Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Timeline Bakal Dikuatsakan Untuk Facebook Fan Page

Sehangat-hangat berita mengenai pelancaran iPad 3 minggu depan oleh Apple, mungkin hangat lagi cerita ini. Mungkin tidak lah sehangat tahi ayam, cuma lebih hangat dari biasa. Errrr ok, jalan cerita terbabas dari landasan kapal terbang. hehe. Tapi, perenggan di bawah perlu di baca dengan serius.

*Preview
Facebook Fan Page Timeline Preview



10 Blog dengan Follower Terbanyak bagi Tahun 2011

Assalamualaikum.

Tahun 2011 bakal melabuhkan tirai kurang dari 48 jam sahaja lagi. Apa azam tahun baru korang untuk blog? Tambah follower ke puluhan ribu? huhu. Follower yang banyak boleh dikatakan nadi untuk sesebuah blog. Tak kira la sama ada niche blog personal, informasi atau sebagainya. Tapi, follower, reader @ silent reader adalah kunci kepada seseorang blogger untuk terus menulis dalam blog. Siapa yang mahu menulis dalam blog kalau yang membaca hanya si penulis tu sendiri. Lebih-lebih kalau dah letak iklan macam-macam dalam blog. Mesti nak ada reader, yakni trafik ke blog. Right?

So, di sini aku senaraikan 10 blog (personal) dengan jumlah follower yang terbanyak bagi penghujung tahun 2011.


YUYU ZULAIKHA (14803)

Virus Ayu Ting Ting di Facebook

Assalamualaikum.

Ada nampak video ni kat News Feed Facebook yang kawan-kawan korang share?


Ini virus terkini di Facebook. Sila jangan curios sangat bila nampak tajuk 'AYU TING TING BAJUNYA MELOROT!!' kerana ianya hanya lah virus semata-mata. Korang tak akan dapat tengok pun video tu, hatta maksud Ting Ting tu pun korang tak kan dapat kalau tekan link tu. So, jangan lah tekan link tu. hehe.

Twitter dengan Wajah Baru

Assalamualaikum.

Baru-baru ini Twitter ada buat announcement mengenai perubahan interface terbaru yang mereka bakal perkenalkan. Tapi, masa tu di Malaysia belum dapat lagi. Sekarang aku tak pasti la kalau ada lagi yang tak dapat wajah baru Twitter ni sebab aku dah dapat. Siap print screen lagi ni. hehe. Design Twitter yang baru ni memang agak mudah dan jauh lebih stylish kalau dibandingkan dengan design yang lama. Design baru ini juga diseragamkan untuk semua device. Say, kalau buka Twitter dari mana-mana jenis smartphone, Android atau Apple, design dia sama sahaja. Empat tab dan butang 'compose tweet' di bahagian atas, sama seperti buka Twitter melalui browser. Untuk maklumat lebih banyak, boleh tengok sini.



*Twitter memperkenalkan tab Home, @Connect dan #Discover di sebelah kiri.



*Profile Page. Selain itu, tab untuk access profile dan compose tweet di sebelah kanan.


VIDEO RASMI



p/s: Best! Sekarang testing Facebook Timeline lagi dan masih lagi dalam tempoh percubaan. hehe. 

Trivia: Tahukah anda, profil anda di blogger.com (default) untuk bahagian About Me boleh ditukar dengan profil Google+ anda?


Guna ShoutMix Kena Bayar $0.99 Setiap Bulan

Assalamualaikum.

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA SHOUTBOX JENIS SHOUTMIX. Kalau korang perasan, baru-baru ni ada keluar Important Notice kat atas shoutbox tu. Klik untuk baca notis dari shoutmix tu. Dipendekkan cerita, service ShoutMix 'Free' akan dihentikan serta merta berkuatkuasa 1 Januari 2012. Tetapi, pengguna yang ingin terus menggunakan ShoutMix ini akan dikenakan bayaran sebanyak $0.99 setiap bulan. Sanggup? hehe.



*Sedikit petikan dari Notis Penting dorang


Kesimpulannya, kita cuma boleh pakai ShoutMix ni sampai hujung bulan 12 ni sahaja. Tapi, korang jangan risau. Cbox masih ada dan masih lagi free. Boleh daftar Cbox pula untuk meneruskan tradisi blogwalking anda. Tapi, tak silap aku, Cbox ni dulu pandai hilang-hilang, sebab tu aku tukar ke ShoutMix. Tapi, boleh la untuk menggantikan balik ShoutMix yang bakal berbayar sebab kalau nak buang terus shoutbox tu, aku tak sanggup lagi. Trafik ke blog ni banyak datang dari blogwalking. *jujur* Lagi pun, senang nak sembang-sembang ngan bloggger lain. hehe. Nanti dah dekat 1 Januari, baru remove ShoutMix tu. Ready je la yer.

Sekian.

Gambar Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Assalamualaikum.

