Esok puasa la!

Assalamualaikum.




Cukup seminggu tak update blog. hahaha. Dapat jugak tengok 'kebenaran' trafik ke blog picisan aku ni kalau tak update. hehe. Ada hari yang page view '0' la. kekeke. Rasa macam dah malas dah ni nak update blog. Nak mintak suntikan semangat, kongsi-kongsi BE ke. hahaha.

Anyway, selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam. Semoga Ramadan tahun ini lebih sempurna berbanding yang sebelum ini.


SELAMAT BERPUASA! 


Wordless Wednesday #6

Assalamualaikum.




What a day....



p/s: Kebakaran di Labuan. I can't find better description for this, so I put it under #WW and ya, sorry for leaving this blog without new entry. hehe. Soon, wait aaaaa... Peace!


Takde mood nak update blog....

Assalamualaikum.

*Klik image untuk paparan lebih jelas


Rasa annoyed gila bila buka blog hari ni. Asal buka je mesti keluar benda ni. Refresh banyak kali pun keluar benda ni balik. Preview entri ni pun keluar benda tu. 

Apa benda windows Authentication Required ni??

Mood: tadak mood la....

Dilemma

Assalamualaikum.


*Saya adalah seekor sugar glider yang comel


Seperti tajuk entri yang aku suggest, aku seriously dalam dilemma sekarang. Sekarang ni aku ada dua pilihan dan kena pilih satu la. Tapi, aku tak tau nak pilih yang mana. Macam burung tu la, nak terbang ke, atau duduk je atas tangan aku? hurm. Ok, macam ni. Dulu aku pernah post kat entri yang aku happy tahap gaban bila dapat surat tawaran sambung belajar ke peringkat Master dari UTM. Klik sini untuk tengok entri. Sepatutnya kena daftar bulan September ni, tapi selepas perbincangan panjang ngan famili, aku tangguh dulu pendaftaran ke semester dua sebab tak banyak masa nak cari scholarship masa dapat offer letter tu. Jadi, kena daftar bulan April tahun depan la pulak.

Tapi, sekarang ni bila fikir-fikir balik, berbaloi atau tidak aku sambung master tu. Banyak yang cakap, market untuk graduate engineering sekarang makin kecil kat Malaysia ni. Jadi, alang-alang dah dapat kerja elok ni, bagus aku terus je kan. Lagi pun, mungkin dapat better job lepas ni di salah sebuah engineering firm yang dah established di Labuan ni. Kalau confirm dapat tu, mungkin tangguh lagi la untuk sambung master tu. Kalau tak dapat pun, next year, bos ada perancangan lain dan aku memang suka perancangan bos aku tu. huhu. Conclusion dia, memang tangguh lagi la master tu, tapi sayang pulak.

Jadi, option mana satu yang aku patut aku pilih? Further study atau terus kerja? Master tu memang dah lama dalam perancangan nak sambung, sebab banyak lagi yang nak kena belajar ilmu engineering ni. Dari design sampai la management, semua kena hebat. Baru la dapat jadi engineer awesome macam nana (bukan nama sebenar) atau Jamal. Kalau tak sambung pun, boleh dapat melalui pengalaman. Tapi, better dalam usia muda ni sambung ke master selagi bujang. Kalau dah kahwin nanti, susah pulak, betul tak sirap? ecece. 

Tapi, tu la.... haish, pening la... pening... pening...

Tengok nanti bila dah confirm dapat job tu, then baru buat final decision. huhu. Sebelum tu nak ucap TRIMAS buat bro Yousof sebab sudi bagi sticker yang SERIOUS AWESOME macam kat bawah ni. hehehehe.




Korang semua, SERIOUS AWESOME!

Assalamualaikum.


*Aku nampak comel macam budak ni bila aku rehat lepas balik kerja. lalala~


*Entri ringkas je.

Hai hai! Sejak akhir-akhir ni, bertambah sibuk dari kebiasaan. Balik rumah je, terus 'merehatkan' diri. huhu. Jadi, nak MINTA MAAF  banyak-banyak kat member yang biasa tinggal komen di shoutbox dan entri sebab dah jarang-jarang dapat balas kunjungan. Entri pun dapat publish sekali sehari je tak macam dulu-dulu. Tu pun biasa update malam. Sorry guys. huhu. Pagi ni, dah blogwalking hampir ke setiap member yang rajin tinggalkan komen kat blog picisan aku yang takde apa-apa ni. Anyway, THANKS GUYS! Korang semua..


