Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

Gambar Bangunan Suria KLCC Terbakar!

KLCC terbakar

Heboh di timeline Twitter kononnya KLCC terbakar. Gambar ni pun sumber dari Twitter. Rupanya, salah sebuah restoran di KLCC je terbakar iaitu Chinoz. Difahamkan, berlaku sebuah letupan kecil yang disyaki daripada kebocoran gas di bahagian ruangan dapur Chinoz. Apapun, api telah berjaya dipadamkan. 

Tapi dalam banyak-banyak tweet pasal KLCC Terbakar, tweet macam kat bawah ni pun ada..haha..

"Terbakar KLCC Nampak Asap, Terbakar Hati Siapa Yang Tau"

Bekas Pelumba Le Tua Maut Akibat Langgar Lari

WCK2290,Langgar Lari Razifi Hamdan
Kes langgar lari. Kejadian ni berlaku pagi tadi di hadapan stesen minyak Shell berhampiran susur keluar ke Taman Melawati, Ampang. Difahamkan, bekas pelumba kelab Le Tua, Rafizi Hamdan (37) terbunuh, dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah bersama ahli kelab berbasikal Le Tua.

Bagaimanapun, pemandu kereta tu tak perasan nombor flat pendaftarannya tertanggal dan terjatuh berhampiran mayat mangsa.

Kejam, Suami Bunuh Isteri Hamil Dua Bulan!

Satu berita yang mengejutkan. Belum lagi reda kemarahan masyarakat mengenai pembunuhan adik Dirang, kini timbul lagi satu pembunuhan kejam yang menyayat hati. Suami tikam isteri yang hamil dua bulan bertubi-tubi sehingga mati. Kejam! Sangat kejam!

Ini lah perangai manusia bila tidak dapat mengawal nafsu marah, dendam dan sebagainya. Bila dah terjadi, dah terbunuh baru menyesal. Di mana perasaan dan sifat perikemanusiaan sebagai seorang manusia? Tahun lepas pun banyak berita pasal orang simbah asid. Tahun ni berita pasal pembunuhan kejam, artis rogol anak selama 7 tahun dan budak sekolah bergaduh angkara Facebook.

Malaysia makin maju tapi pemikiran masyarakat masih ada lagi yang mundur.


Berita penuh di Harian Metro Online.

Nurul Nadirah @ Dirang Disahkan Meninggal Dunia

Gambar Dirang Sebelum Meninggal Dunia

Sedih. Kalau korang ikuti kisah kehilangan seorang kanak-kanak kecil dari Johor ni, mesti turut sedih bila dah tahu pengakhirannya. Sangat kejam! Difahamkan, budak ni bernama Nurul Nadirah atau lebih dikenali dengan nama Dirang dilaporkan hilang sejak 1 Mac yang lalu. 

Kejadian ini bermula apabila ibu kepada Dirang iaitu Roselyn memberi RM4 kepada budak tersebut untuk membeli telur ayam dan mee segera dari kedai runcit blok berdekatan. Sehingga 30 minit kemudian, Dirang difahamkan belum balik ke rumah dan terus dilaporkan hilang pada hari yang sama. Pada 8 Mac, pihak polis menemui mayat rentung dalam lubang yang telah digali sedalam 3.5 meter di sebuah ladang kelapa sawit, 2 kilometer dari perumahan Dirang. Semalam, Jabatan Kimia mengesahkan hasil ujikaji DNA daripada rangka tersebut menyamai DNA Roselyn, ibu kepada Dirang.

Bunuh dan bakar.

All England 2012 : Datuk Lee Chong Wei Tewas

Lee Chong Wei All England 2012

Perlawanan di antara Lee Chong Wei dan Lin Dan dalam Kejohanan All England 2012 baru berakhir sebentar tadi dengan kemenangan memihak kepada jaguh China, Lin Dan. Tapi, apa boleh buat sebab kali ni Lee Chong Wei mengalami kecederaan tangan. Bahu penuh dengan plaster tapi masih lagi mampu bermain dengan baik. Tiga kali sembur pain killer sepanjang perlawanan berlangsung.

