Nurul Nadirah @ Dirang Disahkan Meninggal Dunia

Gambar Dirang Sebelum Meninggal Dunia

Sedih. Kalau korang ikuti kisah kehilangan seorang kanak-kanak kecil dari Johor ni, mesti turut sedih bila dah tahu pengakhirannya. Sangat kejam! Difahamkan, budak ni bernama Nurul Nadirah atau lebih dikenali dengan nama Dirang dilaporkan hilang sejak 1 Mac yang lalu. 

Kejadian ini bermula apabila ibu kepada Dirang iaitu Roselyn memberi RM4 kepada budak tersebut untuk membeli telur ayam dan mee segera dari kedai runcit blok berdekatan. Sehingga 30 minit kemudian, Dirang difahamkan belum balik ke rumah dan terus dilaporkan hilang pada hari yang sama. Pada 8 Mac, pihak polis menemui mayat rentung dalam lubang yang telah digali sedalam 3.5 meter di sebuah ladang kelapa sawit, 2 kilometer dari perumahan Dirang. Semalam, Jabatan Kimia mengesahkan hasil ujikaji DNA daripada rangka tersebut menyamai DNA Roselyn, ibu kepada Dirang.

Bunuh dan bakar.

Sangat-sangat kejam. Dengar cerita, pada hari kanak-kanak malang ini hilang, Dirang mengadu kelaparan kepada ibunya yang ketika itu leka dengan Facebook. Jadi, ibunya bagi RM4 kepada budak yang baru berumur 5 tahun ini untuk membeli mee segera di kedai runcit berdekatan. Kemudian dilaporkan hilang. Menurut laporan polis, mee segera dan telur ayam turut dijumpai 500 meter dari kawasan kejadian.

Mana-mana kawasan perumahan pun dah tak selamat. Kena awasi budak-budak kecil dari berjalan seorang diri walaupun dalam kawasan perumahan. Semoga keluarga arwah Dirang tabah menghadapi ujian ini.

6 comments:

  1. sedih sangat pasal adik comel ni.tak sangka semua ni berlaku di bumi Malaysia kini.dunia kita dah tak selamat lagi.kesian budak comel yang tak berdosa ni dijadikan mangsa keadaan..mak kepada arwah pun ade ke patut bagi budak 5 thn pergi beli makanan sorg2..leka sangat berfb..uhuhu..dijadikan iktibar kepada kita semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelaku tu memang kejam..apa yang budak 5 tahun tu buat sampai dorang sanggup bunuh..lepas bunuh, bakar mayat dia pulak..kejam,sangat kejam..

      Delete
  2. Sedih dengan pengakhiran pencarian adik Dirang dengan berita kematian tragis. :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..sedih..pelaku tu memang kejam..harap dapat balasan yang setimpal..

      Delete
  3. My heart bleeds and spoil my mood the whole day when I got to know about this little girl was murdered and burnt. Harap orang yang kejam itu akan dapat balasannya. This is a lesson for other parents like us to be alert alwz. May god bless the soul of the girl and give her family the courage to accept the fact.

    ReplyDelete
  4. takziah utk keluarga adik arwah dirang. semoga pelaku kejam ini mendapat balasan yg setimpal. juga peringatan utk kita juga

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share