Showing posts with label Labuan. Show all posts
Showing posts with label Labuan. Show all posts

Cuti Raya Cina di Labuan


Assalamualaikum.

Masih lagi dalam mood cuti CNY~ ~ ~ huhu. So, last week cuti aku ambil kesempatan balik Labuan. Empat hari tiga malam, tapi rasa macam sekejap saja. Tapi tidak apa, kali ini balik Labuan dengan awek baru, Cik Almera. hahahahaha..



First time bawa Cik Almera balik Labuan, dapat juga la bawa dia merasa naik feri. Feri lama yang tiada tempat duduk penumpang, terpaksa duduk dalam kereta sepanjang perjalanan, panassssss. 

Kereta pula kena tempias air laut sebab di belakang-belakang. Tolonggggg lah!



Anyway, dapat juga balik Labuan setelah lama tidak balik. Sempat juga jumpa kawan lama aku pergi beraya. Lama tiada khabar berita, berjumpa masa cuti saja. Terubat lah juga rindu dengan kawan lama. Bila sudah lama tidak jumpa, banyak cerita yang keluar. hehehehe..



Alhamdulillah, for having such a good friend. Semoga persahabatan kita kekal dunia dan akhirat.

Bila Feri Wawasan Perdana Terbakar!


Kapal minyak meletup di Labuan


Pagi ni macam biasa belek-belek Facebook, then terima satu berita mengejutkan dari Labuan. Gambar di atas dah banyak orang Labuan share termasuk lah aku sendiri. Khabarnya, sebuah kapal yang mengandungi 6 ribu tan minyak terbakar semasa loading. Melalui info yang aku baca di Facebook, ada dua kali letupan berlaku pada jam 2.30 pagi tadi dan sekitar jam 7 pagi. Setakat ini, api kebakaran belum dapat dipadamkan. Selain itu, 5 orang anak kapal masih belum dijumpai.

Menara Jam Labuan

Menara Jam Labuan

Sambutan Earth Hour 2012 di Labuan

Earth Hour 2012 Labuan
Semalam, 31 Mac 2012, sebuah kempen alam sekitar iaitu Earth Hour 2012 telah disambut oleh seluruh manusia di seluruh pelusuk dunia.  Kempen ini dijalankan supaya setiap penduduk bumi seluruh dunia lebih sensitif terhadap masalah pemanasan global dan perubahan iklim yang semakin membimbangkan. Penduduk Labuan sendiri tidak ketinggalan mengadakan kempen kesedaran Earth Hour ini di Dataran Merdeka, Labuan dengan mematikan lampu dari jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam iaitu selama 60 minit.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan semalam yang rata-rata disertai oleh penduduk kampung dan pelajar sekolah. Gambar-gambar dalam artikel ni antara beberapa penyertaan penduduk kampung di Labuan sebagai tanda sokongan terhadap kempen Earth Hour 2012. Semua gambar ni aku ambil dalam gelap guna kamera handphone, yang nampak hanya nyalaan api dari pelita tu sahaja. Jadi, kualiti gambar kurang memuaskan sikit. huhu. Apapun, cekidout!

Keputusan Penuh Kelayakan Olimpik Malaysia vs Bahrain



Sebentar tadi, perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik kumpulan C di antara Malaysia dan Bahrain telah berakhir dengan keputusan,

Keputusan Penuh AFC (5 Februari 2012) : Malaysia vs Bahrain

MALAYSIA (1) vs (2) BAHRAIN


Kalah...

Apa pun, sekalung tahniah buat Ahmad Hazwan Bakri dan team Harimau Muda kerana berjaya menjaringkan satu (1) gol walaupun tewas sekali lagi di tangan Bahrain.


Khas untuk Hazwan Bakri 

Tahniah. Anda telah berjaya mengharumkan nama Labuan dalam arena bola sepak tanah air dan dunia khususnya. Labuan pernah melahirkan pemain bola sepak berkualiti iaitu Hassan Sani. Oleh itu, tidak salah andai saya katakan Hazwan Bakri umpama Hassan Sani 2. Pemain bola sepak terbaik kelahiran Labuan untuk generasi moden. Semoga anda terus maju dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!

Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2012!

Assalamualaikum.



Setiap tahun, 1 Februari adalah sambutan Hari Wilayah Persekutuan bagi semua negeri di bawah gagasan Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Setiap tahun juga, akan ada sambutan yang bermula dari sebuah Persekutuan dan berakhir di Persekutuan yang lain. Tahun ini, sambutan Hari Wilayah Persekutuan telah dirasmikan pada 28 Januari di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan majlis penutup akan dilangsungkan pada 26 Februari di Putrajaya. Jadual sambutan boleh tengok di sini.

Khas untuk rakyat Labuan, sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Labuan akan dilangsungkan pada 10 sehingga 12 Februari di Dataran Labuan. Jadual sambutan di Labuan adalah seperti berikut;

-10 Feb: Konsert 2 Zaman (Rujuk Labuan FM untuk artis jemputan).
-11 Feb: Pertandingan Tarian Singa (ada 10 kumpulan). 
-12 Feb: Majlis Penutup Karnival Rakyat (ada OSBON, Mus MAY, Rehana@ Han, Saloma Labuan, Sweety Girls dan bunga api). 
Sumber

Selamat bercuti buat semua penduduk Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya. ^__^


*Ini lah bendera Labuan


"RAKYAT BERSATU, WILAYAH PERSEKUTUAN MAJU"

Penyerahan Bantuan 1Malaysia Fasa 1 untuk Penduduk Labuan

Assalamualaikum.


Pengumuman khas untuk penduduk Labuan berhubung penyerahan Bantuan 1Malaysia Fasa 1. Penyerahan BR1M akan dilakukan pada 3 & 4 Februari di Dewan Serbaguna Perbadanan W.P.Labuan bermula pada jam 7.30 pagi untuk sesi pendaftaran. Sesi penyerahan pada jam 9.00 pagi. Pengumuman penuh boleh dilihat di bawah.



*Petikan di ambil dari Facebook Parlimen Labuan


Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1Malaysia.

Makluman kepada warga Labuan. Penyerahan Bantuan 1Malaysia Fasa 1 akan diadakan pada 3/02/2012 dan 4/02/2012, bertempat di Dewan Serbaguna Perbadanan W.P Labuan. Kaunter pendaftaran akan dibuka bermula dari 7.30 pagi dan acara akan bermula pada 9.00 pagi.

Penyerahan surat jemputan bagi penerima fasa 1 telah diagihkan melalui JKK Kampung masing-masih dan juga dihubungi melalui telefon , selain daripada itu, surat jemputan turut diedarkan melalui p.o box/ peti surat alamat pemohon.

Ataupun sila membuat semakan nama penerima Fasa 1 di Wisma Perbadanan Labuan , Tingkat Bawah (Bekas Perpustakaan lama W.P Labuan) pada hari Isnin (30/02/2012) dan Selasa (31/02/2012). Kaunter akan dibuka pada tarikh tersebut bagi penerima yang belum menerima surat jemputan.

Kepada yang gagal dalam pemohonannya, surat telah dan akan dihantar terus ke alamat masing-masing. Manakala bagi yang telah memeriksa jawapan daripada LHDN yang mereka telah layak menerima bantuan tersebut, bantuan akan diagihkan secara berperingkat pada masa yang akan ditetap nanti.

Sebarang pertanyaan sila berhubung terus ke PEJABAT PARLIMEN LABUAN (087-411669). Sekian dan harap maklum.


*Semoga rakyat Labuan dapat manfaat dari Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ni.

Lelaki Maut Dilenyek Lori 5 Tan di Menggatal, Sabah

Assalamualaikum.

