Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

(Video) Raja Lawak 6 : Minggu 6 - Zero

Zero Raja Lawak 6

Jom tengok persembahan kumpulan Zero untuk Raja Lawak 6 minggu ke-6. Best jugak tapi lagi best persembahan Zero minggu ke-5. Persembahan kumpulan Zero boleh dikatakan sama best macam rumah terbalik Sabah. hehe..

Jom layan video di bawah,

(Video) Zero Atau KRU : Raja Lawak 6

Kumpulan Zero Raja Lawak 6
Video ni dari persembahan kumpulan Zero untuk Raja Lawak 6 minggu ke lima. Berlakon jadi kumpulan KRU konon-konon. Sumpah lawak walaupun harmoni lari-lari. hahaha. Dorang ni dari Sabah. Orang Kudat ba dorang ni. hehe. 

Ba, jangan di kasi lama, layan dulu ni vidio..

(Video) Makcik Panik Rempuh Kedai Moto!

Assalamualaikum.


Panas lagi kot cerita ni, kat Kosmo pun baru keluar artikel pasal pemandu panik langgar kereta berulang kali. Kemudian, terus rempuh masuk kedai motor. Untuk pengetahuan, makcik yang berumur 50-an ini telah berjaya meranapkan empat buah superbike (Suzuki GSX 1000cc, Honda VFR 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc), Volvo XC60, 2 buah Myvi dan sebuah kedai superbike. 

Tak tahu nak cakap apa dah bila tengok video ni. Ada yang simpati kat makcik ni, ada juga yang marah. Kalau ikutkan cerita saksi dari tempat kejadian, makcik ni ada unsur-unsur nak larikan diri lepas langgar volvo tu. Sebab tu sampai panik tak ingat. Tapi, tak pasti la betul atau tidak. Boleh baca cerita dari tempat kejadian di sini




(Video) Mari Belajar Lagu Awan Nano bersama Johan Raja Lawak!

Assalamualaikum.

*Masih dalam mood Awan Nano


Seriously aku masih dalam mood Awan Nano. hehehe. Gila sedap Hafiz nyanyi lagu ni, even though pakai baju t-shirt dengan seluar tracksuit berbanding finalis AJL26 yang lain pakai pakaian bling-bling. Vokal mantap broooo. Korang nak nyanyi lagu Awan Nano semantap Hafiz tak? Boleh ikut ajaran Cikgu Vokal, Johan Raja Lawak. 

Confirm lepas ni kalau korang karaoke kat majlis-majlis kahwin, berkhatan, gotong-royong belia, atau lain-lain majlis, orang ramai, anak dara, makcik-makcik jatuh hati sebab vokal setanding ngan Hafiz.

Terbaikkkkkk

Jom belajar nyanyi lagu Awan Nano bersama Johan! 


(Video) Budak Rocker 8 Tahun Paling Popular di Dunia

Rawrrrrrrrrrrrrr!



Serius comel budak ni nyanyi lagu ganas. haha. Budak bernama Juliet ni berasal dari Australia dan baru berumur 8 tahun. Video lagu 'My First Hardcore Song' yang budak ni nyanyi dimuat naik oleh ibunya, Childs di laman youtube pada khamis lepas dan sehingga hari ini total views video tersebut telah mencecah 8 JUTA. Jadi youtube sensation terus budak ni.

Nyan Nyan Nyan Nyan Nyan..

Assalamualaikum.

*Mood: Bosan..


Nonstop Nyan ......

(Video) Penjelasan Amalina Che Bakri

Assalamualaikum.

Baru terasa nak menaip panjang-panjang kali ini. huhu. Akhir-akhir ini, hangat diperkatakan di ruangan blog dan media mengenai perubahan drastik seorang mahasiswa perubatan di UK iaitu Amalina Che Bakri. Dari seorang remaja melayu yang sopan, tiba-tiba muncul dengan imej rambut bebas berkaler-kaler. Tak semena-mena Amalina jadi sebuah topik yang panas sehinggakan ibu beliau terpaksa keluarkan kenyataan dan sebentar tadi, Amalina sendiri terpaksa memberikan penjelasan melalui Skype. Video kat bawah sekali.

Aku sebenarnya ada point nak tulis pasal hal ini. Tapi sebelum tu, kena brief sedikit mengenai siapa Amalina Che Bakri. Amalina Che Bakri merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan, seorang guru dan bapanya, Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Untuk pengetahun, kami mengambil SPM pada tahun yang sama tapi aku dapat 7A je. hehe.

Tahniah, Osbon Juara Maharaja Lawak Mega!

