"Apsal Ko Suka Sangat Simbah Asid? Main Bunga Api Lagi Best!"

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ni makin banyak pulak kan keluar kat media berita pasal serangan-serangan asid ni. Lagi-lagi dalam bulan puasa ni. Kalah berita pasal budak putus jari pasal main mercun. Serangan asid pulak yang banyak. Senang sangat ke nak dapatkan sumber nak buat asid ni? Serius menakutkan. Dalam kereta pun boleh kena simbah ngan asid.

Bagi aku, benda-benda macam ni memang disebabkan oleh dengki. Sebab tu hasad dengki ni sifat manusia yang paling menakutkan. Hasad dengki mendorong manusia buat pertimbangan yang tak waras. Macam kes simbah asid ni la. Kesian kat yang jadi mangsa, sebab parut lepas serangan tu jadik kekal. Kalau asid tu kena muka, hancur struktur muka. Ingat lah, dorang ni pun 'anak orang lain' jugak. Tapi kes yang budak kecik kena simbah asid oleh bapa dia tu tak tau nak cakap apa. Pasal gaduh ngan bini, prepare asid siap-siap. Serius tak patut. Otak letak kat lutut.

So, lebih baik kalau korang jalan-jalan kat bandar tu, sediakan la air banyak-banyak atau susu, simpan dalam beg. Air dan susu ni bersifat alkali. Jadi, kalau tiba-tiba kena serangan asid, ada jugak early treatment untuk kasi neutral asid yang kena kulit tu. Be extra cautious. Sekarang ni berdiri depan rumah pun bahaya. Jaga keselamatan anda, raya tak lama lagi ni.


Sedih. Dah takde rupa dah.

9 comments:

  1. bapak sedeh kan doe..kene macam tuh nk raye..duduk umah lg selamat..

    ReplyDelete
  2. aku baru je post pasal asidman neh huhu..tula pasal aku memang anti gila orang dok men simbah2 asid neh...mental kot..better tembak je dari suh dia menanggung derita akibat kesan asid tuh huhu..

    ReplyDelete
  3. kerajaan mesti mengutkuasakan undang2 penjualan bahan2 berbahaya ini....rekod semua pembelian...dan hanya dijual dikedai2 berdaftar sahaja....

    ReplyDelete
  4. huhu ..manusia makin lama makin bangang..
    sedih aku tgk doe ..

    ReplyDelete
  5. sapa nk beli asid tu amik butir peribadi dia. cth salinan ic. asid bahan terkawal. ni sesenang jer org beli buat pedajal. ish!!!

    ReplyDelete
  6. @sirap: dok umah pun ada risiko tu jugak..ak tak paham yang tengah lepak dalam kete pun boleh kena simbah jugak..main rambang je ke dorang ni simbah2?

    @syuxer: tu la..yang jadi mangsa mesti trauma, kekal pulak parut tu..

    @pelangi: kena cautious la, makin mejadi2 kes ni

    @bro harrazdani: betul tu, dah kena control bahan2 ni

    @alif: makin lama makin tak guna akal..ada otak, akal xde..apsal la dorang ni kejam sangat simbah asid..iskh

    @kak jiejah: tu la, banyak kes dah ni..macam senang sangat je dorang dapat asid tu..

    ReplyDelete
  7. bongok sungguh dorang ni. kejam !

    ReplyDelete
  8. Manusia, makin maju tapi makin tak pandai kawal kewarasan dan keprimanusiaan.. Serius aku sedih dengar kes macam ni..

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share