SERIOUS AWESOME!!



p/s: Memerlukan cuti selama seminggu untuk refresh, huhu..


Wordless Wednesday #6 (Sebelum & Selepas)

Assalamualaikum.


SEBELUM


SELEPAS



Motif? Faham-faham je la. hahahaha.


Samsung Galaxy S II Review #2 (Features and Design)

Assalamualaikum.




Salam guys! Minggu lepas saya dah buat first review untuk Samsung Galaxy S II, klik sini untuk tengok. Tapi tu baru pengenalan macam mana nak dapatkan gadget ni dari maxis. Entri kali ni baru yang betul-betul punya preview untuk features and design. Next review, based on specifications


Let's begin..lalalalalalalalalalala~~

Kalau korang tengok Galaxy S II ni, dia punya display memang besar gila iaitu 4.3" WVGA dengan skrin Super Amoled Plus. So, kalau korang memang yang minat main games kat handset, memang puas hati la kalau jadikan Galaxy S II ni dalam senarai gadget korang. Nanti, saya senaraikan pula Top Games on Android. Selain tu, Galaxy S II ni datang dengan dimensi 125.3 x 66.1 x 8.49 mm (nipis ooooo) dan berat 116g. Seterusnya, korang layan je gambar kat bawah ni, untuk entri review pasal design ni saya tak mampu nak buat penerangan panjang-panjang tapi korang boleh tengok overview keseluruhan gadget ni melalui gambar banyak-banyak kat bawah ni. hehehe.


*Pandangan depan


*Pandangan belakang


*Pandangan sisi


*Pandangan atas


*Pandangan bawah


Selain rekabentuk yang menarik, Galaxy S II ni comes with kamera belakang 8MP dengan LED Flash, kamera depan 2MP dan Video Full HD (1080p). Memang puas hati untuk ambil gambar dan video. Gambar yang last sekali dalam entri ni saya tangkap menggunakan Galaxy S II. Selain tu, Galaxy S II datang ngan memori dalaman 16GB dan ada slot untuk kad memori micro sd.


*Kamera belakang 8MP


*Cover belakang


*Slot untuk memori kad micro sd


Ok, sini saya buat sedikit overview comparison features Samsung Galaxy S II dengan Apple iPod Touch.


*Beza skrin Samsung Galaxy S II dan Apple iPod Touch


*Beza ketebalan Apple iPod Touch dan Samsung Galaxy S II


*Captured with Samsung Galaxy S II


So, sebagai wrap up untuk review features and design, Galaxy S II memang yang terbaik di pasaran untuk peminat handset jenis touch screen dengan sistem Android. Skrin besar, body nipis dan ringan. Jadi, kalau korang berminat nak beli smartphone hari ini, I would suggest korang untuk beli yang ini. Sebabnya, Galaxy S II ni....

SERIUS AWESOME!



p/s: Sori tak banyak penerangan dan tulisan banyak 'rojak'. hehehe. Tapi, dari gambar yang banyak-banyak kat atas ni, korang dah dapat bayangkan feature ngan design gadget ni camna kan? huhu. Review lepas ni pasal spec, tu boleh la taip banyak sikit. Peace yall!

SERIUS AWESOME!

Assalamualaikum.

Korang pernah dengar budak main gitar akustik yang bila dia petik bunyi gitar tu macam ada 3 biji gitar tengah main? Complete bass ngan lead. Kalau tak percaya, cuba tengok video-video kat bawah ni. Ce tengok, ce tengok.

SERIUS AWESOME!



Grenade (Bruno Mars)






*Ini pun published post. hehe. Masa ni on the way balik Labuan dah kot.

Terima Kasih Banyak-Banyak BOS!

Assalamualaikum.




Sebelum ni aku ada post yang aku ganti bos sebagai Project Manager kan. Kalu tak tau, tengok sini. Dalam dua minggu ganti bos tu, aku dapat belajar banyak la dari peringkat management. First experience la handle situasi macam ni. Alhamdulillah, semuanya lancar. Walaupun agak kelam kabut aku handle. haha. Ada tiga projek. Semua aku kena monitor. Letih yang amat. Tapi berbaloi dan aku puas.

