(Review) Apple iPod Touch 32GB 4Gen : Part 2

Assalamualaikum.

Tanggal 5 Mei minggu lepas, saya 'sah' memiliki sebuah produk dari Apple yang pertama, iPod Touch 4G! hahaha. Keluar tahun lepas lagi iPod Touch ni, tahun ni baru beli. Bukan apa, tengok orang lain banyak buat review untuk produk Apple terutamanya iPhone 4 dan iPad 2, jadi kerana hasad dengki dan tamak haloba, saya pun teringin juga la nak cuba satu. Kahkahkah! So, saya angkat la iPod Touch 4G. Kenapa saya beli iPod Touch, bukan iPhone 4 atau iPad 2 je, korang klik kat sini. Lagipun, lebih kurang je ngan dua produk tu, iaitu built in processor cip Apple A4 dan tentunya mobile operating system terkini dari Apple, iOS 4. *Sekarang dah boleh update sampai version 4.3.3.*

Selain cip A4 dan iOS4, banyak lagi kelebihan lain iPod Touch 4G ni. Sebagai contoh, FaceTime. Kalau anda pengguna iPhone 4, mesti selalu guna aplikasi ni untuk berhubung bersama rakan-rakan. iPod Touch ni juga turut boleh digunakan untuk FaceTime. Selain itu, in terms of design, iPod Touch ni sangat nipis dan ringan berbanding iPhone. Dengan skrin 3.5 inci ditambah retina display yang sangat memuaskan, cukup memadai untuk penggemar-penggemar gadget memastikan iPod Touch menjadi milik peribadi. hehe.




Ni gambar baru bukak dari pos package.










Apa yang menariknya kalau beli produk Apple yang original, it comes with the Apple Stickers! Setiap produk dorang akan datang dengan sticker Apple dalam package.


Nice!

Senang nak sambung ke PC. 



Seperti juga produk-produk Apple yang lain, untuk nak transfer lagu atau video ke simpanan memory iPod, korang kena ada iTunes dalam PC korang. Then, sambung iPod ke PC menggunakan USB Cable, kemudian sync iTunes Library dengan iPod. Semudah itu sahaja untuk transfer files ke iPod. Cuma leceh la sikit nak download iTunes lepas tu install. Tapi melalui iTunes, senang nak update iPod ni.





Beza iPod dan iPhone yang paling ketara, iPod tak boleh calling or messaging seperti iPhone. Kalau korang beli iPhone, korang boleh subscribe plan dari telco macam DiGi untuk internet connection. Lepas tu korang boleh browse internet anytime, anywhere. Tapi kalau iPod, kena ada wireless line, then baru boleh browse internet. Tapi itu kurang penting bagi saya, sebab paling-paling bukak internet kat mobile phone hanya untuk update twitter atau facebook. Sebab tu saya beli iPod sahaja. Update status facebook or twitter kat office pun boleh. hehehehe.




Need Wi-Fi connectivity.

Nin Jump! Best gile game ni!



Ini lah tujuan utama saya beli iPod ni. Games!!! Dengan iPod tak perlu risau pasal battery power. Sebagai contoh, kalau guna mobile phone untuk main game, kan cepat habis bateri. Kalau masa tu ngam-ngam bateri lemah, dan dalam masa yang sama, korang perlu buat panggilan kecemasan atau sms yang sudah tentu akan makan banyak kuasa bateri, dan kita letak lagi dalam situasi paling rumit, charger pulak tak bawak, pastinya kita fikir dua kali nak install game ke tak dalam handphone tu. Kalau bukan game pun, guna mobile phone untuk dengar lagu. Ini majoriti orang amalkan, oleh itu lebih baik beli gadget yang tiada line untuk panggilan atau sms. Main game atau dengar lagu puas-puas pun jadi tak risau.

Kesimpulannya, saya tak pasti entri saya kali ni berbentuk macam mana. hahahaha. Review ka? Saja2 nak bagitau beli iPod Touch ka? atau lain2 tujuan.. haha. BTW, untuk yang baru nak mencuba produk Apple, saya recommend, beli mengikut kepuasan dan hala tuju keperluan anda. Android pun ok jugak sebenarnya, game dari android market banyak yang free. Angry Birds, kalau app market Apple, terhad sahaja stage dia, boleh main untuk 12 stage sahaja. *cari Angry Birds Lite*. Tapi kalau di android market, korang boleh main sampai 21 stage untuk satu set game. Ada 5 set game kesemuanya. Korang kira la berapa stage boleh main. Terpulang korang nak guna iOS atau Android. Dua-dua pun boleh kalau tamak haloba macam saya. hahahaha.

That's all peeps!


p/s: Sorry for the bad quality of the pictures...

6 comments:

  1. teringin memilikinya.. awesome :)

    ReplyDelete
  2. berapa harga ipod ni..citer lah skali..sy ada irack je satu kt umah hehe

    ReplyDelete
  3. bestnye...bila lah boleh dapat sebijik..

    ReplyDelete
  4. Sk baca pasal prodyk iphone! P cam ner nk transfer lagu or else ke ipon4 using iTunes xreti r

    ReplyDelete
  5. Kiranya boleh je la berfacebook twitter whatsapp wechat apa semua, janji ada wifi, gitu?

    ReplyDelete
  6. Kiranya boleh je la berfacebook twitter whatsapp wechat apa semua, janji ada wifi, gitu?

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share