitu 12 bulan, 18 bulan dan 24 bulan. Aku ambik 18 bulan punya pakej. Memang puas hati kalau bukak blog dari Galaxy S II ni. hehe. Laju je. Sangat puas hati.


So, kalau berminat sekali, boleh try usha-usha di maxis centre berdekatan. Kalau nak yang lain, boleh tunggu iPhone 5 kat market Malaysia ataupun Samsung Galaxy S III hujung tahun ni. Peace!













p/s: harap-harap la maxis approve maxis10 reviewer aku tu. dapat review HTC, BB Torch ke. haha.

(Review) LG Optimus One (P500) with Android 2.2 (Froyo) : Part 2

Assalamualaikum.

Seperti yang telah dijanjikan, ini dia sambungan review untuk LG P500 part 1. huhu. Saya dah mention dulu yang handset ni kalau di kalangan geng-geng Android yang lain, handest ni la yang paling murah. Affordable la. Tiadalah harga mencanak-canak macam iPhone 4. Tapi handset ni memang tak boleh banding ngan produk Apple. Untuk pengetahuan, harga untuk handphone ni adalah dalam RM800+.




Ok. Berbalik kepada topik asal. Di sini, saya akan tulis review sendiri berdasarkan pengalaman menggunakan handset ni sejak sebulan yang lalu.



LG Optimus One ni agak kecil dan ringan berbanding Smartphone yang lain dan design cover bateri handset ni ada bentuk curve kat sisi kiri dan kanan. Jadi, kalau nak pegang agak selesa la sikit. 


Selain itu, Optimus One ni datang dengan butang menu, home, back dan search jadi tak la bergantung sangat dengan butang touchscreen yang kadang2 boleh bikin sakit hati.




Optimus One ni dilengkapkan dengan kamera 3MP. Tapi kekurangannya, takde flash.



Seperti kebanyakkan Android lain, microSD dia mesti kat belakang cover bateri. Jadi, kalau nak cabut microSD tu, kena bukak dulu cover belakang Optimus One.


Ni user interface Optimus One. Ada addition touchscreen buttons untuk dialer, contacts, menu, messaging ngan web ngan lain2 link button yang korang boleh customize ngan sentuh skrin sahaja. Seperti kebiasaan, kalau dah nama Android, banyak apps yang boleh kita download. Handset dah ready ngan Facebook, Twitter, Google Talk, Youtube dan banyak lagi.





Optimus One boleh detect Wi-Fi kalau kawasan tu ada Wi-Fi. Umpamanya, McDonald. Selain tu, handset ni boleh share internet connection. Dalam bahasa mudah, korang boleh buat handset ni macam modem internet. Part yang 'Tethering & portable hotspot tu', dengan syarat handset korang ada sambungan internet. Korang pakai sim broadband kat handset ni ke. Optimus One akan secara automatik menggantikan modem pendrive broadband.



Ok, ni yang tak best. Packaging dia sangat menghampakan. Ibarat korang beli handset 100ringgit punya packaging. Abaikan harga tu ye. Time kasih.



 Untuk pengetahuan, walaupun samrtphone ni guna Android 2.2 yang dah support flash player 10.2, tapi spesifikasi handset ni memang tak cukup untuk guna flash player sebab tak menepati Adobe's minimum requirement yang mana perlukan at least 1Ghz processor. Tapi handset ni 600 Mhz je. Secara logik, memang tak boleh guna la Adobe flash player kat handset ni even handset ni guna OS Android 2.2 (Froyo).

Jadi kesimpulannya, handset ni ada pros and cons la jugak. Jadi, kalau anda pun berminat dan baru berjinak2 ngan Android ni. Banyak2 kan la membaca review2 orang lain yang dah purchase handset tu sebelum korang pun beli. Setakat ni, saya masih puas hati la ngan Optimus One ni walaupun banyak lagi kekurangannya tapi memang padan la juga untuk harga yang telah ditawarkan untuk handset ni.

Ok, tu je. Terima kasih

Sekian.

(Review) LG Optimus One (P500) with Android 2.2 (Froyo) : Part 1

Hi, guys. It has been long since I was obsessed with new handset on market.

The phone that I used right now was already among the ‘lame’ kind of phone (hahaha). Nokia 5800 XpressMusic. Indeed, it version can be updated from time to time. Up till now, you can update the software version to 52.0.007. But still, it was far to be compared with Smartphone with OS Android which has developed so much in just less than 3 years.

Ya, I admit this kind of Smartphone were expensive to begin with. But there’s one you can buy at affordable price!! LG Optimus One (P500) with the latest Android 2.2 (Froyo). I would say, LG brand is not in comparison with iPhone and BlackBerry, or Nokia at least. But, the OS this phone came with is more than enough to captivate me (hehe).



Look at the design. very sleek and interesting.

You can check out for the detail specifications here.

*Happy Chinese New Year to those who celebrate it and Happy Holiday to everyone!!!


p/s: I will posted my own review on this android phone since I'm using it now. wait for part 2 guys. hehe.


Part 2 here: LG Optimus One (P500) with Android 2.2 (Froyo) : Part 2