Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

TERIMA KASIH DATUK LEE CHONG WEI!


Even though you lost to Lin Dan, you are still our TRUE HERO! 

Thank you DATUK LEE CHONG WEI!!


All England 2012 : Datuk Lee Chong Wei Tewas

Lee Chong Wei All England 2012

Perlawanan di antara Lee Chong Wei dan Lin Dan dalam Kejohanan All England 2012 baru berakhir sebentar tadi dengan kemenangan memihak kepada jaguh China, Lin Dan. Tapi, apa boleh buat sebab kali ni Lee Chong Wei mengalami kecederaan tangan. Bahu penuh dengan plaster tapi masih lagi mampu bermain dengan baik. Tiga kali sembur pain killer sepanjang perlawanan berlangsung.

Tiada peluang kali ni untuk kita tengok satu lagi perlawanan epic dari dua jaguh dunia badminton untuk Kejohanan All England. Tinggal Olimpik 2012 lagi. Lepas tu, kemungkinan kedua-dua pemain bersara. Apapun, tahniah buat Lin Dan walaupun memang percuma menentang Lee Chong Wei.

Keputusan penuh perlawanan sebentar tadi, set pertama Lin Dan menang dengan mata 21-19. Set kedua pula Lee Chong Wei ketinggalan dengan mata 2-6 sebelum memutuskan untuk memberi kemenangan kepada Lin Dan. Serius sedih juga tengok Lee Chong Wei terpaksa menarik diri tadi. Lin Dan sempat mintak tukar baju dengan Lee Chong Wei yang seingat aku tidak pernah berlaku. huhu. Namun apa yang penting, tangan Datuk Lee Chong Wei sembuh sebelum Olimpik 2012.

Semoga cepat sembuh Datuk Lee Chong Wei.

Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia 0 - 4 Jepun

Malaysia vs Jepun

Perlawanan Malaysia vs Jepun untuk Kelayakan Olimpik 2012 baru sahaja berakhir sebentar tadi dengan sedikit drama dari Fakri selepas wisel penamat dibunyikan. Apapun, tahniah buat Pasukan Harimau Muda kerana berjuang sehingga saat akhir walaupun tidak berjaya memboloskan gol. Kena kaji semula kelemahan untuk persediaan Olimpik 2016.

Keputusan Penuh Malaysia vs Jepun (22 Februari 2012)
Malaysia (0) - (4) Jepun

Piala Thomas 2012 Pusingan Kedua : Malaysia vs Jepun

Keputusan Kelayakan Piala Thomas 2012 MAS vs IND

Pasukan Malaysia menang mudah dengan keputusan 3-0 menentang Pasukan India dalam perlawanan petang semalam. Nasib baik juga Hafiz Hashim menang kali ni selepas tewas dalam perlawanan menentang Pasukan Korea Selatan. Tapi, kalau tak menang juga semalam, tak tahu nak cakap apa dah. Apapun, terima kasih buat Hafiz Hashim untuk perlawanan ini.

Screenshot di bawah adalah keputusan penuh perlawanan di antara Pasukan India menentang Pasukan Malaysia semalam. 

Keputusan Penuh Kelayakan Piala Thomas 2012 MAS vs IND

Petang ini, Pasukan Malaysia bakal bertemu dengan Pasukan Jepun. Untuk pengetahuan, dua orang dari pemain perseorangan Pasukan Jepun adalah pemain Top 10 ranking BWF dunia. So, peluang Malaysia untuk menang menentang Pasukan Jepun sangat tipis. 

Kelayakan Piala Thomas 2012 MAS vs JPN


Visual Live Score Piala Thomas & Uber: Tekan di sini.
Jadual Perlawanan Piala Thomas & Uber: Tekan di sini.

Piala Thomas 2012 : Malaysia Mara ke Pusingan Kedua


Tahniah! Pasukan badminton Malaysia yang diketuai oleh Datuk Lee Chong Wei berjaya menewaskan Pasukan Korea Selatan dalam perlawanan petang semalam dan sekaligus mendahului carta Kumpulan D dengan keputusan 3-2. 

Screenshot di bawah adalah keputusan penuh perlawanan semalam di antara Pasukan Korea Selatan dan Pasukan Malaysia. Agak kecewa dengan Hafiz Hashim. Dua kali tewas dan dua kali Pasukan Malaysia menang tipis. Nasib baik double kedua, Kim Wah Lim dan V. Shem Goh menang. Semoga Hafiz Hashim dapat mengatasi badi kekalahan.


