ENTRI SPESEL : Selamat Hari Ibu!

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu, Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bergelar Ibu. Tanpa mereka, tak mungkin kita mampu bernafas di muka bumi ini.

Entri kali ini saya nak highlight sedikit mengenai khutbah solat Jumaat baru-baru ini. Berkaitan Hari Ibu. Dan saya rasakan sangat menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan. 


"Pengorbanan kamu kepada Ibu hanya sebesar kuman jika dibandingkan walau hanya sehembus nafas Ibu ketika melahirkan kamu..."


Benar. Walau sejauh mana kita cuba untuk membalas jasa seorang Ibu, tidak akan sama dengan jasa seorang Ibu terhadap anaknya. Kedudukan seorang wanita bergelar Ibu juga sangat besar nilainya di sisi Allah S.W.T. 

Daripada Muawiyah Bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah SAW, "Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Kemudian aku bertanya, "Lagi siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Kemudian aku bertanya, "Lagi siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Kemudian aku bertanya, "Lagi siapa?" Rasulullah menjawab, "Bapamu, kemudian orang yang paling hampur denganmu dan seterusnya." (Hadis Riwayat at-Tarmizi)

Begitu mulianya kedudukan Ibu. Oleh itu, buat wanita yang bergelar Ibu, anda cukup istimewa buat kami yang bergelar anak. Kasih dan sayangmu tidak terbilang. Maka dengan itu, kita perlu menjalankan tanggungjawab kita sebagai anak dengan sentiasa berbuat bakti kepada mereka, mentaati mereka dan menjaga kebajikan mereka setelah mereka tua.


"Walau setitis air mata seorang Ibu jatuh kerana kecewa, azablah hidup seorang anak di dunia dan akhirat..."

Kalau tidak jatuh pun, walau mereka hanya pendamkan dan berasa kecil hati, pun azab menanti. Jaga lah hati seorang Ibu sebaik mungkin. Minta maaf jangan tunggu sampai Hari Raya baru nak mintak maaf. Hati seorang Ibu ibarat kertas nipis. Sangat rapuh. Maka, sebagai anak, kita perlu menjaga hati mereka.

Kita ambil iktibar pada zaman Rasulullah, ada kisah sahabat yang tidak mampu mengucapkan dua kalimah syahadat ketika di penghujung hayat kerana mengecilkan hati Ibunya. Oleh itu, wajib bagi kita menjaga hati mereka kerana Ibu kita hanya seorang. Tiada lain. Sebagaimana Ibu melahirkan kita dan membesarkan kita sebaik mungkin, sebaik itu juga lah kita perlu menjaga mereka sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.


Maka dengan itu buat semua Ibu-Ibu, khususnya Ibu saya sendiri...




p/s: Huhu, sebak jugak buat entri ni. Ma, Selamat Hari Ibu. Love you endlessly, forever!

2 comments:

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share