Cuti Raya Cina di Labuan


Assalamualaikum.

Masih lagi dalam mood cuti CNY~ ~ ~ huhu. So, last week cuti aku ambil kesempatan balik Labuan. Empat hari tiga malam, tapi rasa macam sekejap saja. Tapi tidak apa, kali ini balik Labuan dengan awek baru, Cik Almera. hahahahaha..



First time bawa Cik Almera balik Labuan, dapat juga la bawa dia merasa naik feri. Feri lama yang tiada tempat duduk penumpang, terpaksa duduk dalam kereta sepanjang perjalanan, panassssss. 

Kereta pula kena tempias air laut sebab di belakang-belakang. Tolonggggg lah!



Anyway, dapat juga balik Labuan setelah lama tidak balik. Sempat juga jumpa kawan lama aku pergi beraya. Lama tiada khabar berita, berjumpa masa cuti saja. Terubat lah juga rindu dengan kawan lama. Bila sudah lama tidak jumpa, banyak cerita yang keluar. hehehehe..



Alhamdulillah, for having such a good friend. Semoga persahabatan kita kekal dunia dan akhirat.

1 comment:

  1. kite pun ingat nak beli almera la.
    best tak pakai?
    :)

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share