Panggilan Temuduga di Kota Kinabalu

Kota Kinabalu
So, last thursday I went to Kota Kinabalu for a job interview on Friday morning. Then, I attended my cousin's wedding on Saturday and got back home to Labuan at the end of last week. Hence, the long hiatus.

Tak banyak peristiwa menarik yang berlaku. Jadi, aku cerita pasal pengalaman sepanjang perjalanan je la. Perjalanan menaiki bot laju dari Labuan ke Pelabuhan Menumbok mengambil masa selama 20 minit. Kalau menaiki feri penumpang lebih kurang 1 jam 30 minit tempoh perjalanan. Manakala, tempoh perjalanan menaiki bas ekspress ke Kota Kinabalu dari Menumbok mengambil masa lebih kurang tiga jam. Tambang bas ekspress KK-Menumbok-KK ni adalah RM14.

Sampai di Kota Kinabalu, aku terus cari bangunan syarikat yang yang bakal interview aku pada esok harinya iaitu hari Jumaat. Kalau anda orang Sabah, bangunan tu bersebelahan bangunan Sabah Tourism, berdekatan bekas bangunan dengan lukisan graffiti, dan tidak jauh dari Suria Sabah Shopping Mall.


Tiang Graffiti Kota Kinabalu
Boleh kata proses interview tu berjalan dengan lancar. Sekiranya ada rezeki aku dengan syarikat ini, kemungkinan besar bakal ditempatkan di tapak projek di sebuah bandar bahagian Pantai Timur Sabah untuk menggantikan seorang Jurutera Tapak yang bakal berpindah kerja. Mungkin. Kalau ada berita gembira, aku akan selitkan dalam blog nanti. Kalau tiada, aku buat entri lain. hahahaha.

Jumaat malam tu selepas interview jam 9 pagi, aku ikut abang sepupu aku balik kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku di Beaufort. Majlis tu diadakan pada pagi Sabtu esok harinya. Jadi, Jumaat malam tu jugak aku bersengkang mata tolong apa-apa yang patut sampai jam 4 pagi untuk majlis perkahwinan sepupu aku. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar pagi tu.

Kemudian, pagi Ahad esoknya baru aku balik Labuan menaiki bot laju. Tambang bot laju untuk orang dewasa adalah RM15. Manakala, feri penumpang RM5. Aku nak sampai Labuan cepat, jadi naik bot laju. Balik rumah cepat-cepat, boleh ganti tidur yang tak cukup.


Tambang Bot Laju Menumbok
All in all, it has been quite hectic last week. Jadi, minta maaf kalau ada rakan blogger yang masuk blog ni, blogwalking atau sebagainya, tak sempat lagi nak balas jejak korang. Insya Allah, akan dibalas secepat mungkin. Malam ni nak main badminton dulu. hehehehe.

3 comments:

  1. tahniah bro...engineer rupanya...kalau x dpt sekalipun, boleh cuba lagi. kdg2 tu, pyh gak kalau negeri besar sngt.huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. labuan yang kecik ni pun tak dapat jugak job..huhuhu..

      Delete
  2. badminton???? aduhhh dah bape lama shida tk pgg dia...argghhh!!

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share