Oleh kerana aku tak ambil gambar sangat semalam, aku cilok dari Facebook kawan aku je sebab dia pun tag aku dalam gambar yang dia ambil. However, gambar yang dia ambil tu very intriguing. He said la. Aku pun tak pandai dalam astronomi ni, jadi tak boleh nak komen lebih-lebih. Cuba tengok gambar yang kedua tu. 



 *Gambar Gerhana Bulan penuh merah


*Something or some 'planet' caught in the picture as well


It might be error. Maybe it is 'it', maybe not. Nibiru. Tapi, semua tu kuasa Allah yang Maha Mengetahui. Kita manusia biasa ada batas pemikiran, banyak lagi perkara atau kejadian yang luar dari batas pemikiran kita.

Credit pics to : Punyoo


p/s: Jam 1 petang nanti, aku post lagi gambar Find The Cat:Part 2 tu macam post Find The Cat:Part 1 yang semalam punya.

Kenapa Kucing Makan Rumput

Assalamualaikum.


Ini fakta yang berguna kalau anda seorang penggemar haiwan comel ni. Kucing seperti mana yang anda ketahui adalah haiwan jenis karnivor yang mana rumput bukan dalam senarai diet dorang. Malah, untuk pengetahuan anda, perut kucing jugak tidak ada enzim yang diperlukan untuk mencerna rumput yakni serat. Jadi, kenapa kucing makan rumput? Jawapannya....jeng jeng jenggggggggggggg

Kita ambil contoh kucing yang dapat tangkap dan makan tikus. Tikus adalah haiwan berbulu... errr, give up tikus, tukar ke burung la. Geli la pikir tikus tanah tu. hahaha. Kucing sebagaimana yang anda ketahui tidak ada kepandaian untuk cabut bulu burung yang dia tangkap supaya dapat makan ngan senang. So, dorang terpaksa makan burung tu ngan bulu-bulu burung tu sekali. Sekarang bulu tu dah masuk dalam perut dorang dan untuk pengetahuan, bulu burung, bulu tikus, hatta bulu kucing tu sendiri tak kan hadam dalam perut kucing.

Oleh sebab perut kucing tidak mampu untuk menghadamkan bulu, kucing akan makan rumput. Rumput yang dorang makan tu membantu kucing ni memuntahkan balik segala benda yang tak dapat dihadamkan dalam perut dorang. Sebab tu la jugak kalau ada kucing yang jarang-jarang dapat makan rumput (kena kurung kat rumah), dorang akan makan tanaman lain kat rumah, atau pun sayur yang korang beli. Believe it or not, kucing memang suka makan sayur. Cats was born with it. So, sila bagi kucing anda makan rumput. hehe.

*Rimau pun makan rumput


Koleksi Gambar Bayi Haiwan yang Tersangatlah Kiut!

Assalamualaikum.

Simpan lama dah gambar ni. Dua tahun dulu lagi kot. hahaha. Boleh la buat hilang2 tensen.

10 keping gambar2 bayi natang untuk dilayan. Enjoy!


9 Posisi Tidur yang Paling Hangat

Assalamualaikum.

Hai hai semua! Dah ready nak tidur ke belum? Pukul 12 dah ni. hehe. So, sebelum tidur tu, saya nak tanya sikit. Apa HABIT korang sebelum tidur?  Apa yang korang buat supaya dapat tidur ngan selesa lepas letak kepala atas bantal dan bagaimana posisi tidur yang anda ambil? Kalau tak pusing2 atas tilam amik port yang paling selesa untuk tidur, mesti susah nak tutup mata. Ye tak? Lain la, kalau badan dah penat, otak pun penat. Baring je, dua saat dah masuk alam mimpi. hahaha.

Kat sini, saya ada senaraikan 9 posisi tidur yang kebiasaan la, check it out!


Fakta Tentang KOPI yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum.

Korang perasan kan saya ada letak gambar kopi yang sedap kat tepi sebelah kiri ni. So, kali ni nak letak entri pasal kopi. Berinformasi sikit ye tak? Kopi sebagaimana yang anda ketahui adalah minuman berkaler hitam pekat yang enak diminum panas2 ketika waktu pagi dan jauh lebih popular dari coke. hehehehe.

Sedapppppp


Kopi adalah minuman yang mempunyai keistimewaanya yang tersendiri. Kalau tak, tak mungkin akan wujud , "Mamak! Kopi o satu!!" Betul tak? Kalau korang perasan juga, sekarang dah banyak jenis dan cita rasa kopi. Kopi Radix, Tongkat Ali, you name it. Tak salah kalau saya katakan, setiap jenis kopi mempunyai pengikutnya sendiri. Kalau ada fan page facebook, mesti dah ada yang follow. haha.