Semalam, bos dah balik. So, aku brief la dia sikit-sikit apa yang dah kami buat. Semua projek, alhamdulillah, still ahead ikut jadual CPM. Sekarang ni tunggu nak concreting lagi. Supplier konkrit takde stock simen buat masa ni. So, terpaksa tangguh dulu la concreting. Tapi, tu takpe, yang penting semua dah ready.

Jadi, apa kaitan semua ni dengan gambar plastik yang ada nama aku tu? Itu buah tangan yang bos aku bawak dari Tanah Suci. Dalam tu, ada manis-manisan, kopiah dan senaskah al-Quran. Terharu aku. huhu. Terima kasih bos!



p/s: Kerja kena ikhlas, baru senang hati dan jadi JURUTERA AWESOME!




*Ini published post. Aku dah kat kampung time ni. Kalau sudi tinggal-tinggalkan la komen yer. hehe.

Bila Sombong Tak Bersebab..

Assalamualaikum.

Apa pendapat korang kalau ada la member korang mana-mana yang berlagak hebat tapi takde la hebat mana. Matematik SPM pun fail tapi bila dah dapat masuk kolej, berlagak macam bagus sangat. Seriously, aku tak berapa suka nak layan orang-orang macam ni. Tapi, kena la jaga hati dorang jugak. Sebab, kadang-kadang orang-orang yang berlagak bagus ni, mulut bau longkang. Daripada kena kutuk di belakang, layan je la dengan hati yang 'ikhlas'. huhu.

Seriously, hati pedih sekarang ni. Tolong la jangan cakap besar melampau-lampau. Kan lebih baik merendah diri. Kalau ada tapis-tapis lagi takpe la jugak, ni sampai nak bragging macam nak bagi tau satu dunia yang dia bagus sangat. Belajar semua guna 'inglish' kononnye, cakap ngan member kat kelas pun guna 'inglish', tapi bila aku testing sikit dah tak mampu nak jawab..


tuuuut, tuuuut...clicked!

"Hello ****l, where are you right now?"

"haaaaa?"

"I said, where is your exact location at the moment?!"

"haaaaaaaaaaaaaaaaa?"

"Ko kat mana la? Kata hebat speaking"

"......................................"

= = =


Hurm, ok lah, ok lah, kau memang HEBAT!!


*Tangan di dada, mata ke atas




p/s: Tolong la jangan bangga diri melampau sampai orang lain sakit hati. Sombong tak bersebab. Isk!

"Hai, nama saya Pamie. Boleh berkenalan?"

Assalamualaikum.



Nampak jelas tak screen shot kat atas ni? So, ini entri susulan untuk menjawab soalan pak tua aka si sirap tu. hehe.

Sebenarnya, takde apa-apa makna pun '3' tu. haha. Dulu masa nak buat nama blog ni, dalam tahun 2009, aku tak tahu nak letak apa mula-mula. Disebabkan masa tu kira zaman budak hingusan lagi walaupun umur dah doplodua, aku buat blog pun saja-saja untuk aku update pasal personal je. So, aku ingat nak letak nama panggilan aku je... pamie, jadi pamie.blogspot.com la lebih kurang. Tapi nampak macam bosan la pulak. Omputih kata, LAME. hahaha.

Tengok orang lain punya blogspot address yang guna nama panggilan lawa je. So, aku tukar lagi pamie tu ke pami3 jadi macam sekarang la pami3.blogspot.com. Nampak menarik sikit. Ye tak? Lagipun, bukan ke bentuk angka '3' tu lebih kurang macam huruf rumi 'E' yang diterbalikkan? haha. Sila gelak ramai-ramai. Nak letak panjang-panjang memang malas. Cuba tengok ni.

PAMI3

Simple je kan? Keyboard pun senang nak taip. Huruf-huruf yang nak ditaip untuk nama aku tu betul-betul atas jari-jemari bile korang letak jari atas keyboard. Jari kiri mesti di posisi paling hampir dengan butang huruf A, jari kanan pula paling hampir dengan butang P. Ce cuba, ce cuba. Kalau tak pun, tengok contoh kat bawah ni..


