Maharaja Lawak Minggu ke-6

Assalamualaikum.

Wah, sehari tanpa post entri baru. Rindu gila, traffic pun jatuh. haha.

Ok, kita berbalik kepada tajuk entri ni. Seperti biasa, saya update lagi persembahan Maharaja Lawak minggu ke-6. Tema dorang minggu ni adalah bebas. Dan seperti biasa juga, saya letakkan barisan 4 peserta yang saya anggap terbaik dan bakal menjadi Juara Maharaja Lawak.


JAMBU

Mesti ramai yang akan setuju dengan saya kalau saya katakan Jambu mampu dan adalah yang paling layak untuk menjadi Juara Maharaja Lawak. Ini kerana, setiap minggu Jambu memberikan persembahan terbaik dan minggu ini sekali lagi mereka berjaya menjalankan misi dorang untuk menghiburkan penonton. Tema persembahan yang dorang buat adalah sukan. Dan kalau korang perhatikan, Jambu menggunakan 5 jenis sukan dalam persembahan mereka iaitu ping pong, badminton, bola sepak, bowling dan diakhiri dengan gusti. Jambu, terbaik!


SEPAH

Sepah juga tidak pernah mengecewakan penonton. Setiap minggu mereka mempamerkan persembahan terbaik dan merupakan pesaing terdekat Jambu dalam Maharaja Lawak ni. Dorang ni banyak idea buat dialog lawak. Contohnya, masa Shuib mintak "barang". "Barang" apa yang Shuib mintak dan apa kaitan dia dengan Dafi, jom-jom layan. heee..


NABIL

Seperti biasa, Nabil sentiasa tampil dengan idea yang kreatif dan cara penyampaian yang straight ke penonton. Macam bawak penonton bercerita la. Suka persembahan stand-up comedy macam ni. Terbaik!


JOZAN

Minggu ni Jozan kurang lawak sikit berbanding minggu lepas. Tapi masih ada jugak la elemen-elemen lawak tu, cuma kurang sengat kalau nak dibandingkan dengan peserta 'hebat' yang lain minggu ni. Layannnn


p/s: Peserta 'hebat' yang saya maksudkan adalah yang saya senaraikan di atas. Dan senarai di atas saya susun dari yang terbaik ke kurang sikittttt la, pada pandangan saya untuk minggu ini. heee. Korang macam mana?

6 comments:

  1. this week jozan boring
    jambu and nabil the best
    sepah cool...

    ReplyDelete
  2. @nur misnan: jambu the best! huhu..

    ReplyDelete
  3. Sepah.sepah.sepah best doe....
    hahahahaha

    ReplyDelete
  4. kelima-limanya Tia suka sebab masing2 ada cara sendiri untuk melawak ..

    ReplyDelete
  5. @fiq: sepah pun the best gak..time muzikal dorang paling lawak..ngeh3..

    @ini kisah tia: ade empat je dalam senarai ni,ngeh3..tapi sume peserta pun bagus, hopefully jambu or sepah menang.. ;)

    ReplyDelete
  6. kite suka sepahhh :D dgn jozan tapi jozan boring minggu ke 6 ni :)

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share