3 Perkara Penting dalam Kehidupan

Assalamualaikum.

Hidup di dunia ini cuma sementara dan hidup di akhirat juga yang kekal abadi. Tapi, apa perkara-penting yang perlu dijaga dengan baik selama masih bernyawa di muka bumi? *Cewah, ayat....bajet bagus sangat....heee...

Jom kita list down:

1.Rakan yang baik dan boleh dipercayai

Bukannya rakan yang hanya wujud bila dorang memerlukan sesuatu daripada anda. Tapi seorang rakan yang susah senang bersama-sama. Tapi tidak dinafikan rakan-rakan yang sebegini boleh dibilang dengan jari. Selayaknya, mereka lah rakan dunia dan akhirat. Rakan sebegini mesti la baik, boleh dipercayai, dan dari latar belakang keluarga yang baik.

Bayangkan kalau korang ada rakan yang masa dia susah, beriya-iya mintak tolong kat korang. Kemudian, bila korang nak mintak tolong kat dia pulak, macam-macam alasan dia bagi. Sibuk la, itu la, ini lah. Ataupun, dalam perjanjian korang secara verbal, "persahabatan kita dunia dan akhirat...", as if, berkawan sampai mati. Tapi, few years after that, kontek pun takde, nombor tukar tak bagi tau. This kind of friend better regard as 'kawan' sahaja la. Tak perlu sampai nak putus silaturrahim.

Pengaruh kawan/ rakan/ sahabat sangat besar implikasinya terhadap kehidupan. Ia secara tidak langsung membentuk peribadi seseorang sedari kecil ketika zaman pra sekolah sehinggalah peringkat universiti, hatta di dunia pekerjaan. Rakan yang baik akan membimbing rakan mereka secara tidak sedar untuk menjadi lebih baik. Oleh itu, sebagai manusia yang sudah terdidik dari awal lagi untuk memilih mana yang baik, mana yang buruk. Jadi, pandai-pandai la pilih.


2. Mengenali dan memahami diri sendiri

Untuk mengenali diri sendiri, menyukai diri sendiri, kena la bagi keutamaan kepada agama. Kerana agama mampu membentuk keperibadian seseorang. Kalau mengalamai kekangan atau masalah dalam membuat keputusan atau sebagainya, lebih elok sekiranya menunaikan solat sonat istikharah untuk mendapatkan petunjuk dan sebagainya.

Mengenali diri sendiri sangat penting kerana siapa lagi yang perlu mengetahui kehendak diri sendiri kalau bukan tuan empunya minda dan badan. Kita perlu tahu di mana kekuatan dan kekurangan kita. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk mengenali diri sendiri terlebih dahulu.


3. Kesihatan yang baik

Kesihatan diri sendiri perlu dijaga dengan baik. Elakkan dari tabiat-tabiat yang boleh memudaratkan seperti merokok dan sebagainya. Kesihatan yang baik, menjamin masa depan yang lebih baik secara keseluruhannya.

Kesimpulannya, ketiga-tiga point di atas berkait rapat dengan soal kehidupan seseorang. Banyak lagi sebenarnya perkara-perkara penting yang perlu dijaga dan diambil perhatian semasa bernafas di muka bumi ni. Tapi, elok kalau terlebih dahulu perkara-perkara tersebut di ambil perhatian dan diamalkan untuk hidup yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. InsyaAllah....


Footnote: Selesai buat karangan...berapa markah per seratus korang nak bagi??

4 comments:

  1. yea! bgus2 bgi 100% .. eh eh sy follow awak..mklau sudi lawat blog sy..

    ReplyDelete
  2. Yeah! Setuju.. mmg 3 point ni betul2 kena fokus dalam kehidupan kita.. ;)

    MySuaraBlog: Saya Suka K-Pop Malaysia

    ReplyDelete
  3. @miss addin: time kasih..hehe..

    @dea izzana: ok..saya follow balik :)

    @zwan sabri: betul tu.. ;)

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share