Rezeki dari Nuffnang!

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia semua! Sudah lama tak menjenguk blog ni sejak menguruskan pelbagai urusan duniawi walaupun sebenarnya menganggur hampir lima bulan. hehe. Alhamdulillah, kini sudah diterima bekerja dan sudah bertugas sejak Isnin minggu lepas.

Tapi walaupun sudah lama tak kemaskini blog, walaupun trafik dah jatuh menjunam, Nuffnang masih menghadiahkan Buffered Earning kepada blog ni. hehe. Buffered Earning yang kedua untuk tahun ni. 

Alhamdulillah, dapat rezeki dari blogging sambil-sambil tunggu cek says sampai kat rumah sekali. hehehehe...

Selamat hari Ahad semua!

Akhirnya! Instagram for Android!!

Instagram for Android

Finally! Aplikasi Instagram sudah boleh mula dimuat turun untuk pengguna gadget Android. Aku memang dah lama menunggu aplikasi ni. Sebelum ni, aku guna Instagram untuk ambil gambar menggunakan iPod Touch 4. Agak puas hati walaupun kualiti kamera iPod kurang memuaskan. Tapi, aplikasi ni memang terbaik bagi aku kalau nak ambil gambar cantik. Ini kerana pilihan-pilihan filters yang disediakan oleh Instagram sangat menarik. Semua cantik-cantik.

Selain tu, gambar-gambar yang diambil menggunakan Instagram boleh dikongsi dan korang boleh tengok gambar menarik yang diambil oleh siapa-siapa yang korang follow. Kalau nak kongsi di laman sosial seperti Twitter dan Facebook pun boleh.

Instagram for Android

So, kalau anda pengguna gadget Android, sila download Instagram sekarang! Untuk info, aplikasi ini sudah dimuat turun oleh lebih 1 juta pengguna Android. Jadi, jangan ketinggalan. hehehe.

Menara Jam Labuan

Menara Jam Labuan

Sambutan Earth Hour 2012 di Labuan

Earth Hour 2012 Labuan
Semalam, 31 Mac 2012, sebuah kempen alam sekitar iaitu Earth Hour 2012 telah disambut oleh seluruh manusia di seluruh pelusuk dunia.  Kempen ini dijalankan supaya setiap penduduk bumi seluruh dunia lebih sensitif terhadap masalah pemanasan global dan perubahan iklim yang semakin membimbangkan. Penduduk Labuan sendiri tidak ketinggalan mengadakan kempen kesedaran Earth Hour ini di Dataran Merdeka, Labuan dengan mematikan lampu dari jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam iaitu selama 60 minit.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan semalam yang rata-rata disertai oleh penduduk kampung dan pelajar sekolah. Gambar-gambar dalam artikel ni antara beberapa penyertaan penduduk kampung di Labuan sebagai tanda sokongan terhadap kempen Earth Hour 2012. Semua gambar ni aku ambil dalam gelap guna kamera handphone, yang nampak hanya nyalaan api dari pelita tu sahaja. Jadi, kualiti gambar kurang memuaskan sikit. huhu. Apapun, cekidout!