Nokia 808 PureView Dengan Kamera 41-Megapixel!



Dua tahun lepas, Nokia memperkenalkan N8 dengan kamera 12-megapixel. Satu fungsi yang jadi keutamaan bagi aku masa survey handphone dan memang mengidam N8 waktu tu. Tapi, masa tu mampu usha-usha kedai handphone je sebab baru habis belajar. Tahun lepas baru dapat merasa gadget canggih, Samsung Galaxy S II dengan kamera belakang 8-megapixel, kira hampir sama taraf la dengan Nokia N8. Kemudian, keluar artikel di Amanz.my mengenai smartphone hebat terbaru dari Nokia iaitu Nokia 808 PureView, smartphone yang dilengkapi dengan kamera 41-megapixel. Ya, kamera empat puluh satu mega pixel dengan optik f/2.4 dari Carl Zeiss. 


Kamera 41-megapixel Nokia 808 PureView ni boleh mengambil gambar sebesar 34-megapixel dan 38-megapixel. Tapi gambar tersebut boleh dikecilkan kepada gambar 5-megapixel yang berkualiti dengan option PureView yang mana kamera menggunakan oversampling untuk menggabungkan tujuh pixel kepada satu pixel supaya gambar lebih senang untuk dikongsi. 


Apa yang menarik perhatian aku pada Nokia 808 ni, gambar boleh diambil sehingga tiga kali zoom tanpa kehilangan sebarang kejelasan. Selain tu, boleh rakam video 1080p (HD) pada kadar 30fps, dengan sokongan zoom sehingga 4 kali. Kalau dapat ni, confirm puas hati kalau ambil gambar atau video. Untuk spesifikasi penuh, boleh rujuk di spesifikasi Nokia 808 PureView.


Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD


Jom join Segmen Tambah Follower  Tanpa Blogwalking dari Mr Doctor ni. Aku kena tag oleh Orang Pulau. hehe. Tarikh tutup hari ni jam 11.59pm. Sudah lebih 200 orang join. Jom la sama-sama meningkatkan jumlah follower. Boleh tekan sini untuk join.

Aku nak tag:

Cek Exabytes Sudah Sampai!

Surat Exabytes

Alhamdulillah, surat dari Exabytes dah sampai. Kalau korang perasan, aku letak banner exabytes tu start dari hujung bulan Januari lagi. Itu pun kalau ada yang perasan la. hehehe. Anyways, memang Exabytes ni menepati janji. Pihak Exabytes tetapkan syarat kalau permohonan dah diluluskan, kena pasang banner dorang dalam tempoh sebulan, kemudian dorang akan hantar payment dan payment tu memang sampai sebulan lepas aku letak banner dorang. Terbaeekkk!

Syukur rezeki berblogging makin bertambah walaupun Nuffnang punya BE tak dapat lagi untuk tahun ni. Churp-Churp punya Social Seeding pun dah agak lama tak dapat. Nasib baik ada Exabytes ni, terubat jugak luka kecil hati ku sedikit. hehehehehe. Gambar di bawah ni bukti payment dari Exabytes. Semangat berblogging semakin bertambah-tambah sebab bukan senang nak dapat RM50 dengan hanya berblogging.

Terima kasih Exabytes.

Cek Exabytes

Gambar Majlis Pernikahan Ana Raffali dan Ahmad Aznaim



Banyak pula artis bernikah minggu ni. Sebelum ni majlis pernikahan Yusry dan Lisa Surihani, kini giliran Ana Raffali, 26 dan pasangannya Ahmad Aznaim, 30 dalam majlis yang diadakan kelmarin di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati. Ana Raffali sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim dengan hanya sekali lafaz. Syabas. hehe.

Lagi lima keping gambar majlis pernikahan Ana Raffali dan Ahmad Aznaim.


