Blog Aku Anak Labuan Berwajah Baru!

Assalamualaikum.





Yoshhhhh. Hari ni berjaya edit interface baru blog Aku Anak Labuan. 

Well done Pamie!!

Seharian buat benda ni. haha. Sangat puas hati! Aku ingat nak buat header baru je tadi pagi. Alih-alih semua sekali aku tukar. Ini semua gara-gara jeles dengan header ala-ala Facebook Cik Pelangi. Sebab tak nak dicop meniru, aku buat lah header ala-ala Twitter dan sebab aku tak nak kalah, aku buat lah lagi advance edit terus semua jadi ala-ala interface Twitter baru. Ala-ala je la. hahaha.

Banyak betul ala-ala.

Ini adalah hasil kerja amatur. So, banyak lagi cacat-celanya. Lagipun aku tau sikit-sikit je pasal koding-koding ni. Dulu ada juga belajar, tapi setakat basic yang sangat basic la. huhu. Selain tu, banyak lagi yang aku dah integrate dalam blog ni. Semalam aku tukar komen default Blogger kepada CommentLuv. Jadi senang sikit nak reply komen korang dan boleh balas kunjungan sekaligus.

So, ok tak 'wajah' baru blog ni?

0 Comment(s):

Post a Comment

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share