Pencapaian Blogging Sepanjang Tahun 2011

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni aku asyik belek-belek blog yang tak berapa nak cun ni, tengok-tengok balik apa yang dah aku capai sepanjang tahun 2011. So, untuk entri kali ni, aku nak kongsi sedikit pencapaian blog Aku Anak Labuan sepanjang tahun lepas. Bukan apa, sebagai pemangkin untuk lebih bersemangat untuk blogging tahun ni. hehe.

*Blog Aku Anak labuan dari skrin Samsung Galaxy SII


Follower 1K

Follower awal tahun lepas ada dalam 55 orang tak silap aku, yang follow awal-awal pun member sama-sama belajar kat Pahang dulu yang kebetulan ada blog sekali. Alhamdulillah, akhir tahun lepas jumlah follower mencecah 1K. Ini juga sebenarnya hasil dari beberapa segmen yang aku join sepanjang tahun lepas dari blogger-blogger hebat, Ben AshaariFirdaus dan Jamal. Hanya terima kasih yang mampu aku ucapkan sebagai blogger yang kecil tarafnya berbanding blogger-blogger hebat ni. Lebih manis lagi, bila ada blogger-blogger otai follow blog aku iaitu Eqbalzack dan Lyssa. Terima kasih!

Pageview 2K

Tahun lepas mencatatkan sejarah terbaik untuk blog aku bila Pageview melebihi 2K (screenshot) dan Unique Visitor 1K. Ini pun atas satu segmen yang aku join dari blogger Avi. Tapi, untuk 16 Disember tu je. Lain-lain hari trafik tu biasa-biasa je. Nasib baik ada rakan-rakan blogger yang rajin blogwalking. Terima kasih semua. hehe.

*Pageview 2K.

Churp-Churp RM82.58

Tahun 2011 juga merupakan perkenalan pertama aku kepada Nuffnang dan Churp-Churp. Aku pasang kat blog sekitar bulan April tahun lepas. Screenshot di bawah ni jumlah terkini dari Churp-Churp yang aku kumpul sejak berdaftar dengan Churp-Churp lebih 8 bulan lalu. Please kesian. haha. Iklan Churp-Churp aku ada letak kat atas sekali. lalala~

*Belum boleh cashout lagi.

First Cashout Nuffnang

Actually, baru tahun lepas aku tahu boleh buat duit dengan blog sebab baru tahun lepas aku kenal Nuffnang dan Churp-Churp, baru tahu blogwalking dan macam-macam lagi lah yang aku tak tahu sebelum ni pasal blogging. Screenshot di bawah ni adalah jumlah cashout Nuffnang pertama untuk blog Aku Anak Labuan selepas kumpul selama 6 bulan. hahaha. 


*First cashout tahun lepas.

Untuk permulaan tahun 2012 ni, Nuffnang baik hati bagi aku Buffered Earning yang pertama. Kalau korang ada nampak iklan tu, murahkan la hati tekan sekali. hehe. InsyaAllah lepas ni, aku akan terus blogging, blogging dan blogging.



Tahun 2012 ni juga, aku ingat nak kurangkan sikit entri-entri personal. Tahun lepas agak banyak juga la aku kongsi, dari aku dapat kerja baru, lepas tu berdaftar dengan BEM sebagai Jurutera Siswazah, kemudian dapat panggilan temuduga dan pasal permohonan aku diluluskan untuk sambung pengajian di peringkat Sarjana di UTM. Banyak yang pahit sebenarnya. Tapi biarlah jadi sejarah tahun lepas.

Kecil je pencapaian blogging aku berbanding korang. Ubah template pun bertatih-tatih, dari guna yang free punya, lepas tu edit sendiri header dan background. huhuhu. Korang rasa-rasa apa yang patut aku ubah dengan blog ni. Tinggalkan komen yer. Terima kasihhhhhhhhhh.

17 comments:

  1. Komennya adalah...not bad ah 6 bulan dah dapat earnings...blog aku kesian ja tiada apapa..huhu..

    Tingkatkan lagi usaha tuk naikkan nama labuan. Cadangan. Apa kata update2 kisah2 labuan.. Mau juga aku ambil port skali skala memandangkan aku jauh di perantauan..huhu

    ReplyDelete
  2. waa..bnyk dh tu..tahniah =)

    hee..nak bg idea pon tak pndai =.=" sory ya :)

    ReplyDelete
  3. wahh,,banyaknya pencapaian pamie..syok giler camtu..

    nak ubah ape??dah ok kot..tak yah ubah pape..;)

    ReplyDelete
  4. witwit! pencapaian yang memberangsangkan:)

    insyaAllah tahun ni lebih terbaik kan :))

    ReplyDelete
  5. pencapaian yang hebat kalau nak dibandingkan dengan saya... =_="

    tak perlu ubah apa2 kot...blog awak ringan dan kemas...saya suka :)

    ReplyDelete
  6. Wow ! meriahnya berblogging ya . :)

    ReplyDelete
  7. tahniah...kira hasil penat lelah menaip la ni kan..hiihii

    singgah sini

    ReplyDelete
  8. hebat betul pencapaian pamie dari aida baru nak membangun nie ha. hehe..
    terus kan lagi ea usaha :) we all support u.

    Pendapat : blog nie dah ok..suka warna biru background tu. tak payah ubah kot.. loading pun laju.

    ReplyDelete
  9. Wahh... Good-good... tahniah.. teruskan usaha anda.. ^__^

    ReplyDelete
  10. chaiyok...teruskan usaha..InsyaAllah, akan ada hasilnya..

    ReplyDelete
  11. wahhh semua maasyuukk pamie..best la leh belanja hehee ^_^

    ReplyDelete
  12. @Ayub: thanks bro,ada jua komen2 r..hehe..bha,nanti ak usahakan update pasal Labuan.

    @naiemah_ramli: thanks! :)

    @Anak Wak Mail: gitu2 je pencapaian..tahun ni nak usaha lagi..

    @khairul: thanks bro..

    @laskar pelangi: insyaAllah..tahun ni usaha lebih lagi..huhu

    ReplyDelete
  13. @Aien Not Alien: tak hebat mana pun..jom sama2 memantapkan blog tahun ni..hehe..

    @Boyz_ed: meriah keri..eh..haha :P

    @LINDAHERY: thanks singgah :)

    @Aida Omar: thanks aida..tahun lepas baru nak kuatkan semangat aktif blog..tahun ni insyaAllah nak improve lagi..

    @Azhafizah: thanks sihatimerahjambu..hehe :P

    ReplyDelete
  14. @Crew Fathi: thanks bro..

    @Eyriqazz: thanks bro eyriqazz..sudi datang blog saya..hehe :)

    @shida'R: masyuk sikit2 je shida..huhu..

    @Mr.N: thanks bro..haha..

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share