Gambar Majlis Pernikahan Lisa Surihani dan Yusry KRU



Jutaan tahniah buat Lisa Surihani Mohamed, 26 yang telah selamat menjadi isteri kepada Yusry Abdul Halim, 39 dengan hanya sekali lafaz dalam majlis yang dijalankan di Hotel Marriot. Mas kahwin yang diberikan kepada pengantin perempuan adalah seutas rantai platinum. Majlis resepsi pula akan berlangsung pada 26 Februari 2012 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Gambar di atas adalah gambar Lisa Surihani mandi bunga sehari sebelum majlis pernikahannya. Lagi lima keping gambar majlis pernikahan Lisa Surihani dan Yusry di bawah.


*Credit: beautifulnara.com


*Credit: mStar Online



*Updated: Lagi gambar after the jump.

(Video) Raja Lawak 6 : Minggu 6 - Zero

Zero Raja Lawak 6

Jom tengok persembahan kumpulan Zero untuk Raja Lawak 6 minggu ke-6. Best jugak tapi lagi best persembahan Zero minggu ke-5. Persembahan kumpulan Zero boleh dikatakan sama best macam rumah terbalik Sabah. hehe..

Jom layan video di bawah,

Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia 0 - 4 Jepun

Malaysia vs Jepun

Perlawanan Malaysia vs Jepun untuk Kelayakan Olimpik 2012 baru sahaja berakhir sebentar tadi dengan sedikit drama dari Fakri selepas wisel penamat dibunyikan. Apapun, tahniah buat Pasukan Harimau Muda kerana berjuang sehingga saat akhir walaupun tidak berjaya memboloskan gol. Kena kaji semula kelemahan untuk persediaan Olimpik 2016.

Keputusan Penuh Malaysia vs Jepun (22 Februari 2012)
Malaysia (0) - (4) Jepun

Wordless Wednesday #22 : Metered Earning

Wordless Wednesday Nuffnang Metered Earning

*Screenshot nak mintak penampar,
eeeehhhhh..
Nak mintak BE, hahaha..
Semua BE dah jadik ME la..

Al-Fatihah, Latif Ibrahim Meninggal Dunia


Penyanyi dan pelakon era 1970-an, Latif Ibrahim telah disahkan meninggal dunia pada usia 62 tahun sekitar jam 6.10 petang tadi. Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) setelah dimasukkan sejak Sabtu lalu.

Takziah diucapkan buat keluarga arwah. Al-fatihah..


Berita Penuh di Harian Metro Online

Penyanyi Popular Rogol Anak Tiri Sejak Tujuh Tahun

Harian Metro Penyanyi Buas

Semakin lama, semakin banyak berita mengenai kes-kes rogol dan anak luar nikah dalam negara. Kali ini melibatkan seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air. 

Siapakah penyanyi hip hop yang dimaksudkan?


Berita Penuh di Harian Metro Online

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.

Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.

Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.

“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.

Jom Belajar SEO!

SeoDoctor Logo
Jom belajar SEO sama-sama.  SEO sangat penting untuk blogger yang mementingkan trafik. Senang cakap, kalau anda dah letak iklan macam-macam kat blog contohnya Nuffnang, Advertlerts, Innity atau Google Adsense, anda mesti utamakan trafik. Betul tak? Lain lah kalau saja-saja letak script iklan berat tu hanya sebagai hiasan. So, kena lah bagi komitmen tingkatkan trafik blog setelah letak iklan tu. Secara tak langsung, rasional lah juga kalau demand nak BE.

Selain tu, mesti kita nak orang baca tulisan kita kan? Penat-penat menaip entry panjang berjela, tapi yang baca cuma seorang dua. Lagi teruk kalau yang baca tu hanya penulis entry tu sendiri. Jadi, trafik itu sangat penting. Rujukan SEO berbahasa Malaysia pun dah berlambak. Rujukan utama aku adalah dua blog hebat ni, www.forblogger.net dan www.anastasyea.com. Banyak tutorial dan tips SEO yang berguna untuk blogger baru macam aku.