Tiada peluang kali ni untuk kita tengok satu lagi perlawanan epic dari dua jaguh dunia badminton untuk Kejohanan All England. Tinggal Olimpik 2012 lagi. Lepas tu, kemungkinan kedua-dua pemain bersara. Apapun, tahniah buat Lin Dan walaupun memang percuma menentang Lee Chong Wei.

Keputusan penuh perlawanan sebentar tadi, set pertama Lin Dan menang dengan mata 21-19. Set kedua pula Lee Chong Wei ketinggalan dengan mata 2-6 sebelum memutuskan untuk memberi kemenangan kepada Lin Dan. Serius sedih juga tengok Lee Chong Wei terpaksa menarik diri tadi. Lin Dan sempat mintak tukar baju dengan Lee Chong Wei yang seingat aku tidak pernah berlaku. huhu. Namun apa yang penting, tangan Datuk Lee Chong Wei sembuh sebelum Olimpik 2012.

Semoga cepat sembuh Datuk Lee Chong Wei.

Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia 0 - 4 Jepun

Malaysia vs Jepun

Perlawanan Malaysia vs Jepun untuk Kelayakan Olimpik 2012 baru sahaja berakhir sebentar tadi dengan sedikit drama dari Fakri selepas wisel penamat dibunyikan. Apapun, tahniah buat Pasukan Harimau Muda kerana berjuang sehingga saat akhir walaupun tidak berjaya memboloskan gol. Kena kaji semula kelemahan untuk persediaan Olimpik 2016.

Keputusan Penuh Malaysia vs Jepun (22 Februari 2012)
Malaysia (0) - (4) Jepun

Al-Fatihah, Latif Ibrahim Meninggal Dunia


Penyanyi dan pelakon era 1970-an, Latif Ibrahim telah disahkan meninggal dunia pada usia 62 tahun sekitar jam 6.10 petang tadi. Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) setelah dimasukkan sejak Sabtu lalu.

Takziah diucapkan buat keluarga arwah. Al-fatihah..


Berita Penuh di Harian Metro Online

Penyanyi Popular Rogol Anak Tiri Sejak Tujuh Tahun

Harian Metro Penyanyi Buas

Semakin lama, semakin banyak berita mengenai kes-kes rogol dan anak luar nikah dalam negara. Kali ini melibatkan seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air. 

Siapakah penyanyi hip hop yang dimaksudkan?


Berita Penuh di Harian Metro Online

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.

Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.

Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.

“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.

Piala Thomas 2012 Pusingan Kedua : Malaysia vs Indonesia

Keputusan Kelayakan Piala Thomas 2012 MAS vs JPN

Tahniah buat Pasukan Malaysia kerana berjaya menempah tiket ke final Piala Thomas 2012 yang akan berlangsung pada 20-27 Mei di Wuhan, China. Pasukan Malaysia tersenarai sebagai finalis setelah memenangi perlawanan menentang India dan Korea Selatan sebelumnya dalam pusingan kedua.

Petang semalam, Pasukan Malaysia telah bertemu Pasukan Jepun dan berkesudahan dengan keputusan 3-0. Boleh dikatakan, barisan kedua Pasukan Malaysia tiada sengat tanpa kehadiran pemain senior utama, Datuk Lee Chong Wei dan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Manakala dalam perlawanan  penentuan tempat ketiga menentang Pasukan Indonesia petang tadi, Pasukan Malaysia kalah tipis dengan keputusan 2-3. 

Keputusan Kelayakan Piala Thomas 2012 MAS vs INA

Apapun, tahniah buat Pasukan Malaysia kerana berjaya ke final Piala Thomas 2012. Harapan Piala Uber pula dah terkubur. Sekarang, tumpuan kepada Datuk Lee Chong Wei yang akan memulakan saingan Olimpik London 2012 tidak lama lagi.

Persoalannya sekarang kalau Datuk Lee Chong Wei confirm bersara selepas Olimpik London, siapa boleh ganti?


Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Thomas & Uber: Tekan di sini.

Piala Thomas 2012 Pusingan Kedua : Malaysia vs Jepun

Keputusan Kelayakan Piala Thomas 2012 MAS vs IND

Pasukan Malaysia menang mudah dengan keputusan 3-0 menentang Pasukan India dalam perlawanan petang semalam. Nasib baik juga Hafiz Hashim menang kali ni selepas tewas dalam perlawanan menentang Pasukan Korea Selatan. Tapi, kalau tak menang juga semalam, tak tahu nak cakap apa dah. Apapun, terima kasih buat Hafiz Hashim untuk perlawanan ini.

