Nokia 808 PureView Dengan Kamera 41-Megapixel!



Dua tahun lepas, Nokia memperkenalkan N8 dengan kamera 12-megapixel. Satu fungsi yang jadi keutamaan bagi aku masa survey handphone dan memang mengidam N8 waktu tu. Tapi, masa tu mampu usha-usha kedai handphone je sebab baru habis belajar. Tahun lepas baru dapat merasa gadget canggih, Samsung Galaxy S II dengan kamera belakang 8-megapixel, kira hampir sama taraf la dengan Nokia N8. Kemudian, keluar artikel di Amanz.my mengenai smartphone hebat terbaru dari Nokia iaitu Nokia 808 PureView, smartphone yang dilengkapi dengan kamera 41-megapixel. Ya, kamera empat puluh satu mega pixel dengan optik f/2.4 dari Carl Zeiss. 


Kamera 41-megapixel Nokia 808 PureView ni boleh mengambil gambar sebesar 34-megapixel dan 38-megapixel. Tapi gambar tersebut boleh dikecilkan kepada gambar 5-megapixel yang berkualiti dengan option PureView yang mana kamera menggunakan oversampling untuk menggabungkan tujuh pixel kepada satu pixel supaya gambar lebih senang untuk dikongsi. 


Apa yang menarik perhatian aku pada Nokia 808 ni, gambar boleh diambil sehingga tiga kali zoom tanpa kehilangan sebarang kejelasan. Selain tu, boleh rakam video 1080p (HD) pada kadar 30fps, dengan sokongan zoom sehingga 4 kali. Kalau dapat ni, confirm puas hati kalau ambil gambar atau video. Untuk spesifikasi penuh, boleh rujuk di spesifikasi Nokia 808 PureView.


11 comments:

  1. Perghhhhh terbaiklahhhh:)
    sampai 41mp ;))

    ReplyDelete
  2. abg mtk maaf lama x singgah ..bz skit

    ReplyDelete
  3. aku ingt nak beli satu la... bajet lak larik.. tlg belikan utk aku boleh dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum sampai malaysia pun lagi nokia ni..tapi bajet aku sendiri pun larik..hahaha..

      Delete
  4. mak aihhhh...41????????gilak lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye cha..empat puluh satu..tak yah beli dslr, beli ni je..senang bawak merata-rata

      Delete
  5. sangat ohsem la pixel tu..vid HD lagi..peningkatan yang bagus untuk phone nokia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma OS je tak berapa nak best..nokia punya kamera je mantap sejak N8..

      Delete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share