Earning Churp2 Berganda-ganda dengan GRAPEVINE!

Assalamualaikum.

Kuat betul penangan Grapevine kan? haha. Ramai yang tanya kat saya apa benda Grapevine ni. Dan disebabkan ada permintaan khusus, so saya terangkan secara ringkas la grapevine kat entri ni. Sebenarnya, serba salah juga nak buat penerangan ni, takut tersalah informasi ke apa ke, lagipun kalau banding earning grapevine blogger lain macam ahfat, memang saya jauh ketinggalan. hehe. Anyway, kepada Farysa, saya cuba jawab soalan awak sebaik mungkin k.


Saya jawab, "Boleh la boleh, datang ke belog ku~~~"

Sebelum tu, untuk tambah earning ngan Grapevine ni kena daftar ngan Churp2 dulu. Kalau ada yang belum daftar, kena daftar dulu la.



*Ok, sesi penerangan bermula.*
Kalau korang dah daftar ngan Churp2 boleh dah start buat earning ngan grapevine ni. Senang je. Grapevine ni sebenarnya kurang lebih je ngan kempen Churp2 yang korang kena share tu.  Dua-dua ni kena share link dan earning tu datang dari berapa kali unik klik kat link yang korang share tu. Perbezaan link churp2 dengan link grapevine ni, dengan Churp2 korang share link korang dan earning tu datang dari unik klik dari link yang korang share tu SAHAJA. Tak jelas? Takpe, baca lagi....



Melalui Grapevine, link yang korang share tu, earning dia bukan setakat datang dari link yang korang sendiri share macam Churp2. Tetapi, dari pembaca blog korang sekali! Ok, bayangkan situasi macam ni. Kalau link grapevine keluar macam kat bawah, then time tu ada reader kat blog korang, then dorang share link grapevine tu. Dorang dapat earning, DAN korang sebagai tuan punya blog yang lekat iklan nuffnang tu pun dapat earning sekali. 



Jangan risau, mesti ada juga yang ambik link dari grapevine tu, sebab iklan ni kalau tiba-tiba muncul, penuh satu sidebar. Sama ada sengaja atau tidak, mesti ada juga yang tekan butang share pastu tinggalkan email dalam link grapevine tu sebab terang-terang tulis GET REWARDED dan REDEEM EARNING. Siapa tak nak kan? So, earning tu datang dari link yang korang share DAN dari link yang blog readers korang share. Sebab tu earning dari Grapevine ni cepat naik dan lagi masyuk berbanding churp2. Kalau tak jelas, rujuk lagi sini. Grapevine. Link grapevine tu akan keluar macam di bawah kat iklan nuffnang yang korang letak kat sidebar. 




Peringatan ye, link grapevine ni tak perlu tunggu keluar kat blog korang. Kalau korang tengah 'blogwalking' kat blog blogger lain, dan dimurahkan rezeki jumpa link grapevine ni. Korang share je link grapevine tu terus dari blog yang korang blogwalking tu. So, tak semestinya kena tunggu link grapevine tu keluar kat blog korang baru nak 'bergrapevine' sebab link tu keluar tak tentu masa. Ok, dah masuk step sharing link grapevine dah ni. Itu step 1 yang saya bubuh dalam gambar di atas. PERINGATAN. Jangan lupa copy link unik korang! Amik link kat step 2. Then, guna link tu share kat mana-mana yang sesuai. Facebook, Twitter, blog korang pun boleh. Tepek je link tu. Url link grapevine tu unik untuk seorang referral. Kalau nak redeem earning tu, masukkan email korang kat step 3. 

Kemudian, cek email korang. Churp2 akan hantar email macam ni kat korang.

Klik untuk image lebih jelas.



Kat part 'This is your unique link for the campaign' tu, link tu korang share la macam yang saya tulis sebelum ni. Link tu unik untuk korang je. Link yang pembaca korang share lain lagi. Tapi earning dari link yang dorang share tu masuk sekali kat earning korang. Masyuk kan? hehe. Kalau nak redeem earning, tengok kat part 'To redeem your earnings, go to this page' dalam email korang. Korang klik tu, dia bawa direct pegi earning churp2 korang. Then, korang boleh tengok ada pertambahan bahagian 'Grapevine' kat earning churp2 korang.



Korang klik kat [ sejarah ] tu, dalam tu nampak macam ni. Kat sharing link tu ada link yang korang copy tu, automatik dah ada kat dalam tu. Then, korang share la link tu macam ini dan ini. Lepas dah share tu, korang boleh senyum lebar tengok earning tu naik jauhhhhhhhhhh lagi cepat berbanding earning churp2 ngan kempen cpc nuffnang. Tapi, macam biasa la, kalau nak masyuk banyak, share la banyak kali dalam satu hari kat twitter atau facebook korang. Jangan scam sudah kalau nak sangat kena block, haha!


Klik untuk image lebih jelas.


Kesimpulannya, melalui Grapevine ni, blog readers untung, bloggers pun untung. hehe. Yang penting Grapevine ni, korang dapatkan link unik untuk korang share tu je. Tak kisah la ambik dari blog link grapevine yang muncul kat blog korang ke, atau dari blog blogger lain. Yang penting, korang ada link unik korang untuk 'di kongsi'. (Tak boleh tulis 'di share', rojak sangat pulak nanti, hehe) Ok?

Sekiannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.


p/s: Jadi panjang berjela pula entri ni, hehehe. Ouh, kalau ada yang dah guna grapevine ni, tolong komen sekali kalau-kalau ada kekurangan dalam penerangan saya ni. Tq.

7 comments:

  1. fuhhh
    bepeluh baca! dah mcm tgh study pulak
    haha
    thnks
    dh phm dh =D

    ReplyDelete
  2. @farysa: hehehehe..
    dekat 2 jam ni taip2 untuk entri ni
    =)

    ReplyDelete
  3. wah..gila pnjg ko buat. tp bagus!!

    alahai..nak komen pun kuar jg surveypaid tu? ni mmg earning gila2 ni.haha

    ReplyDelete
  4. @phy: hahaha,berjam2 ak buat ni,print screen,taip2,pastu edit lagi..hehe

    surveypaid? apa kah itu? huhu..keluar masa nak komen ek..erm,kne cek2 ni mane datang surveypaid tu...

    ReplyDelete
  5. ahakzzz..

    haha bagus laa korang dah dapat earning ni..zis macam dah slow sikit pasal churp2 dan nuffnang ni..sebab ntah laa..sebab update lambat kot..haha..tapi takpe..zis still akan berusaha jugak..caiyok ^^

    ReplyDelete
  6. @zis: huhu,saya baru dua bulan ngan nuffnang ngan churp2 ni..so,semangat tu kuat lagi..hehehe..

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share