Berita yang agak ngeri saya baca pagi ini. Seorang lelaki menemui ajal apabila dilenyek lori lima tan milik rakannya yang kebetulan mengundurkan kenderaan berat itu dalam kejadian di Menggatal, Sabah. 

*Cilok dari Google. Lori 5 tan.

Berita kemalangan lain dari Labuan, seorang lelaki yang cuba melintas trafik, maut apabila dilanggar sebuah van akibat tersadung dan terjatuh di atas jalan raya. Tapi, kejadian ni saya pun tak pasti di mana.

Koleksi Gambar Menarik dari Pulau Papan, W.P.Labuan

Assalamualaikum.

Takde bahan untuk ditulis panjang lebar kali ini. Aku tunjuk gambar je la. hehe. Semua gambar ni diambil Sabtu lepas masa aku join dengan family kawan baik aku berkelah di pantai Pulau Papan. Pulau Papan ini adalah salah satu dari enam buah pulau di sekitar perairan Wilayah Persekutuan Labuan. Perjalanan dari main island ke Pulau Papan hanya mengambil masa selama lebih kurang 5 minit sahaja menggunakan bot. 5 keping gambar untuk tontonan bersama kat bawah ni.

*Semua gambar diambil menggunakan kamera belakang Samsung Galaxy S II tanpa touch up. Aku letak copyright watermark je. Dua gambar terakhir dibantu software Camera360 menggunakan Effect Enhancement. (Baru-baru ni, Samsung ada release Samsung Galaxy W lagi. Processor 1.4GHz. Lagi gempak dari Galaxy S II.)


*Open image in new tab kalau nak tengok saiz original.
*Dalam perjalanan. Aku suka tengok gambar air laut tu. Dapat capture detail.

*Pemandangan Labuan dari Pulau Papan.

*Jalan-jalan kat pantai jumpa ni. Tak tahu apa nama. hehe.

*Sila kagum.

*Sila kagum lagi sekali. Aku nak buat header gambar ni. hahaha.


TERIMA KASIH sudi scroll mouse anda sampai gambar last. Niche blog untuk hari ini adalah photography. haha.


p/s: Post ni selingan mini review Samsung Galaxy S II. hehe.

Weekend

Assalamualaikum.


Tak terasa hari ni dah masuk hari ke empat dalam bulan Disember 2012. Kurang dari 30 hari je lagi ke tahun baru 2012. Bagi kita sesama Islam, salam Maal Hijrah 1433H. 

Apa planning hari ni? Planning aku, duduk rumah je, bukak facebook ngan twitter. Murni tak niat planning aku? haha. Takde aktiviti besar yang boleh dilakukan. Akhir-akhir ni kat Labuan ni pun ayik hujan je. Semalam ada jugak keluar rumah pusing-pusing satu Labuan, dalam keadaan cuaca hujan yang agak lebat. On the way, kami jumpa ni...

*Lokasi: Jalan Tanjung Kubong

Nasib pokok kecik je. Apapun, cuaca memang tak menentu sejak kebelakangan ni. Hujan, lepas tu banjir. Semoga semuanya selamat yer and remember to always take precaution first. Enjoy your weekend!

Selamat beristirehat semua.


Soto Makasar Labuan dan Kopi

Assalamualaikum.

Kali ni entri takde kaitan ngan kopi, tapiiii... ada juga la terselit sikit. hehehe. Huh, dua entri pasal makanan hari ni. Tadi pagi, pasal kopi. Entri yang ni pun ada pasal kopi jugak sebenarnya, tapi dilebihkan lagi jamuan sarapan pagi tadi. SOTO MAKASAR. Ada tempat yang selalu saya pergi di Labuan ni kalau dah mengidam. hehe. Tak tau apa tu soto makasar? Tengok bawah ni, ini lah rupa soto makasar...




So, air order apa pulak? 


Mesti la KOPIIII. hahaha. "Kopi susu satu mareyyyyyyyyy"




hehehehehehehehehe


p/s: Sori, gambar kurang memuaskan. Ambik guna iPod je.