Screenshot di bawah adalah keputusan penuh perlawanan di antara Pasukan India menentang Pasukan Malaysia semalam. 

Keputusan Penuh Kelayakan Piala Thomas 2012 MAS vs IND

Petang ini, Pasukan Malaysia bakal bertemu dengan Pasukan Jepun. Untuk pengetahuan, dua orang dari pemain perseorangan Pasukan Jepun adalah pemain Top 10 ranking BWF dunia. So, peluang Malaysia untuk menang menentang Pasukan Jepun sangat tipis. 

Kelayakan Piala Thomas 2012 MAS vs JPN


Visual Live Score Piala Thomas & Uber: Tekan di sini.
Jadual Perlawanan Piala Thomas & Uber: Tekan di sini.

Piala Thomas 2012 : Malaysia Mara ke Pusingan Kedua


Tahniah! Pasukan badminton Malaysia yang diketuai oleh Datuk Lee Chong Wei berjaya menewaskan Pasukan Korea Selatan dalam perlawanan petang semalam dan sekaligus mendahului carta Kumpulan D dengan keputusan 3-2

Screenshot di bawah adalah keputusan penuh perlawanan semalam di antara Pasukan Korea Selatan dan Pasukan Malaysia. Agak kecewa dengan Hafiz Hashim. Dua kali tewas dan dua kali Pasukan Malaysia menang tipis. Nasib baik double kedua, Kim Wah Lim dan V. Shem Goh menang. Semoga Hafiz Hashim dapat mengatasi badi kekalahan.


Jadual perlawanan petang ni pula, Pasukan Malaysia akan menentang Pasukan India dalam pusingan kedua kelayakan Piala Thomas. Semoga Pasukan Negara akan terus bersemangat dan berjaya mara ke pusingan seterusnya.


Jom tengok Thomas Cup ramai-ramai petang ni. Sama-sama kita menyokong Pasukan Malaysia walaupun realitinya peluang Malaysia untuk menang sangat tipis kali ini. huhu. 

Go Go Malaysia!


Jadual Perlawanan Piala Thomas & Uber: Tekan di sini.

Whitney Houston Meninggal Dunia Pada Usia 48 Tahun

Whitney Houston dilaporkan telah meninggal dunia pada umur 48 tahun. Penyanyi yang popular dengan lagu “The Greatest Love Of All” dan I Have Nothing” ini ditemui mati di biliknya di Hotel Beverly Hilton, Beverly Hills. Punca kematian masih disiasat. 

Whitney Houston, 1963-2012

Keputusan Penuh Kelayakan Olimpik Malaysia vs Bahrain



Sebentar tadi, perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik kumpulan C di antara Malaysia dan Bahrain telah berakhir dengan keputusan,

Keputusan Penuh AFC (5 Februari 2012) : Malaysia vs Bahrain

MALAYSIA (1) vs (2) BAHRAIN


Kalah...

Apa pun, sekalung tahniah buat Ahmad Hazwan Bakri dan team Harimau Muda kerana berjaya menjaringkan satu (1) gol walaupun tewas sekali lagi di tangan Bahrain.


Khas untuk Hazwan Bakri 

Tahniah. Anda telah berjaya mengharumkan nama Labuan dalam arena bola sepak tanah air dan dunia khususnya. Labuan pernah melahirkan pemain bola sepak berkualiti iaitu Hassan Sani. Oleh itu, tidak salah andai saya katakan Hazwan Bakri umpama Hassan Sani 2. Pemain bola sepak terbaik kelahiran Labuan untuk generasi moden. Semoga anda terus maju dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!

(Video) Makcik Panik Rempuh Kedai Moto!

Assalamualaikum.


Panas lagi kot cerita ni, kat Kosmo pun baru keluar artikel pasal pemandu panik langgar kereta berulang kali. Kemudian, terus rempuh masuk kedai motor. Untuk pengetahuan, makcik yang berumur 50-an ini telah berjaya meranapkan empat buah superbike (Suzuki GSX 1000cc, Honda VFR 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc), Volvo XC60, 2 buah Myvi dan sebuah kedai superbike. 

Tak tahu nak cakap apa dah bila tengok video ni. Ada yang simpati kat makcik ni, ada juga yang marah. Kalau ikutkan cerita saksi dari tempat kejadian, makcik ni ada unsur-unsur nak larikan diri lepas langgar volvo tu. Sebab tu sampai panik tak ingat. Tapi, tak pasti la betul atau tidak. Boleh baca cerita dari tempat kejadian di sini




Pelajar Perempuan Dibelasah Angkara Facebook

Assalamualaikum.



Panas juga cerita ni. Budak-budak perempuan yang masih bersekolah, umur 15 tahun lagi, membelasah budak lain hanya kerana Facebook. 15 orang lawan seorang. Ada aksi tumbuk, tendang dan tarik rambut yang aku rasa wadepak! Ini serius sadis dan sangat membimbangkan. Akhir-akhir ni makin banyak pula kes buli, gaduh melibatkan budak sekolah menengah rendah.

Ada satu kes cerita rakan baik aku sendiri, budak-budak tingkatan 1 bergaduh di dalam kelas ketika rakan aku ni tengah syok mengajar. Boleh pula budak-budak ni bergaduh sampai baju sekolah koyak. Aku rasa bila filem genre samseng, gaduh makin popular di Malaysia ni, seiring tu juga la kes-kes buli melibatkan budak sekolah meningkat. Apa pendapat korang?


Berita Penuh di Berita Harian Online

KANGAR: Akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di sini, petang kelmarin.

Mangsa dipercayai diserang berikutan beberapa komennya di dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini, yang dikatakan mengeluh kerana asyik dibuli sejak lebih sebulan berpindah ke sekolah itu, awal tahun ini.

Anak sulung daripada dua beradik itu cedera di tangan dan badan, selain lebam dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, berikutan muntah dan mengadu sakit dada.

Dalam kejadian itu, mangsa yang baru berpindah dari Sungai Petani, Kedah, dikatakan dikerumuni kira-kira 15 pelajar perempuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebaik selesai menjalani latihan sukan di sekolah kira-kira jam 6.30 petang.

Mangsa yang menaiki basikal seorang diri dikatakan dikepung dan basikalnya ditendang tiga hingga empat daripada 15 pelajar berkenaan, sebelum terjatuh di kawasan taman perumahan di belakang sekolahnya di Jalan Raja Syed Alwi di sini.

Apabila terjatuh, seorang pelajar lain memijak dan memukul mangsa sebelum disertai pelajar lain yang turut sama memukul dan menendang kepala mangsa selain menarik rambutnya.

Ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Latifah, 30-an, berkata dia sedih dan kesal kerana tiada seorang pun pelajar yang menyaksikan kejadian berani membantu anaknya yang ketika itu menjerit meminta tolong.

Anak saya dibelasah teruk berdekatan sekolah, namun, tiada seorang pun berani membantunya. Malah, dua pelajar lelaki dari sekolah sama yang menyaksikan kejadian itu hanya ketawa melihat anak saya dibelasah.

Dia (mangsa) yang lemah tidak berdaya selepas dibelasah. Dalam kesakitan, dia berjalan sendiri untuk pulang ke rumah selepas ditinggalkan kumpulan pelajar terbabit, katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar.

Mangsa yang dibenarkan pulang selepas diberi rawatan pesakit luar, bagaimanapun dihantar ke HTF semalam dan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut selepas mengadu sakit dada serta muntah di rumah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Kita sedang menyiasat jumlah pelajar yang terbabit dalam kejadian itu dan sudah kenal pasti empat pelajar perempuan berusia 15 tahun daripada sekolah sama yang disyaki terbabit, katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan, selain Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

*P/S: Lain cerita di Kosmo, kononnya budak-budak yang membelasah ni salah faham mangsa ada hubungan dengan teman lelaki dorang. Tak faham aku, pasal cinta monyet yang entah ke mana tu pun boleh gaduh.

Safee Sali dah Bergelar Jutawan!

*Safee Sali kebanggaan negara.


Sekalung tahniah buat penyerang kedua terbaik AsiaSafee Sali setelah menyambung kontraknya selama dua tahun bersama Pelita Jaya. Perjanjian kontrak Safee Sali dikhabarkan bernilai lebih RM2 juta dengan pelbagai insentif, seperti bonus untuk setiap perlawanan, rumah, kereta dengan pemandu peribadi dan tiket balik ke KL.

Berita Penuh di The Star Online

PETALING JAYA: National striker Safee Sali has become Malaysia’s first football millionaire. The 28-year-old striker has confirmed that he has extended his stint with Jakarta club Pelita Jaya FC for two years, in a contract worth RM2mil.

Safee’s manager Zakaria Rahim said in a statement that under the new contract, Safee would receive numerous incentives, including fixed bonuses for matches, a house, car, driver and return tickets to Kuala Lumpur.

He added that the lucrative contract was Pelita Jaya FC’s acknowledgement of Safee’s contribution to the club. The Malaysian is also the club’s skipper.

Penyerahan Bantuan 1Malaysia Fasa 1 untuk Penduduk Labuan

Assalamualaikum.


Pengumuman khas untuk penduduk Labuan berhubung penyerahan Bantuan 1Malaysia Fasa 1. Penyerahan BR1M akan dilakukan pada 3 & 4 Februari di Dewan Serbaguna Perbadanan W.P.Labuan bermula pada jam 7.30 pagi untuk sesi pendaftaran. Sesi penyerahan pada jam 9.00 pagi. Pengumuman penuh boleh dilihat di bawah.



*Petikan di ambil dari Facebook Parlimen Labuan


Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1Malaysia.

Makluman kepada warga Labuan. Penyerahan Bantuan 1Malaysia Fasa 1 akan diadakan pada 3/02/2012 dan 4/02/2012, bertempat di Dewan Serbaguna Perbadanan W.P Labuan. Kaunter pendaftaran akan dibuka bermula dari 7.30 pagi dan acara akan bermula pada 9.00 pagi.

Penyerahan surat jemputan bagi penerima fasa 1 telah diagihkan melalui JKK Kampung masing-masih dan juga dihubungi melalui telefon , selain daripada itu, surat jemputan turut diedarkan melalui p.o box/ peti surat alamat pemohon.

Ataupun sila membuat semakan nama penerima Fasa 1 di Wisma Perbadanan Labuan , Tingkat Bawah (Bekas Perpustakaan lama W.P Labuan) pada hari Isnin (30/02/2012) dan Selasa (31/02/2012). Kaunter akan dibuka pada tarikh tersebut bagi penerima yang belum menerima surat jemputan.

Kepada yang gagal dalam pemohonannya, surat telah dan akan dihantar terus ke alamat masing-masing. Manakala bagi yang telah memeriksa jawapan daripada LHDN yang mereka telah layak menerima bantuan tersebut, bantuan akan diagihkan secara berperingkat pada masa yang akan ditetap nanti.

Sebarang pertanyaan sila berhubung terus ke PEJABAT PARLIMEN LABUAN (087-411669). Sekian dan harap maklum.


*Semoga rakyat Labuan dapat manfaat dari Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ni.

Keputusan Liverpool vs Manchester United (28 Januari 2012)



Piala FA: Liverpool VS Manchester United (28 Januari 2012)


Game semalam. Liverpool mara ke pentas final apabila berjaya menumbangkan Manchester United dengan keputusan penuh,

Full Time
                 LIVERPOOL (2) - (1) MANCHESTER UNITED

Hukuman Penjara untuk Pelajar Jual Baucar Buku 1Malaysia



Isnin lepas aku ada buat entri pasal baucar buku 1Malaysia ni kena lelong di internet, boleh tengok sini, kerajaan dah announce barang siapa yang didapati menjual dan melelong baucar ini boleh dikenakan tindakan. Jika didapati bersalah boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat. Yes, hukuman sebat termasuk sekali untuk pelajar-pelajar yang salah guna baucar ni, yang aku rasa agak keterlaluan. Tapi, itu keputusan kerajaan, mungkin ada juga rasionalnya di situ.

Blog Serius Kena Hack?

*Updated: Header terkini blogserius.blogspot.com


Benarkah??