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu, kredit untuk the one who upload the videos on youtube. Jasa anda akan dikenang sampai bila-bila kerana berbakti kepada pengikut-pengikut yang tak dapat tengok Astro Warna atau pun Live Streaming. hehe. Boleh tengok video persembahan final Boboi dan Osbon di bawah.

Apapun, tahniah buat team Osbon setelah dinobatkan sebagai JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA sebentar tadi. Manakala, team Boboi di tempat kedua. Team Saehu dan Syok masing-masing di tempat ketiga dan keempat. Kemenangan Osbon membolehkan mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM350,000 berserta trofi. Tahniah Osbon! Pelawak otai memang best!

*Terbaik!!

(Video) Taekwondo Versi Shuffle yang Serius Awesome!

Assalamualaikum.

Hari ni takde story sangat nak share. Jadi, aku kongsi video je. hehe. Jom tengok video persembahan Taekwondo versi shuffle ni. Serius Awesome. Group taekwondo ni dari K-Tigers (Korean Tigers) where the members could actually do acrobatic stunts, along with Taekwondo kicking. Buat kicking siap lompat pusing-pusing 540 darjah. That's the beauty of Taekwondo. Other than untuk protect oneself, boleh juga buat aksi-aksi untuk tontonan ramai di siang hari. Jadi, jom ikut Taekwondo untuk badan yang lebih sihat daripada menghadap blog 24 jam sehari. harharhar.

Shi..jak!





(Video) Aku Seksi Aku Tahu!

Assalamualaikum.

Video ni dah lama jadi viral kat Facebook. Komen aku, mamat ni serius kreatip. Complete dengan video yang dia edit sendiri, lirik parodi habis, tarian pun sempoi. Kreatip yang amat. hahaha. Jadi sebagai hiburan di hari Sabtu, layan la video dari Akwa Ariffin ni.

Aku Seksi Aku Tahu..




True Story : A Very Romantic Proposal

Assalamualaikum.

Last night, someone 'special' sent me a message saying that I should watch the video shared by The Other Khairul on his Facebook Fan Page. So, I did. It was wickedly awesome and sweetttttt.

The video was made by a 19th year old girl, Dena Bahrin as to 'story-telling' how she was proposed by some guy she never knew before, in a special kind of way of proposal. The two never met in life and the girl refused several times before since it was her parent's choice until they eventually engaged. Her line, "Bercinta lepas kahwin must be much more awesome and full with barakah" really inspiring, especially for the younger ones. No need to bercinta macam nak mati, but in the end, maruah tergadai and so on. Then masuk berita, mayat bayi kena buang dalam tong sampah. Jadi lah mereka-mereka ni sampah masyarakat.

This is how it should go. Percaya pada jodoh yang telah ditentukan oleh Allah, bukan pada pujuk rela, rayu damba seorang penipu besar yang nak ambik kesempatan.




"One Step Closer.."

Macam di KK - Janrywine J Lusin

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni aku asyik layan satu lagu ni. Best. Jauh lagi best dari lagu yang sarat ngan mesej-mesej jiwangs-tak-hengat-dunia kat radio bak kata matluthfi. (Sila tekan link) So why not kalau aku share sekali kan? hehe. Ini adalah lagu popular yang sering dimainkan di radio-radio Sabah sekarang. Siang malam. Lagu Macam di KK (Kota Kinabalu) ini dinyanyikan oleh penyanyi tempatan Sabah iaitu Janrywine J Lusin. Lirik untuk lagu ini dipersembahkan sepenuhnya dalam slang Sabah. Sambil layan Monday blues tu boleh layan lagu ni sekali.

Siuk ba ni lagu! 




Lirik:

Terjaga dari lena rasa bosan pun melanda
Ku pikir-pikir mau pigi mana tak kan perap saja
Lalu ku cuba, talipon satu kawan
Mana tampat paling siok
Asal jangan bikin mengantuk

Si kawan bilang bagus pigi seberang
Kota raya indah malam pun macam siang
Tapi sia ingat, di sini lagi dekat
Sepanjang malam lampu terang
Lagi dekat kalau mau pulang

*ulang 2x
Sia bilang mcm di KK
Ada di KK
Semuanya macam di KK aramai

Semuanya ada di sini

Si kawan bilang di sana lagi canggih
Bangunan tinggi² dan ramai orang putih
Tapi sia ingat di sini lagi dekat
Cantik ba itu Kinabalu satu dunia pun tahu

*ulang 2x
Sia bilang mcm di KK
Ada di KK
Semuanya macam di KK aramai

Semuanya ada di sini

Dan bila terasa rindu
Kau dan ku pigi Tanjung Aru
Duduk berjam-jam atas batu
Melihat senja berlabuh..ohh…

*ulang 6x
Sia bilang mcm di KK
Ada di KK
Semuanya macam di KK aramai

Semuanya ada di sini...