A little bit of facts kenapa kopi ni banyak penggemar,


1) Kopi boleh menyegarkan dan berupaya mengurangi rasa mengantuk

Ni takyah la terangkan banyak2, ramai dah sedia maklum yang kopi mampu menahan diri kita dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Sebab tu kalau student mesti minum paket nescafe 3 in 1 tu banyak2 the night before exam. Nak studi katanya. Studi last minit. Sebab malam sebelum exam tu la, semua yang dibaca, dihafal dah boleh masuk. Sampai boleh habis satu buku dalam satu malam. kekeke.


Jangan tetido macam ni sudah. haha.


2) Kopi berupaya membantu anda mengekalkan kecergasan lebih lama

Ini kerana kandungan kafein di dalam kopi itu sendiri. Kafein boleh berfungsi sebagai wake-up call yang istimewa buat otak anda di mana ia berupaya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda lebih lama dari 30 minit. So, minum lah kopi sebelum bersenam kerana kafein membantu tubuh membakar lemak terlebih dahulu dari karbohidrat di dalam tubuh sebagai sumber tenaga untuk aktiviti kecergasan. 


3) Kafein boleh membantu meningkatkan rasa ghairah seks

Bukti. Tengok je TV3, kan ada iklan yang jin hijau tu. Alaaaaaa, iklan yang suami dia pujuk2 kemain lepas tu panggil jin hijau. Jin hijau tu bagi minum kopi tu kat dorang, lepas tu paham2 la... BETUL BETUL POWER!!! kahkahkah!

Kesimpulannya, kopi ni banyak kelebihannya. Yang kurang pun boleh tahan banyak jugak. Tapi, buat penggemar kopi macam saya, tu takde hal. hehe. Sambil lepak2, teguk secawan dua dah cukup. Aroma kopi tu pun dah cukup jadi daya penarik. Halusssssss...eh, harummmmmmmm. hihi.


p/s: Kalau korang pegi Sabah, jangan lupa cari KOPI TENOM bawa balik semenanjung. Kopi ni bau dia memang harum. Rasa dia jangan cakap la, sedap gila. haha.

Ini la KOPI TENOM
Sumber: HPA

Kenangan Zaman Sekolah Menengah Budak Lahir Tahun 80 an

Assalamualaikum.

Hai hai semua! Entri kali ni pun ringkas jugak. Zaman sekolah menengah dulu-dulu, bagi mereka yang lahir tahun 80 an mesti pernah layan-layan lagu english popular masa tu. Sebagai contoh, Westlife. Tipu la kalau ada yang tak kenal Westlife masa tu. Yang lahir awal tahun 90 an pun mesti kenal dengan boy band dari UK ni. 

Ok berbalik kepada tajuk entri, tadi masa manja-manja ngan google, tiba-tiba teringat satu lagu ni dari Westlife ni. Memang popular habis la dulu. Masa lagu ni popular, saya dah masuk sekolah menengah. Lagu tu saya siap salin-salin lirik bagi hafal. Pastu pegi beli kaset, main kat Walkman. Walkman??? Haha, dulu takde MP3 player, iPod semua ni. Semua dengar lagu guna walkman atau yang berduit sikit tu bergaya ngan Discman. Pakai Discman ni bergaya sikit dari Walkman. Sony punya produk pulak barang hot masa tu. hehe. Ini semua cerita masa awal-awal tahun tahun 2000 dulu la...


Ini la Walkman.
*Pernah beli kaset Too Phat, peminat hip hop la katakan dulu2. Siap hafal lirik lagu Anak Ayam lagi, rapping la, apa lagi. hahaha.*


Discman. Hot stuff dulu2. hehe.


Sekarang ni semua canggih dah. Tak pandang dah yang kat atas-atas ni. Even Nokia 3310 pun barang hot dulu. Siap boleh compose muzik lagi buat ringtone. 



*Henpon idaman dulu2 masa sekolah menengah. haha*


Ouh, dah makin lari dari tujuan entri ni ditulis. Tapi, buat yang lahir tahun 80 an, kenangan kita dulu memang best. Especially masa cuti Raya. Dulu cuti raya kita ngam-ngam cuti sekolah dua bulan tu. Bulan 11, 12 macam tu la. Sekarang dah jatuh bulan 9, 10 macam tu. Tahun ni Hari Raya kita jatuh 30 Ogos 2011 pulak kalau ikut kalendar. Sekali la cuti Raya ngan Merdeka. Dulu cuti Raya jatuh sekali ngan cuti Tahun Baru Cina atau Krismas. Lagipun dulu-dulu, cuti raya rasa lamaaaa je. Sekarang, dah tak rasa dah. huhu.

*Ok, sesi flashback tamat.* Ini la lagu Westlife yang popular dulu tu. Klik kat readmore ye. 

Layannnnnnnnn

Gambar Buah-buahan Menarik

Ini adalah sebiji buah pisang.


Tapi pisang2 sekarang dah lain dari dulu. Pelik-pelik dah bentuk dia sekarang. Baru-baru ni heboh satu Malaysia telur ayam dah ada yang palsu, sekarang pisang pulak?