Jom Ambik Feel Lagu Raya Pulanglah...

Assalamualaikum.

Tiba-tiba mood pagi-pagi ni nak layan lagu raya. hehe. Sambil tu nak transfer lagu raya ni ke pendrive ngan iPod aku. Boleh layan-layan feeling raya. haha. Nak buat ringtone kat handphone segan pulak, lama lagi nak raya wei. Ehhhh, lama apa, minggu depan lagi satu la dah raya. Cepat betul.

Dalam banyak-banyak lagu raya ni, satu lagu yang aku macam 'terusik' sikit kalau dengar. Lagu Pulanglah - Aisyah. Serius sedih bila dengar. Sebabnya ada kes, dulu masa aku belajar kat Pahang, tahun pertama pengajian kami geng-geng budak Borneo, pakat-pakat tak nak balik raya dulu. Sebab baru je berapa bulan masuk mendaftar tahun tu, nak cover tiket flight lagi sekali dah tak sempat. Tahun 2006 aku mendaftar. Nak beli tiket flight time tu nak balik Borneo balik, harga tiket dah cecah 1k ulang alik, memang terpaksa beraya kat hostel la time tu. Oleh sebab tak balik tu la, macam terbayang mak aku nyanyi lagu Pulanglah ni kat kampung. heeee

Nak dijadikan cerita, Raya Pertama tu kami geng-geng budak Borneo ni kumpul kat bus stop, ingat ada la yang baik hati tumpangkan ke masjid ke nak sembahyang raya, alih-alih takde. Lengkap pakai baju melayu raya pulak tu. Bapak sedih. hahaha. Masa tu, memang tinggal kami-kami je la. Memang takde orang langsung kat dalam kampus, semua balik. Guard pun takde. Jadi, masing-masing memang dah tahu yang memang tak akan ada pun kenderaan keluar. Tapi, harapan tu menggunung jugak konon-konon ada yang sudi masuk kampus tumpangkan ke masjid. huhu. Dah sedih-sedih kecewa yang amat takde orang tumpangkan ke masjid, masing-masing berat hati balik bilik masing-masing. Masuk bilik, kunci, lepas tu feeling sorang-sorang. Member-member lain aku tak tau la, aku balik je, call mak. Jadi, secara logiknya, bercucuran la air mata ku. kahkahkah! 

Memang kenangan raya yang tak boleh dilupakan la, umur lapanblas lagi time tu. Tak dapat terima kenyataan raya di perantauan. Lepas je sekali pengalaman raya tu, tahun-tahun pengajian lepas tu sedia beli tiket awal-awal. huhu. Pesanan aku kepada budak-budak Borneo yang baru daftar masuk U di semenanjung tu, raya ni balik la bha kamu. Jangan la kamu raya di hostel. Paling-paling pun ikut member semenanjung, balik kampung dorang, raya sama dorang. Hostel, NO! Sedih woooo. hehe. Bha, layan la lagu raya di bawah ni...





Iklan churp-churp >> Duit Raya dari Maybank

7 comments:

  1. hahaha kalau kt uia ramai foreigner. boleh la beraya ngan foreigner

    ReplyDelete
  2. hahahaha mesti comel je kan pamie nanges2 dlm bilik tepon mak tu kihkihkih

    ReplyDelete
  3. tak mahu dengar lagi lagu raya time2 ni...lagi dua tiga hari nak raya baru boleh dengar...hehe

    ReplyDelete
  4. haha..bapak sadis doe..asal ta raye umah aku..haha :D

    ReplyDelete
  5. perghh sadis r cite bro .. huhu ..
    lagi2 dgn lagu raya pulanglah tu .. huhu

    ReplyDelete
  6. @kak jiejah: nangis bawah selimut :P

    @bro khairil: last2 baru feeling..sekarang ni buat layan je..hehe

    @sirap: adalah aku blog pun tak tau lagi masa tu..hahaha..

    @alif: tu la..sadis..raya di perantauan yang takde persediaan..kami makan malam pun makan megi je..haha

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share