Tidak rugi kalau blog yang ber'blogspot' cuba bermain dengan SEO. Hatta, blog personal sekalipun. Cuma penangan SEO untuk blog yang ber'blogspot' agak kurang jika dibandingkan dengan blog yang ber'domain' sendiri. Tapi, ada juga blog ber'blogspot' yang mampu mendapatkan PR tinggi dari Google. Contohnya blog inibelogsaya.blogspot.com dengan PR4 milik Hanis Zalikha.


*Blogger hebat yang tersangatlah cun, Hanis Zalikha
Banner Terbaru Hanis Zalikha


Tahun lepas, trafik aku banyak melalui blogwalking. Boleh la tarik trafik 100 lebih UV sehari. Ya, sedikit kerana sumber trafik  banyak dari blogwalking sahaja. Serius. Tapi sekarang pun trafik aku naik sikit je berbanding tahun lepas. Cuma sumber trafik tu dah bertambah sekarang. Sumber trafik yang bertambah adalah trafik referal dan trafik organik. Melalui trafik organik, kalau aku jarang update pun, trafik tetap ada datang dari search engine. Boleh lah ambik kesempatan minum kopi petang-petang. hehe. Submit site anda ke Google Analytics kalau nak tahu secara terperinci sumber-sumber trafik ke blog.

Tips Belajar SEO untuk Beginner

Sebagai permulaan untuk belajar SEO, aku sarankan anda guna aplikasi add-ons untuk browser Firefox terlebih dahulu iaitu SeoQuake dan SEO Doctor. Ini kerana sebelum masuk bahagian coding atau sebagainya, kena belajar SEO terms dahulu dan SEO Doctor adalah aplikasi yang terbaik untuk beginner. Contoh SEO Doctor seperti screenshot di bawah. Total score SEO untuk blog aku 79% dan PR flow di bawah 50%. Masih tak ok lagi. Banyak lagi yang aku kena kaji dan belajar terutamanya heading tags.


*Paparan SeoQuake dan Score Seo Doctor
Seo Score
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas



Aku pun baru belajar pasal SEO ni. Terus terang, ilmu blogging pun tak sampai setahun jagung. Tapi tak salah kalau berkongsi ilmu bersama kan? Boleh belajar SEO terms terlebih dahulu menggunakan SEO Doctor di sini. Then, lepas tu baru boleh belajar advance sikit.

Piala Thomas 2012 Pusingan Kedua : Malaysia vs Indonesia

Keputusan Kelayakan Piala Thomas 2012 MAS vs JPN

Tahniah buat Pasukan Malaysia kerana berjaya menempah tiket ke final Piala Thomas 2012 yang akan berlangsung pada 20-27 Mei di Wuhan, China. Pasukan Malaysia tersenarai sebagai finalis setelah memenangi perlawanan menentang India dan Korea Selatan sebelumnya dalam pusingan kedua.

Petang semalam, Pasukan Malaysia telah bertemu Pasukan Jepun dan berkesudahan dengan keputusan 3-0. Boleh dikatakan, barisan kedua Pasukan Malaysia tiada sengat tanpa kehadiran pemain senior utama, Datuk Lee Chong Wei dan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Manakala dalam perlawanan  penentuan tempat ketiga menentang Pasukan Indonesia petang tadi, Pasukan Malaysia kalah tipis dengan keputusan 2-3. 

Keputusan Kelayakan Piala Thomas 2012 MAS vs INA

Apapun, tahniah buat Pasukan Malaysia kerana berjaya ke final Piala Thomas 2012. Harapan Piala Uber pula dah terkubur. Sekarang, tumpuan kepada Datuk Lee Chong Wei yang akan memulakan saingan Olimpik London 2012 tidak lama lagi.

Persoalannya sekarang kalau Datuk Lee Chong Wei confirm bersara selepas Olimpik London, siapa boleh ganti?


Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Thomas & Uber: Tekan di sini.

Game iOS Terbaik 2011 : Infinity Blade 2!

