(Tutorial) Memasang Google Analytics Pada Blog



Google Analytics ni dah lama dah, tapi baru tahun ni aku start practice di blog dan aku baru sedar yang ianya sangat berguna sebagai sumber rujukan utama trafik ke blog. Untuk pengetahuan, Google Analytics ini adalah servis percuma dari Google yang memaparkan segala jenis informasi pelawat anda yang datang ke blog, seperti dari mana trafik datang contohnya referral(s) seperti facebook, keyword apa yang pelawat cari dan bounce rate blog anda. Senang cakap, Google Analytics adalah servis yang perlu ada dalam blog sekiranya anda seorang yang mementingkan trafik dan ingin mengoptimumkan entri SEO.

So, dalam artikel ni aku tunjukkan langkah-langkah bagaimana nak meletakkan Google Analytics ni dalam blog. Senang je nak ikut. 


Langkah #1 - Cara Mendaftar Google Analytics
*Attention: Untuk paparan lebih jelas, klik pada gambar.

Mula-mula sekali, pergi ke web Google Analytics dan sign in menggunakan akaun blogger anda. Screen shot macam di bawah ni.


Kemudian, isi bahagian Account Name untuk title blog anda, Website URL, Country dan Time Zone seperti screenshot di  bawah.


Tick yang berkenaan. Kemudian, klik Create Account.


Selepas anda tekan Create Account, anda akan nampak screen shot seperti di bawah.


Code yang dijanakan oleh Google Analytics seperti di bawah, perlu diletakkan di dalam blog. Copy code tersebut.


Seterusnya, anda akan nampak screenshot seperti di bawah, yang mana blog anda telah disenaraikan di dalam Google Analytics anda.


Selesai langkah pertama. Langkah kedua adalah memasang tracking code Google Analytics di dalam template blog.


Langkah #2 - Cara Memasang Tracking Code Google Analytics di dalam Template Blog

Caranya,

1. Login blog anda. Pergi ke Design > Template > Edit HTML
2. Kemudian, cari tag </head>
3. Paste code tadi di bahagian atas tag </head> seperti di bawah.
4. Save Template.



Langkah #3 - Cara Mengesahkan Tracking Code Telah Berjaya Dipasang

Setelah selesai kedua-dua langkah di atas, anda cuma perlu mengesahkan pemasangan tracking code telah berjaya ataupun tidak. Pergi ke Dashboard Google Analytics anda seperti di bawah, kemudian tekan Edit.


Anda akan nampak screenshot seperti di bawah di mana ia mengatakan "Tracking Not Installed" diikuti oleh "Check Status". Klik pada Check Status.


Screenshot di bawah menunjukkan sama ada Tracking Code yang telah anda pasang berjaya dipasang ataupun tidak. Sekiranya di bahagian Tracking Status menunjukkan "Waiting for Data", itu menandakan Tracking Code anda berfungsi dengan baik. Namun, data hanya diperolehi sekurang-kurangnya dalam 24 jam.


Di bawah adalah annotation sama ada Tracking Code anda dapat dikesan atau pun tidak.


Sekiranya berjaya, Google Analytics anda akan kelihatan seperti di bawah.



Siap. hehe. Secara rumusan, Google Analytics ni tool yang sangat baik sebab kita boleh tengok persembahan blog secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Akhir tahun nanti boleh tengok berapa jumlah Unique Visitors, Pageviews, dan Bounce Rate blog.


p/s: Kalau ayat aku skema sangat dan korang tak faham, boleh rujuk terus di sini. hehe. Aku direct translate ke Bahasa Malaysia je.   ^____^

7 comments:

  1. oh,,benda ni nanti dia tunjuk kat dashboard ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tunjuk kat dashboard google analytics

      Delete
  2. yg kat blogger statistic tu tak sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. google analytics ni lagi detail berbanding blogger stats..

      Delete
  3. untuk blog wordpress kira2 cara pasangnya bagaimana dan ditaruh dimana ya ?
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang pasti kalau untuk blog wordpress..

      Delete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share