Wordless Wednesday #10

Assalamualaikum.

*Ubi ada jantina..hurmmmm..





p/s: Blogging..blogging..blogging..

New Chapter.

Assalamualaikum.


Rasanya dah agak lama saya meninggalkan blog ni, minta maaf banyak-banyak kalau ada rakan-rakan yang masuk dalam blog ni kebosanan asyik tengok post yang sama. Masih post pasal raya pulak tu bawah ni. hehehe.. Lot of things happen lepas post raya yang paling last tu. That's why blog tinggal macam tu je. Last post yang sebelum post ni pun dah dekat sebulan yang lalu. Konon-konon tak lama lepas post tu, start balik aktif blogging.. alih-alih jadik sebulan baru publish post baru. Tapi yang ni pun tak pasti lagi, nak maintain post macam dulu tiap-tiap hari ada post, ataupun time rajin jer baru post. InsyaAllah, saya cuba maintain macam dulu.

Apapun, saya tak sangka yang walaupun dua bulan lebih tak publish post baru, follower dah mencecah 901 orang. Terima kasih banyak-banyak buat rakan-rakan yang rajin berkunjung ke blog picisan lagi murahan ni walaupun blog ni lagi banyak karut dari info. Review pasal Galaxy SII pun gantung lagi, hehehe..

Banyak yang nak diceritakan sebenarnya dalam dua bulan tak update blog ni, tapi tak tau nak mula dari mana. Jadi, lebih baik kalau buka cerita baru kot. hehehe. Lagi pun cerita team Harimau Muda mengalahkan Garuda baru-baru ni jauh lagi hangat dari apa yang boleh saya kongsi. Trafik lagi mencanak kot kalau letak post pasal Harimau Muda. Tahniah buat Harimau Muda kerana berjaya menewaskan team Garuda, dua kali di depan penyokong pihak lawan sendiri dan sekaligus membawa pulang pingat emas. Tahniah!


*Emas milik Apexs, ambik dari Twitter Paknil :)


Selain dari tu, saya dah dapat first payment dari Nuffnang hasil dari blog Aku Anak Labuan ni. Alhamdulillah.. Boleh la buat bayar bil streamyx, walaupun nilai tu hasil dari kumpul berbulan-bulan baru cashout. hahahaha.. Tapi boleh la dari takde, ye tak? Terima kasih buat Nuffnang dan Harimau Muda kerana menjadikan hari-hari ku lebih indah. hehe..




Terima kasih sekali lagi buat rakan-rakan yang sudi jenguk blog tak seberapa ni. Maaf jugak sebab dah lama tak jenguk blog rakan-rakan yang lain tolong up trafik. Honestly, memang tersangat jarang buat blogwalking sepanjang tak bukak blog. Lepas ni saya akan cuba balik maintain publish post baru setiap hari macam dulu, pastu buat blogwalking macam biasa. Selain tu, nak minta maaf jugak sebab penulisan makin lama makin skema, sori kalau ada yang bosan baca. hehehe.. apapun, SKEMA ITU SEKSI yawwwww!