*haha. Fine. memang huduh lukisan ni. haha. Belajar dengan bro alif la nanti. hehe


So, dari situ le nama pami3 tu timbul. hehe. Ok, cukup dah ni. Selamat malam. Ouh, sori jugak akhir-akhir ni banyak guna kata ganti diri 'aku'. Skema sangat la guna 'saya'. hehe. Peace!



p/s: Macam mana sirap? Terjawab tak soalan ko tu? hehehe


Terima kasih!

Assalamualaikum.

Hallo peeps! Hari ni hari rabu bersamaan 13 Julai merupakan hari istimewa buat aku. hehehe. Oleh kerana cha sound aku sebab tak kasi tau yang hari ini hari jadi aku, so aku announce la bahawasanya hari ini 13 Julai adalah hari jadi aku yang ke 24. kahkahkah. Muda lgi ke dah tua ni? Tapi, aku dah bagi hint kot dalam entri kat bawah ni. lalalalala~

Hari ni juga aku busy lebih. cisss! Dah tau aku bufday asal tak bagi can aku rilek sket. haha. Anyway, dalam jam 10.00 pagi macam tu aku dapat call..


"Assalamualaikum wang"

"Waalaikumussalam"

"Selamat hari jadi, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Nanti tengahari jumpa, mama belanja.."

"Bha. Terima kasih ma sebab bersusah payah melahirkan dan membesarkan aku sampai badan besar macam ni. Saranghaeyo mummy. muahhhhhhh"

*wang tu penuhnya awang. nama manja aku dalam famili. wakaka.


Ok, cukup sesi dialog kat situ sebelum aku tambah jadi lagi mengarut. So, tengahari tu aku jumpa mak aku then dia tanya aku nak makan apa, aku cakap la soto makasar kat tempat biasa. Serius aku memang mengidam nak makan ni dari 2 minggu lepas. Tapi disebabkan kekangan masa dan kesibukan kerja, terpaksa ditangguhkan sehingga la hari ni. hahahaha. 


*Even stall kecik je, soto ni memang sedap! Terliur wa kata sama lu. 


Then, aku lepak kat kedai mak aku sebelum sambung kerja siang tadi. Belah petang tadi mak aku tanya lagi, malam ni kita makan special sikit la. Beli satay kat tempat biasa. Kalau di Labuan ni, kitorang biasa beli di Medan Selera sebab ada satu gerai ni, satay dia sedap. So, makan malam tadi kami makan special sikit dari dinner malam-malam sebelum ni. Meraikan birthday boy orang kata. Lagi pun aku seorang je anak lelaki harapan dalam famili. So, special lebih la banding adik beradik lain. hahahaha.


*Sedap jugak


Kesimpulannya, aku dapat makan sedap dua kali hari ni. Boleh tambah stok lemak lagi hehe. By the way, terima kasih banyak-banyak kepada semua member yang wish birthday aku guna message, kat wall facebook dan kat blog hari ni. Korang semua, SERIOUS AWESOME!!



p/s: Sori entri tak best. hahaha.



Wordless Wednesday #5

Assalamualaikum.


'Thanks for the wish' in advance. hehe.



Open In Case of EMERGENCY!!

Assalamualaikum.


*Gambar menggunakan kamera 8MP Samsung Galaxy S II


Orang tua dulu-dulu selalu kata...


"Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"


Perumpamaan ni paling common dengan sifat menabung. Tapi tak semestinya melibatkan duit je kan. Banyak lagi yang kita kumpul dalam sedar tak sedar. Sebagai contoh, dalam alam pekerjaan, kita mengumpul pengalaman sedikit demi sedikit. Kumpul banyak-banyak sampai jadi bukit la orang kata. Start dari kita kerja 'merangkak-rangkak' sampai la naik pangkat berkali-kali.

Blogging ni pun kita ada juga kumpul-kumpul ni. Korang perasan tak? Kita mengumpul followers. hahaha. Dari takde follower sampai la dapat kumpul follower beribu-ribu macam sirap tu. *Aku sebut nama ko lagi sirap. haha. Selain tu, kita kumpul 'member-member' di alam maya ni, semuanya hanya through blogging. Mula-mula rajin tinggal komen kat entri atau shoutbox, lepas tu communication dua hala akan terhasil regardless of geographical border. Aktiviti berbalas-balas komen akan berlanjutan sehinggalah masing-masing akan selalu datang melawat blog masing-masing. Dari situ, terhasil la ikatan persahabatan di alam maya ni. *Uish, ayat aku. haha.