Perlawanan Taekwondo Paling Dahsyat!

Assalamualaikum.

Video ni dah banyak orang share kat Facebook dan aku rasa nak share kat blog sekali. hehe. Video kanak-kanak dalam umur 4-5 tahun tengah sparring. Comel siak. Budak yang pakai body protector kaler biru tu ada buat beberapa kali back kick. Aku yang dah lama ikut taekwondo pun tak mampu buat back kick macam tu. hahaha. Sila enjoy video ini untuk release fatigue anda selepas seharian kerja dan lebih manis lagi kalau ditemani secawan kopi. 


webcam to gif
*Testing buat image gif. hahaha. Ok tak Yusof?


Video




p/s: Kalau suka blog ni, boleh 'Like' Facebook Fan Page di sini.

p/s: Kalau anda dah ada akaun Google+, boleh 'Add To Circles' untuk follow atau '+1' kalau anda suka blog ini. Widget Google+ ada di bahagian atas entry terkini.

p/s: Kalau boleh, review sekali blog ni. hehe. Kotak review ada kat sidebar, atas shoutbox. Terima kasih!

Cinta Muka Buku - Najwa Latif

hAssalamualaikum.

*Gambar Najwa Latif cilok dari Google

Firstly, aku admit aku baru tahu kewujudan adik Najwa Latif ni lepas dia perform kat AIM 2011, bulan lepas. haha. Noob gila aku. Lepas tu boleh pula ter'layan' lagu Cinta Muka Buku dia ni, especially after lagu ni terpilih ke Anugerah Juara Lagu. Tahniah untuk adik ni sebab lagu dia terpilih ke final walaupun banyak orang luar yang pertikaikan termasuk la aku sekali. Apapun alasannya, lagu ni dah dipilih oleh pihak juri professional. So, layan je la lagu ni pastu nilaikan dan duduk diam-diam.





Kucing Comel Tiru Iklan Bodywash: "Look At Your Cat, Now Back To Me"

Assalamualaikum

*Si kucing comel yang pandai bercakap

Jom layan iklan Puss In Boots yang dah di parody dari iklan produk bodywash Old Spice. Serius awesome! and cute as hell. haha. Untuk impak yang lebih maksima, tengok iklan versi original dulu, then compare ngan video yang Puss dah parody. Serius korang akan gelak terkinja-kinja. harharhar.

"Look at your cat, now back to me"







Video Parody: Puss In Boots



Video Original: Iklan Old Spice

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum.





Selamat Hari Raya - Saloma


Selamat Hari Raya - Ahmad Jais

Assalamualaikum.



Selamat Hari Raya- Ahmad Jais

Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa

Setahun menghilang
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat hari raya

Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf diminta
Mensuci hening dosa

Seruan kita
Untuk semua
Selamat selamat
Selamat hari raya

Ulang Daripada Mula

Selamat selamat
Selamat hari raya







SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

Lagu Raya Pilihan Hari Ini

Assalamualaikum.


Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang

Dengar-dengar itu bedok telah berbunyi
Sebulan puasa tamatlah hari ini
Lekaslah adikku hiaskan rumahmu
Biar serba baru untuk para tamu

Jangan kau lupa ketupat di dapur
Rendang di kuali jangan biar hangus
Cuba lihat itu kanak-kanak berlari
Di halaman rumah bermain bunga api

Bangunlah anakku pakai baju baru
Kawanmu semua telahpun menunggu
Dapatkan ayahanda sujud di kakinya
Serta jangan lupa nindamu kedua

Kita bermaaf dengan keikhlasan
Moga bertambah rahmat dari Tuhan
Dengar-dengar itu takbir sedang bergema
Hening dan mulia di pagi hari raya






p/s: Lagu Raya evergreen tetap best! Selamat Berpuasa untuk hari ke 25    :)

"I am Fasting..."

Assalamualaikum.

Ni video lagi pasal puasa. Tadi bekas lecturer aku post kat fb, aku post kat blog. hahahaha. Ce tengok, ce tengok.. Very nice video with a very clear message to all muslim.







Moral of the 'video', jangan jadikan puasa sebagai sebab untuk anda bermalas-malas. Selamat Berpuasa!


Iklan Puasa yang SERIOUS AWESOME!

Assalamualaikum.

Sebelum korang tengok video kat bawah ni, cuba korang teka apa kaitan makan dengan kereta dalam bulan Ramadhan? hehe. Ok, dah siap teka? Cuba bandingkan jawapan korang dengan iklan di bawah ni. Serius genius dari EMWAIKEI ARTNET STUDIO.







SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA!