Percubaan Pertama Bermain dengan SEO

Keyword Nuffnang SEO Raja Lawak 6 Final

Percubaan pertama bermain dengan SEO yang boleh dikira berjaya bagi aku. Ini kali pertama artikel yang aku taip berada di muka pertama enjin carian menggunakan keyword Raja Lawak 6 Final setelah banyak unsur SEO yang aku masukkan dalam template baru ala-ala twitter ini. Antaranya, penggunaan meta tag, robots index, breadcrumb dan aku tukar sekali tag H1, H2, H3 dari template blogger asal supaya lebih mesra SEO.

Hasilnya, sangat memuaskan bagi aku. Tapi, banyak lagi yang aku kena belajar pasal SEO ni. Rich snippet pun belum keluar lagi walaupun Google sudah verified. Mungkin kena tunggu lagi ataupun masih ada kurang di mana-mana. Ada tips tak?

*Entri di muka pertama enjin carian
Keputusan Raja Lawak 6 Final, Shiro Juara


Bagi blogger SEO, trafik yang datang dari enjin carian sangat berkualiti. Trafik ini dipanggil sebagai trafik organik. Kalau ikut data dari Google Analytics, majoriti trafik yang datang ke blog aku semalam adalah dari sumber trafik organik, hasil dari artikel Raja Lawak 6 Final yang aku taip. 

Tapi, aku bukan blogger SEO. Aku blogging secara random ikut topik yang aku ada baca macam berita semasa, review gadget dan sebagainya. Kalau ok, aku share sekali dalam blog. So, kira trafik dari enjin carian ini satu kelebihan bagi blog personal macam blog aku.

Shiro Juara Raja Lawak 6 Google Analytics

Kalau korang kira jumlah kunjungan kat atas, tak banyak pun trafik blog Aku Anak Labuan ni. Trafik blog aku dalam 200 lebih UV je sehari kebiasaannya. Tahun lepas pun, sekali je dapat Pageview 2K dan UV 1K. Sebab tu, aku belajar ilmu SEO sikit-sikit supaya dapat lebih trafik dari enjin carian. Korang pun boleh walaupun blog personal sekalipun. Banyak rujukan SEO berbahasa Melayu yang boleh dirujuk. Aku ada senaraikan rujukan SEO dalam menu Bloglist di atas.

Kalau korang nak kira skor SEO blog, boleh cuba di laman www.seoanalyser.net. Lepas tu, boleh cuba perbaiki Warnings yang dia bagi supaya template blog lebih mesra SEO. Blog aku dapat skor 62% dari 37% sebelum ni. Korang pula berapa? 

Kongsi sekali dalam komen di bawah.  ^__^

Seo Analyser 62% Aku Anak Labuan

15 comments:

  1. wow ! kasilah tips sikit...

    How to beat you master. *gaya sifu dengan anak murid. -.-

    http://alibasyir.blogspot.com/2012/03/buat-grafitti-dalam-tandas-sekolah-nak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih belajar lagi bro..huhu..tapi cuba rujuk blog SEO yang dah hebat macam forblogger.net, anastasyea.com..banyak tips kat situ ngan tutorial sekali :)

      Delete
  2. Memang terbaik lah Pamie. like like like...

    sharifdez.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bro..baru nak praktis2 ni..hehe..

      Delete
  3. percubaan yang bagus ne....aku pun mau study SEO sudah.heehee :D

    ReplyDelete
  4. wah cayalah...main seo beb... jgn di lupakan kita ek..

    ReplyDelete
  5. huhu..tahniah bro...usaha lagi insya-Allah boleh dapat traffik lagi mantap

    ReplyDelete
  6. aku tahu SEo jak.. tang meta tag meta tag H1 H2 H3 bagai tu aku tak ndak tahu..hahahahaha patutla blog aku uncit jak selalu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..aku pun kurang-kurang lagi pasal tag H1 H2 H3 ni..tapi boleh la sikit..sudah optimize dalam blog,dan sudah dapat tengok hasilnya..

      Delete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share