*Ok, ni part touching sikit...

Terima kasih buat semua member yang rajin komen kat blog ni, walaupun blog aku ni takde apa sangat pun. Merepek je banyak. But still, korang rajin datang 'memeriahkan' trafik blog aku yang nak sampai 100UV pun payah-payah dalam satu hari. haha. 

Terima kasih banyak-banyak buat Jamal, Saleh aka syrupmasin , Alif Haris, Bro Syuk, Cha, Yana, JijahAnis kecik, Kak No, Anak Wak Mail, Zwan Sabri, Firdaus, TerbelogYousof, Kak Niena, Pelangi, Abg Teror, bro ammboi, Ammar, Kak Jiejah dan ramai lagi la sebab sudi dan rajin singgah blog biru murahan ni. Minta maaf banyak-banyak juga kalau saya dah jarang-jarang balas kunjungan dan tinggal komen di entri atau shoutbox anda. Makin busy la. huhu.

Korang SERIOUS AWESOME!


p/s: Thanks!! Saranghaeyoooo

Widget Follower dah datang balik!

Assalamualaikum.

Finally, widget follower dah muncul balik. Dalam dua tiga hari ni widget follower main sorok-sorok pulak kan. Tapi, korang perasan tak widget follower ni dah bertukar rupa? Bagi pengguna widget follower blogspot lama, interface widget follower tu dulu macam kat bawah ni...


Widget Follower Lama
*Penampilan istimewa bro Alif Haris dan Terbelog di sini. hehehe.



Sekarang ni, google dah selaraskan widget follower blogspot yang lama ni dengan widget follower blogspot yang baru. Tengok beza kat butang follow tu. Senang juga la hati sebab widget ni dah muncul. Betul tak sirap? ecece. Sila follow beliau, sikit lagi tu angka follower dia nak jadi 2500. Empat orang je lagi *buat masa entri ni ditaipFollower ke 2500 akan dapat penampilan istimewa di blog cerite budak gemOOk. Boleh tak sirap? Pandai-pandai je aku. hahahaha.


Widget Follower Terkini


Ok, tu je. Malam karang sambung lagi. Kerja o kerja.....

Peace yall!


p/s: Terima kasih banyak-banyak buat semua yang sudi follow blog ni dan juga member-member blogger yang rajin gila komen kat entri aku yang tah pape. Saranghaeyooooo! kahkahkah!

Samsung Galaxy S II Review #1 (Maxis)

Assalamualaikum.




Hello peeps! Sebelum ni aku pernah sebut nak buat review untuk gadget kat atas. So, artikel ni sebagai 'kickoff' la untuk review Samsung Galaxy S II. Sebelum tu korang tengok dulu entri yang ini. Tapi dalam entri ni aku belum masukkan review lagi. Baru nak cerita macam mana nak dapatkan gadget ni. Untuk pengetahuan, gadget ni baru je masuk pasaran Malaysia dalam penghujung bulan Jun.

Kalau beli kat kedai handset, retail price untuk gadget ni adalah RM2099. Tapi, korang boleh dapat gadget ni dalam harga yang lebih rendah di Maxis Centre dengan syarat korang sain kontrak untuk pakej maxis. Korang boleh check out kat laman web maxis untuk maklumat lanjut.


*Klik pada image untuk direct ke page maxis


Firstly, korang pergi ke laman web maxis. Kemudian pilih devices, dan diikuti dengan Android untuk Samsung Galaxy S II. Selain Android, ada tujuh lagi pilihan lain iaitu iPhone, iPadBlackBerry, Nokia, Windows Phone, dan Tablets.
*Aku pilih Android


Kemudian, korang boleh la pilih gadget ikut mana yang korang berminat kat dalam ni. Boleh tengok full specifications sekali di page ni. Tak perlu lagi susah-susah nak google. Selain tu, boleh cuci-cuci mata sekali tengok device yang lain. hehehe. Klik sini untuk tengok full spec Samsung Galaxy S II.
*Pilih mana satu yang korang nak


Ini features yang buatkan aku berminat untuk angkat Samsung Galaxy S II ni. Dual-core 1.GHz processor dengan Android OS v2.3 (Gingerbread) yang paling latest!! Memang takde lagging. Perfomance laju... Ops, nanti sambung kat dalam artikel review seterusnya.