Infinity Blade 2
Tahun lepas, aku banyak kongsi entry pasal game atau application macam game Angry Bird, Cut The Rope, Racing Moto dan game gila ganas macam Infinity Blade dan Samurai II:Vengeance. So, untuk permulaan entri sebegini, aku nak perkenalkan untuk semua pengguna Apple, 2011 IGN Mobile Game of the year iaitu Infinity Blade II. Boleh beli melalui iTunes dengan harga USD6.99. Tapi, kalau dah jailbreak, faham-faham la. hehehehe.

Game ni tak dapat lagi kat smartphone perisian Android atas sebab Google ada limitation berbanding iOS. Pengguna Apple iPad, iPhone (3GS, 4 & 4S), iPod Touch (3rd Gen & 4th Gen) boleh lah berjimba-jimba dengan game ni. hehe.

Tapi, aku pun sebenarnya baru habis download game ni guna cydia dan first impression untuk game ni membuatkan aku nak kongsi terus di blog. Layan screenshot ni,

Screenshot Infinity Blade 2

Screenshot Infinity Blade 2

Screenshot Infinity Blade 2

Aku puas hati game Infinity Blade yang pertama walaupun walkthrough dia berulang-ulang. Cuma level lawan je yang berubah. Tapi, game ni memang awesome. Hebat sampai dapat 15 perfect score!

IGN - 10 out of 10 - Editor's Choice
TOUCH GEN - 5 out of 5 - Editor's Choice
TOUCH ARCADE - 5 out of 5
USA TODAY - 4 out of 4
G4TV.COM - 5 out of 5
APPOLICIOUS - 5 out of 5
MODOJO - 5 out of 5
SLIDE TO PLAY - 4 out of 4
GAMESPOT - 9 out of 10 - Editor's Choice


Boleh download game Infinity Blade dari sini : Download

Piala Thomas 2012 Pusingan Kedua : Malaysia vs Jepun

Keputusan Kelayakan Piala Thomas 2012 MAS vs IND

Pasukan Malaysia menang mudah dengan keputusan 3-0 menentang Pasukan India dalam perlawanan petang semalam. Nasib baik juga Hafiz Hashim menang kali ni selepas tewas dalam perlawanan menentang Pasukan Korea Selatan. Tapi, kalau tak menang juga semalam, tak tahu nak cakap apa dah. Apapun, terima kasih buat Hafiz Hashim untuk perlawanan ini.

Screenshot di bawah adalah keputusan penuh perlawanan di antara Pasukan India menentang Pasukan Malaysia semalam. 

Keputusan Penuh Kelayakan Piala Thomas 2012 MAS vs IND

Petang ini, Pasukan Malaysia bakal bertemu dengan Pasukan Jepun. Untuk pengetahuan, dua orang dari pemain perseorangan Pasukan Jepun adalah pemain Top 10 ranking BWF dunia. So, peluang Malaysia untuk menang menentang Pasukan Jepun sangat tipis. 

Kelayakan Piala Thomas 2012 MAS vs JPN


Visual Live Score Piala Thomas & Uber: Tekan di sini.
Jadual Perlawanan Piala Thomas & Uber: Tekan di sini.

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?

Ben Ashaari

Segmen kedua dari bro Ben Ashaari yang aku join tahun ni lepas segmen Tiada Lama, Tiada Baru. Segmen tutup pukul 10 malam ni. Sila-sila la join kalau korang dah takde idea nak update blog untuk hari ni. hahahaha.

Sebelum tu nak inform, aku baru buat perubahan besar terhadap blog ni sampai bentuk dia macam sekarang dalam minggu lepas. Bau-bau kedai lagi. Boleh baca di sini. So, dengan sebab tu la jugak nak mintak korang kritik secara terbuka blog Aku Anak Labuan ni. Aku tak terima kritikan pasal kotak komen hilang je, sebab dah tukar ke kotak komen default blogger balik. hehe.

Selamat mengkritik. 

Jangan kritik macam Dang Suria sudah la. larikkkkkk!

