Kenangan Zaman Sekolah Menengah Budak Lahir Tahun 80 an

Assalamualaikum.

Hai hai semua! Entri kali ni pun ringkas jugak. Zaman sekolah menengah dulu-dulu, bagi mereka yang lahir tahun 80 an mesti pernah layan-layan lagu english popular masa tu. Sebagai contoh, Westlife. Tipu la kalau ada yang tak kenal Westlife masa tu. Yang lahir awal tahun 90 an pun mesti kenal dengan boy band dari UK ni. 

Ok berbalik kepada tajuk entri, tadi masa manja-manja ngan google, tiba-tiba teringat satu lagu ni dari Westlife ni. Memang popular habis la dulu. Masa lagu ni popular, saya dah masuk sekolah menengah. Lagu tu saya siap salin-salin lirik bagi hafal. Pastu pegi beli kaset, main kat Walkman. Walkman??? Haha, dulu takde MP3 player, iPod semua ni. Semua dengar lagu guna walkman atau yang berduit sikit tu bergaya ngan Discman. Pakai Discman ni bergaya sikit dari Walkman. Sony punya produk pulak barang hot masa tu. hehe. Ini semua cerita masa awal-awal tahun tahun 2000 dulu la...


Ini la Walkman.
*Pernah beli kaset Too Phat, peminat hip hop la katakan dulu2. Siap hafal lirik lagu Anak Ayam lagi, rapping la, apa lagi. hahaha.*


Discman. Hot stuff dulu2. hehe.


Sekarang ni semua canggih dah. Tak pandang dah yang kat atas-atas ni. Even Nokia 3310 pun barang hot dulu. Siap boleh compose muzik lagi buat ringtone. 



*Henpon idaman dulu2 masa sekolah menengah. haha*


Ouh, dah makin lari dari tujuan entri ni ditulis. Tapi, buat yang lahir tahun 80 an, kenangan kita dulu memang best. Especially masa cuti Raya. Dulu cuti raya kita ngam-ngam cuti sekolah dua bulan tu. Bulan 11, 12 macam tu la. Sekarang dah jatuh bulan 9, 10 macam tu. Tahun ni Hari Raya kita jatuh 30 Ogos 2011 pulak kalau ikut kalendar. Sekali la cuti Raya ngan Merdeka. Dulu cuti Raya jatuh sekali ngan cuti Tahun Baru Cina atau Krismas. Lagipun dulu-dulu, cuti raya rasa lamaaaa je. Sekarang, dah tak rasa dah. huhu.

*Ok, sesi flashback tamat.* Ini la lagu Westlife yang popular dulu tu. Klik kat readmore ye. 

Layannnnnnnnn







p/s: Tiba-tiba entri jadi panjang. Excited jap. hehe...

23 comments:

  1. aok.zaman kita dolok bah..hehehe :)
    kmk layan laguw estlife juak..hee..agik2 nk lagu flying without wings ya..hee

    ReplyDelete
  2. lepas tu tiap kali majalah buat cover westlife kumpul duit beli =_=!

    ReplyDelete
  3. hehehe suke giler lgu westlife :)

    ReplyDelete
  4. @solehah: hehe..best2..layan lagu tu jua dolok..mun dengar ikut nyanyi skali..

    @saperaku: ak hafal2 lirik dia kat majalah tu..hehe

    @ila: dulu2 masa sekolah menengah best layan..hehe

    @alinac: layannn heee..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    saya pon laya jugak lagu tu dulu.tengok abang dengar macam best ja lepas tu try la dengar. mmg dengar guna walkman la.tak ada benda2 canggih macam zaman sekarang ni

    ReplyDelete
  6. @Tina: hehe,tu la kenangan kita dulu2..dah jadi barang antik dah walkman tu..haha

    ReplyDelete
  7. ahakzzz..

    pertama sekali nak cakap zis tokozot tetiba dengar lagu westlife..speaker dah laa pasang kuat plak tu..jam dah kol 12.20AM..haha

    ni mesti kaki breakdance dulu2 ni kan? haha

    ReplyDelete
  8. @zis: hahahaha..sori2,lagu tu autoplay..dah bagi amaran 'klik read more' kat ctu..hehehe..

    ReplyDelete
  9. I remember I wanted a dicsman so badly but my parents couldn't afford it so. So I always borrow from friends :D

    ReplyDelete
  10. ya ya..kakNo pun suka lagu ni dolu2..best kan..kenangan zmn skolah mmg sukar dilupakan..

    ReplyDelete
  11. @jamiey: right? I also wanted one, I got fedup with walkman, at some point the roller will not roll..so,had to manually roll the caset using pencil..haha..

    @kak no: hehe, dulu2 la..

    ReplyDelete
  12. salam kenal. henpon 3310 tu memang terbaik sepanjang zaman. ehehehe :D

    kalau sudi, jemput singgah sini http://eyfaaliasstory.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Semua barang kat atas masih di simpan dengan rapi.. kenangan tuh..

    ReplyDelete
  14. @ejard: walkman ak dah buang lama dah..rosak..huhuhu..

    ReplyDelete
  15. aku tak buang walaupon rosak. simpan lagi. rosak pon bukan rosak teruk kot. dia rosak sebb tak pakai

    ReplyDelete
  16. @ejard: yang benda dalam tu yang pusing pita kaset dah takleh pusing..huhu..
    *pelik je ayat ak =.=*

    ReplyDelete
  17. ye, kite awal 90 an sape ade discman kire paling kaye la tu. haha

    raya dulu mase cuti sekolah yang bulan 11,12 tu. syok la cuti raya sebulan lebih. puasa pon kat umah. hehe

    ReplyDelete
  18. @cik saidi:

    haha, kan kan?

    tu la, nak raya macam dulu2 lagi..kalau cuti kerja, terikut skali budak skolah cuti..kalau sekarang, cuti raya sekejap je..cuti pun jadik sekejap..huhu..

    ReplyDelete
  19. kenangan tuh semua leh masuk muzium

    ReplyDelete
  20. kenangan saya pertama kali beli nokia 3310 dengan harga rm700+ tahun 2003 kat JB.

    ReplyDelete
  21. kalau produk dulu, diadakan balik dan dijual balik, agak-agak produk apa ya???

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share