Ini adalah harga yang ditawarkan oleh maxis untuk Samsung Galaxy S II ni. Ada tiga pakej yang ditawarkan oleh maxis iaitu 12 bulan, 18 bulan dan 24 bulan. Aku ambik 18 bulan punya pakej. Memang puas hati kalau bukak blog dari Galaxy S II ni. hehe. Laju je. Sangat puas hati.


So, kalau berminat sekali, boleh try usha-usha di maxis centre berdekatan. Kalau nak yang lain, boleh tunggu iPhone 5 kat market Malaysia ataupun Samsung Galaxy S III hujung tahun ni. Peace!













p/s: harap-harap la maxis approve maxis10 reviewer aku tu. dapat review HTC, BB Torch ke. haha.

Kenapa banyak blogger famous hot pasal trafik blog hari ni?

Assalamualaikum.


*What??


Korang perasan tak, hari ni banyak blogger famous buat entri panas pasal trafik iframe? Tengok kat sini, sini dan yang paling panas, entri yang ini. Cikgu Wan pun ada buat entri berkaitan ini. Tengok sini. So, aku pun macam....

"What?? Ok, boleh jana trafik haram guna iframe macam ni rupanya..."

Patutlah, kalau tengok setiap jam visitors online sampai berpuluh-puluh. Kalau macam Cik Epal, atau bro Ben Ashaari, takpe la jugak. Entri banyak dorang yang taip sendiri dan yang penting hasil olahan idea dorang sendiri. Visitors online beratus-ratus setiap jam pun, orang tak kisah. Sebab tengok kat komen yang datang untuk satu entri pun dah beratus-ratus. Logik la jugak. *jeles ok. hehe*  Tapi, kalau entri pun banyak copy paste, visitors online berpuluh-puluh, tapi komen tak sampai 10 untuk satu entri tu nak jawab macam mana?

TAK LOGIK.

Ok, tak boleh la nak kondem banyak-banyak sebab aku pun kira hijau lagi dalam dunia blogging. Walaupun dah daftar blogger dari 2007 lagi, pengalaman dari blogging tak banyak. Sebab dulu blog totally personal, update sendiri, baca pun sendiri. hahaha. Banyak jadi silent reader je. So, kurang arif lagi pasal trafik-trafik ke blog ni. Lepas berdaftar ngan nuffnang hujung bulan Mac tahun ni, baru ambil tahu pasal trafik-trafik ni sebab nak dapatkan BE. hehe. Tapi, jana trafik ke blog guna kaedah tradisional lagi. Blogwalking.

So, kalau nak jana trafik pun, buat la dengan cara yang berhemah, baru orang lain tak hentam. Peace!


p/s: Ouh, tak buat review Samsung Galaxy S2 lagi ni. hahahaha.

Aku testing karok lagu Yesterday...haha!

Assalamualaikum.

Ini adalah respond kepada entry syrupmasin yang ini. hahaha. Kalau nak karok, karok kat kbox je. Tidak lah menganggu insan-insan lain. hahaha.

Kalau tak sedap dan video gelap sangat, senyap-senyap je. Gua bukan penyanyi dan ambik video pun pakai handphone je. hehe.

Selamat Hari Ahad!




*Sori, upload video yang gelap. Saje je. Privacy. kahkahkah. Peace!

Aku nak claim OT 7 jam hari ni! haha!

Assalamualaikum.



Penat. Bye. Jumpa esok.


Betul ke keputusan aku ni??!!

Assalamualaikum.


*Before


Hai peeps! Terima kasih sebab melawat blog picisan dan baca entri ni. Sori sirap selalu lambat publish post. haha. Sebelum tu, korang dah baca entri yang ini tak? Tolong baca cepat-cepat. haha. 

Ok, berhubung tajuk entri, pernah tak korang dalam situasi yang memerlukan korang untuk buat keputusan drastik? Tapi sebelum sampai ke final decision tu, korang kena create pelbagai option untuk sampai ke situ. Ambil contoh untuk sebuah kiub rubik, korang kena fikirkan pelbagai kaedah untuk pastikan keenam-enam warna untuk kiub tu sama. Kiub rubik ni korang boleh pusing-pusing macam-macam cara, but it only lead you to one conclusion...


*After


One solid conclusion.