Kotak Komen yang Hilang Muncul Kembali

Sejak aku pakai komen IntenseDebate, ramai yang tegur tempat komen hilang sambil mengadu tak dapat nak menyengal. haha. Komen IntenseDebate ni agak berat sikit loading sebab tu tak jumpa. Jadi kalau ngam-ngam broadband anda masa tu menyengal, memang confirm butang komen tu tak keluar. Maka, guna la Unifi atau Streamyx untuk kelajuan internet di tahap maksima.

*Komen IntenseDebate
*Komen dari salah seorang pemenang #MSW2012, Mr Eqbal Zack




Kalau diikutkan agak sayang juga nak buang sebab baru beberapa hari pasang. Lagi pun, komen IntenseDebate datang sekali dengan CommentLuv. CommentLuv ni banyak diguna pakai oleh blog-blog hebat seperti Denaihati.com dan aku pun nak blog aku hebat macam tu. haha. Aku sarankan anda baca entri denaihati.com yang ini mengenai CommentLuv.

Banyak kelebihan menggunakan IntenseDebate ni. Kalau tengok screenshot di atas, komen IntenseDebate ni tampak lebih menarik berbanding komen default blogger. Boleh Reply sekali, tapi sekarang komen default blogger pun dah boleh. Cuma bezanya, dengan IntenseDebate boleh tinggalkan backlink automatik dengan aplikasi CommentLuv tanpa rasa bersalah seperti tinggalkan link di komen default blogger.

*Komen Default Blogger
*Yuyu Zulaikha komen tu wei. Korang hado? hehe..




Mungkin juga penggunaan IntenseDebate di blog yang ber'blogspot' kurang sesuai menyebabkan loading tu sedikit sukar atau lambat. Apa pun, aku dah berjaya tukar ke komen default blogger semula. Kalau tak jumpa juga butang komen tu lepas ni tak tahu la. hehehe.

Trimas buat semua yang rajin tinggal komen di sini. Bak kat Kak Mrs.yie,

'Sayang korang ketat-ketat erat-erat'

:D

Piala Thomas 2012 : Malaysia Mara ke Pusingan Kedua


Tahniah! Pasukan badminton Malaysia yang diketuai oleh Datuk Lee Chong Wei berjaya menewaskan Pasukan Korea Selatan dalam perlawanan petang semalam dan sekaligus mendahului carta Kumpulan D dengan keputusan 3-2

Screenshot di bawah adalah keputusan penuh perlawanan semalam di antara Pasukan Korea Selatan dan Pasukan Malaysia. Agak kecewa dengan Hafiz Hashim. Dua kali tewas dan dua kali Pasukan Malaysia menang tipis. Nasib baik double kedua, Kim Wah Lim dan V. Shem Goh menang. Semoga Hafiz Hashim dapat mengatasi badi kekalahan.


Jadual perlawanan petang ni pula, Pasukan Malaysia akan menentang Pasukan India dalam pusingan kedua kelayakan Piala Thomas. Semoga Pasukan Negara akan terus bersemangat dan berjaya mara ke pusingan seterusnya.


Jom tengok Thomas Cup ramai-ramai petang ni. Sama-sama kita menyokong Pasukan Malaysia walaupun realitinya peluang Malaysia untuk menang sangat tipis kali ini. huhu. 

Go Go Malaysia!


Jadual Perlawanan Piala Thomas & Uber: Tekan di sini.

Wordless Wednesday #21 : GBS!

Facebook Geng Blogger Sengal

Terima kasih Tok Ketua!

Attention:
Jika kesengalan anda melebihi paras normal,
anda patut buat medical check up di sini.

Serius.

Anda perlu bantuan pakar.

Senarai Pemenang Social Media Awards 2012, Tahniah!