Jadual perlawanan petang ni pula, Pasukan Malaysia akan menentang Pasukan India dalam pusingan kedua kelayakan Piala Thomas. Semoga Pasukan Negara akan terus bersemangat dan berjaya mara ke pusingan seterusnya.


Jom tengok Thomas Cup ramai-ramai petang ni. Sama-sama kita menyokong Pasukan Malaysia walaupun realitinya peluang Malaysia untuk menang sangat tipis kali ini. huhu. 

Go Go Malaysia!


Jadual Perlawanan Piala Thomas & Uber: Tekan di sini.

Keputusan Penuh Kelayakan Olimpik Malaysia vs Bahrain



Sebentar tadi, perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik kumpulan C di antara Malaysia dan Bahrain telah berakhir dengan keputusan,

Keputusan Penuh AFC (5 Februari 2012) : Malaysia vs Bahrain

MALAYSIA (1) vs (2) BAHRAIN


Kalah...

Apa pun, sekalung tahniah buat Ahmad Hazwan Bakri dan team Harimau Muda kerana berjaya menjaringkan satu (1) gol walaupun tewas sekali lagi di tangan Bahrain.


Khas untuk Hazwan Bakri 

Tahniah. Anda telah berjaya mengharumkan nama Labuan dalam arena bola sepak tanah air dan dunia khususnya. Labuan pernah melahirkan pemain bola sepak berkualiti iaitu Hassan Sani. Oleh itu, tidak salah andai saya katakan Hazwan Bakri umpama Hassan Sani 2. Pemain bola sepak terbaik kelahiran Labuan untuk generasi moden. Semoga anda terus maju dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!

Safee Sali dah Bergelar Jutawan!

*Safee Sali kebanggaan negara.


Sekalung tahniah buat penyerang kedua terbaik Asia, Safee Sali setelah menyambung kontraknya selama dua tahun bersama Pelita Jaya. Perjanjian kontrak Safee Sali dikhabarkan bernilai lebih RM2 juta dengan pelbagai insentif, seperti bonus untuk setiap perlawanan, rumah, kereta dengan pemandu peribadi dan tiket balik ke KL.

Berita Penuh di The Star Online

PETALING JAYA: National striker Safee Sali has become Malaysia’s first football millionaire. The 28-year-old striker has confirmed that he has extended his stint with Jakarta club Pelita Jaya FC for two years, in a contract worth RM2mil.

Safee’s manager Zakaria Rahim said in a statement that under the new contract, Safee would receive numerous incentives, including fixed bonuses for matches, a house, car, driver and return tickets to Kuala Lumpur.

He added that the lucrative contract was Pelita Jaya FC’s acknowledgement of Safee’s contribution to the club. The Malaysian is also the club’s skipper.

Keputusan Liverpool vs Manchester United (28 Januari 2012)



Piala FA: Liverpool VS Manchester United (28 Januari 2012)


Game semalam. Liverpool mara ke pentas final apabila berjaya menumbangkan Manchester United dengan keputusan penuh,

Full Time
                 LIVERPOOL (2) - (1) MANCHESTER UNITED

Lee Chong Wei Juara Terbuka Malaysia 2012!

TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI!


Tahniah! Datuk Lee Chong Wei berjaya muncul sebagai Juara Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia selepas menundukkan pemain muda Jepun, Kenichi Tago. Kemenangan ini juga merupakan kejuaraan Datuk Lee Chong Wei buat kali yang kelapan, menyamai rekod Wong Peng Soon.

Sebagai juara, Datuk Lee Chong membawa pulang USD30000 manakala Kenichi Tago dengan USD51000. Keputusan penuh Lee Chong Wei menentang Kenichi Tago, 

Chong Wei (2) - (1) K. Tago
  21 - 6
    21 - 13

Tahniah! Lee Chong Wei Mara ke Final Terbuka Malaysia!

Assalamualaikum.

TAHNIAH!


*Tahniah!

Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke final setelah menewaskan Chen Long dengan rubber set. So, lepas ni Datuk Lee Chong Wei menentang Kenichi Tago (Japan) di final Siri Super Terbuka Malaysia. Semoga Lee Chong Wei berjaya merangkul kejuaraan di Terbuka Malaysia untuk kali kelapan. Keputusan penuh Lee Chong Wei vs Chen Long,


Chong Wei (2) Vs (1) Chen Long
21 - 18
17 - 21
21 - 13



Go! Go! Malaysia!