Assalamualaikum.
Panas juga cerita ni. Budak-budak perempuan yang masih bersekolah, umur 15 tahun lagi, membelasah budak lain hanya kerana Facebook. 15 orang lawan seorang. Ada aksi tumbuk, tendang dan tarik rambut yang aku rasa wadepak! Ini serius sadis dan sangat membimbangkan. Akhir-akhir ni makin banyak pula kes buli, gaduh melibatkan budak sekolah menengah rendah.
Ada satu kes cerita rakan baik aku sendiri, budak-budak tingkatan 1 bergaduh di dalam kelas ketika rakan aku ni tengah syok mengajar. Boleh pula budak-budak ni bergaduh sampai baju sekolah koyak. Aku rasa bila filem genre samseng, gaduh makin popular di Malaysia ni, seiring tu juga la kes-kes buli melibatkan budak sekolah meningkat. Apa pendapat korang?

Berita Penuh di Berita Harian Online
KANGAR: Akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di sini, petang kelmarin.
Mangsa dipercayai diserang berikutan beberapa komennya di dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini, yang dikatakan mengeluh kerana asyik dibuli sejak lebih sebulan berpindah ke sekolah itu, awal tahun ini.
Anak sulung daripada dua beradik itu cedera di tangan dan badan, selain lebam dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, berikutan muntah dan mengadu sakit dada.
Dalam kejadian itu, mangsa yang baru berpindah dari Sungai Petani, Kedah, dikatakan dikerumuni kira-kira 15 pelajar perempuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebaik selesai menjalani latihan sukan di sekolah kira-kira jam 6.30 petang.
Mangsa yang menaiki basikal seorang diri dikatakan dikepung dan basikalnya ditendang tiga hingga empat daripada 15 pelajar berkenaan, sebelum terjatuh di kawasan taman perumahan di belakang sekolahnya di Jalan Raja Syed Alwi di sini.
Apabila terjatuh, seorang pelajar lain memijak dan memukul mangsa sebelum disertai pelajar lain yang turut sama memukul dan menendang kepala mangsa selain menarik rambutnya.
Ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Latifah, 30-an, berkata dia sedih dan kesal kerana tiada seorang pun pelajar yang menyaksikan kejadian berani membantu anaknya yang ketika itu menjerit meminta tolong.
Anak saya dibelasah teruk berdekatan sekolah, namun, tiada seorang pun berani membantunya. Malah, dua pelajar lelaki dari sekolah sama yang menyaksikan kejadian itu hanya ketawa melihat anak saya dibelasah.
Dia (mangsa) yang lemah tidak berdaya selepas dibelasah. Dalam kesakitan, dia berjalan sendiri untuk pulang ke rumah selepas ditinggalkan kumpulan pelajar terbabit, katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar.
Mangsa yang dibenarkan pulang selepas diberi rawatan pesakit luar, bagaimanapun dihantar ke HTF semalam dan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut selepas mengadu sakit dada serta muntah di rumah.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
Kita sedang menyiasat jumlah pelajar yang terbabit dalam kejadian itu dan sudah kenal pasti empat pelajar perempuan berusia 15 tahun daripada sekolah sama yang disyaki terbabit, katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan, selain Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

*P/S: Lain cerita di Kosmo, kononnya budak-budak yang membelasah ni salah faham mangsa ada hubungan dengan teman lelaki dorang. Tak faham aku, pasal cinta monyet yang entah ke mana tu pun boleh gaduh.
ni terpengaruh dgn KL gangster la tu .. hish ape nk jadi -,-
ReplyDeletetu la pasal..makin menjadi pula akhir-akhir ni..
Deleteteruknya. perangai anak muda zaman sekarang yg terlalu banyak terdedah dengan budaya luar. patut la wujud subjek civil untuk pelajar sekolah. zaman aku takde pun subjek tuh. memang patut pun. makin kurang civil budak2 nih. =.="
ReplyDeletezaman aku pun takde jugak subjek tu..huhu..
Deletegiler tak puas hati tibai reramai.mcm gampang dak2 sekarang.lelaki aku leh terima..ni betina pon sama.apsal aku rasa nak sepak2 org je hrini??
ReplyDeletetu la,terkejut jugak baca berita tu..dari 4 orang perempuan,bertambah2 sampai ke 15 orang bantai budak tu..perempuan pulak tu..apa nak jadi..
Deleteitulah bahana facebook nih hhuhuhu..hope shida dihndari semua ni... peace ^_^
ReplyDeleteamin, shida..bahaya facebook ni..kita tak tau ada musuh dalam diam..
Deletemuda muda lagi dah nak jadi samseng...budak2 zaman sekarang.
ReplyDeletemoral: fikir dahulu sebelum taip! =]
betul tu..fikir panjang2 sebelum update status atau komen ke wall orang..
DeleteAyooooo.. apa nk jadila dengan budak2 zaman la ni.. HUHU
ReplyDeletenak jadi macam hero filem gangster..ish3..
Deleteisk3.. teruk betul zaman sekarang..
ReplyDelete