Social Media Week Awards Winners
Pemenang dah kena announce kat website Social Media Awards 2012. Kredit untuk @anarmnet sebab notify pemenang kat twitter dan buat aku cek laju-laju senarai pemenang. hehe. So, here you go,


SENARAI PEMENANG SOCIAL MEDIA AWARDS 2012


Best Auto Blog

Best Business Blog

Best Celebrity Blog

Best CSR Blog

Best Education Blog

Best Entertainment Blog

Best F&B Blog

Best Gadgets Blog

Best Gossip Blog

Best Health & Well Being Blog

Best Innovative Blog

Best Lifestyle Blog of The Year

Best Music Blog

Best of The Best Blog of The Year

Best Photography Blog

Best Political Blog

Best Shopping Blog

Best Social Media Award - Public Agency of The Year

Best Social Media Business of The Year

Best Social Media Campaign of The Year-Malaysia

Best Social Media Campaign of the Year – International

Best Social Media Icon of the Year - International

Best Social Media Icon of the Year - Malaysia

Best Sports Blog

Best Travel Blog

Best Video Blog

Most Funniest Blog

Most Vocal Blog

Social Media Champion of The Year

Upcoming Blogger of The Year

Worst Blog of The Year
Bicara Mak Dara


Tahniah kepada semua pemenang, terutama sekali kepada kekasih gelap ku, Fatin Liyana (muahaha), role model untuk semua civil engineer yang bergelar blogger, abang Eqbal dan blog terbaik Malaysia, Denaihati.com.

Social Media Awards 2012 : Award Winners

Jom tekan Google +1 kat bawah ni sekali :D

(Video) Zero Atau KRU : Raja Lawak 6

Kumpulan Zero Raja Lawak 6
Video ni dari persembahan kumpulan Zero untuk Raja Lawak 6 minggu ke lima. Berlakon jadi kumpulan KRU konon-konon. Sumpah lawak walaupun harmoni lari-lari. hahaha. Dorang ni dari Sabah. Orang Kudat ba dorang ni. hehe. 

Ba, jangan di kasi lama, layan dulu ni vidio..

Whitney Houston Meninggal Dunia Pada Usia 48 Tahun

Whitney Houston dilaporkan telah meninggal dunia pada umur 48 tahun. Penyanyi yang popular dengan lagu “The Greatest Love Of All” dan I Have Nothing” ini ditemui mati di biliknya di Hotel Beverly Hilton, Beverly Hills. Punca kematian masih disiasat. 

Whitney Houston, 1963-2012

Blog Aku Anak Labuan Berwajah Baru!

Assalamualaikum.





Yoshhhhh. Hari ni berjaya edit interface baru blog Aku Anak Labuan. 

Well done Pamie!!

Seharian buat benda ni. haha. Sangat puas hati! Aku ingat nak buat header baru je tadi pagi. Alih-alih semua sekali aku tukar. Ini semua gara-gara jeles dengan header ala-ala Facebook Cik Pelangi. Sebab tak nak dicop meniru, aku buat lah header ala-ala Twitter dan sebab aku tak nak kalah, aku buat lah lagi advance edit terus semua jadi ala-ala interface Twitter baru. Ala-ala je la. hahaha.

Banyak betul ala-ala.

Ini adalah hasil kerja amatur. So, banyak lagi cacat-celanya. Lagipun aku tau sikit-sikit je pasal koding-koding ni. Dulu ada juga belajar, tapi setakat basic yang sangat basic la. huhu. Selain tu, banyak lagi yang aku dah integrate dalam blog ni. Semalam aku tukar komen default Blogger kepada CommentLuv. Jadi senang sikit nak reply komen korang dan boleh balas kunjungan sekaligus.

So, ok tak 'wajah' baru blog ni?

BEN ASHAARI : TIADA LAMA, TIADA BARU

Assalamualaikum.



Sudah agak lama aku tak join segmen dari blogger otai ni. Tahun lepas ada beberapa segmen beliau yang aku sempat join. Ok, untuk segmen Tiada Lama, Tiada Baru, kita kena senaraikan lima (5) buah blog baru dan lima buah blog senior. So, aku senaraikan,

Blog Baru

Mereka ni start blogging tahun lepas, so boleh dikira baru lagi la. Sama macam aku la jugak, even blog ni dah wujud sejak 2009, tapi baru tahun lepas aku aktif berblogging.

