Maharaja Lawak Minggu ke-7

Assalamualaikum.

Seperti biasa, saya update persembahan peserta Maharaja Lawak untuk minggu ke 7 yang bertemakan Silent Comedy. Seperti biasa jugak, saya senaraikan peserta-peserta mengikut persembahan yang saya rasakan terbaik untuk malam tu.


Jambu
Ok! Tapi tensen yang amat ngan mamat yang jerit "boleh tuju lagu tak?"



Jozan
Idea persembahan dorang untuk silent comedy best.
*Walaupun banyak persembahan yang macam ongputih buat, hehe, tapi dorang tetap best!


Sepah
Macam biasa la, best!



Dan juga, kepada yang tengok Maharaja Lawak ni melalui youtube macam saya *hehe*. Ini ada makluman dari pihak Astro. 

Sumber: Murai

KUALA LUMPUR, 13 MEI 2011: 

Populariti program realiti Maharaja Lawak (ML) sememangnya tidak dapat disangka lagi. Atas sebab itu, ramai penonton yang tidak dapat menerima hakikat apabila mereka terpaksa melanggan saluran Warna semata-mata untuk menyaksikan pertandingan yang menghimpunkan beberapa juara serta peserta Raja Lawak yang sedia ada ini.

Sebelum itu, Maharaja Lawak telah ditayangkan di Astro Prima untuk 2 episod yang pertama. Selebihnya, ianya telah ditayangkan di saluran Warna. Sebaik saja perubahan ini dilakukan, rata-rata penggemar Maharaja Lawak telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan membuat petisyen di lama sosial facebook supaya Maharajalawak diubah ke saluran Prima semula.

Namun, pihak Astro memberitahu bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Malah, mereka juga tidak dapat mengubah keputusan tersebut kerana Maharaja Lawak sememangnya adalah program yang dibayar untuk Astro Warna dan bukannya untuk Astro Prima.

Apapun, disebabkan perkara ini, ada segelintir individu yang telah melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab apabila memuat naik program popular itu di laman web Youtube. Muat naik itu pula tidak dilakukan pada keesokkan harinya. Sebaliknya, ianya dapat disaksikan pada malam siaran langsung itu sendiri.

Ini bermakna jika Maharaja Lawak bersiaran pada pukul 10 malam setiap Jumaat dan ditayangkan di Astro Warna, slot pertama program tersebut dimuat naik sekitar jam 10.30 malam atau 10.45 malam.

Menyedari perbuatan yang tidak bertanggung jawab itu, Pengurus Saluran Warna, Nizam Sani menjelaskan, pihaknya telah pun mengambil tindakan dengan menghantar surat kepada pihak pentadbiran Youtube di Amerika Syarikat.

"Kami menyedari perbuatan tersebut dan telah pun mengambil tindakan. Kami telah menghantar surat kepada pentadbiran Youtube di AS. Dapat dilihat ada tindakan yang diambil iaitu oleh mereka.

"Bermakna jika ada yang memuat naik program Maharaja Lawak pada hari siaran langsung dengan tak sampai sejam sewaktu siaran, mereka akan menahannya daripada disiarkan.

"Tetapi saya lihat, beberapa jam selepas itu, program Maharaja Lawak tetap ada di Youtube pada hari tersebut juga. Maknanya, walaupun tindakan sudah diambil, namun tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Senarionya tetap sama. Ada saja orang lain pula yang akan memuat naik program itu. Kita pun susah nak sekat perkara sebegini dalam internet.," katanya kepada murai.com.my sewaktu menjawab tentang isu tersebut.

Tidak mahu menyalahkan sesiapa, Nizam Sani berkata, apa yang berlaku dianggap sebagai satu promosi buat program tersebut yang semakin hari popularitinya meningkat.

"Saya lihat perkara itu sebagai satu promosi buat program ini. Malah, ratingnya pada setiap minggu meningkat dan kami lihat ini sebagai satu perkara yang positif. Ini menunjukkan program ini sememangnya memberi impak kepada ramai orang," katanya.


Footnote: Lepas ni, kalau saya tidak update lagi ataupun video yang dah dikongsi dalam entri takleh access, tu bermakna Maharaja Lawak dah diharamkan dari dunia youtube. huhu.

3 comments:

  1. memang tension.. ntah pape kan.. ~_~

    ReplyDelete
  2. haha..silalah langgan astro warna..ngee..

    ReplyDelete
  3. @fatinfirdaus: tu la..berapa kali ntah mamat tu cakap..

    @anakwakmail: lalalala..hahaha..

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share