1. Mira Maisara (strawberiberi.blogspot.com)
- Bakal Nurse.

2. Firdaus (firdaushumphrey.blogspot.com
- Peminat setia Harimau Malaya dan Liverpool.

3. Adila Saddam (sayaadilaazizan.blogspot.com
-  Peminat Pelangi :)

4. Naiemah Ramli (noornaiemah.blogspot.com
- Header blog cantik secantik empunya.

5. Kak Nurul Ashikin (ffullhousestory.blogspot.com)
- Pendidik bangsa.


Blog Senior

Ini antara blogger senior yang aku salute dan sentiasa ikut perkembangan dorang. Banyak yang menarik perhatian blog dorang ni. Dari segi penulisan, kreativiti posting dan atur cara template blog. Semua menarik.

1. Eqbal Zack (www.eqbalzack.com)
- Blogger hebat yang bakal memegang gelaran Doktor Falsafah.

2. Eyriqazz (www.eyriqazz.com)
- Blogger otai dengan pengalaman blogging sejak 2003.

3. Khai (justkhai.com
- Aku memang minat dengan gaya penulisan founder Oh! Media ni. Start jadi reader blog ni sejak zaman belajar dulu.

4. DenaiHati (denaihati.com
- Blog yang sarat dengan ilmu.

5. Hanis Zalikha (inibelogsaya.blogspot.com
- Tulisan dia sempoi, aku selalu baca sampai habis. Tak pernah lompat-lompat.

6. Ben Ashaari (www.benashaari.com
- Mesti la ada sekali. hehe. Tulisan penuh dengan mesej kesedaran dan pengajaran. Beliau sangat sesuai dijadikan blogger role model masa kini. Setuju?


Siap. Kalau korang nak join sekali, boleh tekan sini.

Social Seeding Churp Churp Pertama Tahun 2012

Assalamualaikum.



Akhirnyaaaaaa...setelah berbulan-bulan menunggu, dapat jugak email Campaign Assignment dari ChurpChurp dan ini Social Seeding yang pertama aku dapat untuk tahun 2012. Dapat juga lah mengubati hati yang lara yang tak dapat-dapat Buffered Earning (BE) lagi dari Nuffnang. huhu. Sebenarnya ada juga dapat satu (1) BE awal bulan lepas, tapi BE tu jalan dalam 2,3 hari macam tu je. Dapat 10 sen. Lagi rendah dari iklan CPC. Hurmmmm...

Takpe. Abaikan dulu tu. Social Seeding yang aku dapat kali ni pasal Roadshow Samsung Galaxy Note. Antara smartphone Android yang terbaik di pasaran dan aku masih puas hati lagi dengan Samsung Galaxy S II. Untuk pengetahuan semua pengguna Galaxy S II, kita boleh update operating system S II dari Android 2.3 (Gingerbread) ke Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) bulan April ini. 

Ok, berbalik kepada Social Seeding. Kalau korang dapat assignment dari ChurpChurp, di bahagian Social Seeding tu akan keluar macam kat bawah ni.




Lepas tu, korang kena karang ayat ikut keyword(s) yang dorang bagi. Tak kisah la dalam Bahasa atau English. Kalau dah puas hati, klik send draft. Then, tunggu je la sama ada dorang approve atau tidak. Tapi, kebiasaannya memang kena luluskan, unless kalau ayat yang korang karang tu ada terlepas keyword(s) yang kena letak. Boleh tengok tutorial yang lebih jelas di sini.



Aku suka Social Seeding ni sebab komisen dorang bagi kat kita kira banyak la juga kalau dibandingkan dengan Social Sharing yang iklan per klik tu. Gambar di bawah ni antara kempen yang aku dah selesaikan tahun lepas. 



Kalau nak harap iklan Social Sharing je memang lambat naik la income ChurpChurp tu. Sama la dengan kempen CPC untuk Nuffnang, kena mengharapkan BE juga. So, kalau korang ada akaun Twitter dan berminat untuk jana pendapatan sampingan, boleh mendaftar dengan ChurpChurp di SINI.

Wordless Wednesday #20

*Comel..haha..