Apa pun keputusan yang korang kena buat, korang kena yakin dengan diri sendiri. Untuk membina keyakinan diri tu pulak, korang kena ada determination. Sebagai contoh, kalau korang buat satu entri, sebelum PUBLISH POST tu, mesti korang tekan PREVIEW tu dulu kan? Sampai la puas hati baru klik publish post tu. Tukar-tukar ayat sikit, tengok mana-mana spelling yang salah, atau kalau ada perkataan yang kena backlink, kasi link lagi. Tak kira la berapa kali preview, asal puas hati, then publish. haha.

So, semua tu berbalik kepada bagaimana korang buat keputusan. Macam mana outcome yang korang nak. Dari determination tu, lahirlah sebuah keputusan. Keputusan yang akan pastikan di mana letak duduk anda. Betul atau tidak keputusan tu. Boleh diterima atau pun tidak, dan ke mana keputusan tu akan bawa korang. Semua tu lahir dari single decision yang korang buat. So, fikir masak-masak sebelum buat keputusan muktamad tu, walaupun tidak penting sangat, tapi kemungkinan impak dia boleh 'makan' anda di kemudian hari.

Sekian.


p/s: Dalam seminggu ni banyak buat keputusan. Biasa bos besar yang bagi arahan kat orang bawah. Disebabkan ganti bos, semua keputusan ngan target goal aku kena buat sendiri. Risau jugak ni.

Aku happy gila hari niiieeeeeeeeeee!

Assalamualaikum.

Hello world! hehe. So, macam mana aktiviti korang hari ni? Sibuk? Separa sibuk? Sibuk sangat-sangat? atau sibuk ngan Facebook je. haha. Hari ni aku sibuk sikit kat office. Pagi, pergi pusing-pusing ke tapak pembinaan, then balik office sambung kerja paperwork sampai ke petang. Hari ni kena buat laporan bulanan untuk meeting nanti. Setiap 7hb kena close report. So, esok atau lusa dah kena hantar report tu ke consultant.

*Ok, habis part kerja. Petang tadi dalam jam 4, dalam kesibukan buat editing CPM dan S-Curve untuk report, tiba-tiba dapat satu call dari seorang amoi ni bawa berita yang TERSANGAT-SANGAT BAIK.

= = = = =

*Berikut adalah dialog antara kami..


"Hello. May I speak to Fahmi Mustakim?"

"Ya, speaking."

"Ok. I'm calling from maxis. This is regarding the contract you signed last week."

"Ooo, ok..."

"Ok hoo. Here, I got good news for you aaaa. The stock arrived already and available for you now. When do you want to pick it up?"

"For real? I go to your place now! Yesssss!"

"Ok. We just wait for you then."

"THANKS!"


*Actually, kami cakap dalam bahasa jerr dan bahasa amoi tu takde la pelat. Tapi aku saje je tulis macam ni. hehehehe*


= = = = =

Seriously, aku sangat-sangat la happy hari ini sebab barang yang aku idam-idamkan ni dah sampai! Baru sempat godek-godek sikit sebab nak update blog dulu. But one thing for sure, barang ni SERIOUSLY AWESOME macam header blog ni. hahaha. Nak tau apa 'benda' tu? Klik Read More...



Wordless Wednesday #4

Assalamualaikum.


Saya comel.



Halamak! Aku kena ganti bos dowh!

Assalamualaikum.


*Jadi bos kena ada lead-er-ship


Sebelum tu, nak mintak maaf lagi kat member-member blog sebab macam dah empat hari kot tak blogwalking. Makin hari makin penat dowh. Apesal kerja makin menimbun ni? hadui. Tapi sebagai pekerja yang rajin dan bertimbang rasa, terpaksa la tanggung semua tu tanpa banyak komplen. Bos besar takde dalam dua minggu ni, so disebabkan bos takde, saya terpaksa ganti tempat bos sebagai Pengurus Projek dan pastikan semua projek berjalan lancar. Serious menggigil. Sorry guys. huhuhu.

So, what is it with LEADERSHIP? Kalau student, korang buat projek, group assignment ke, mesti ada leader kan? Then, leader tu akan agih-agih tugas untuk projek tu. Lepas tu untuk report, kalau hostel jauh-jauh, report tu send pakai skype atau google talk ke, send ke leader, pastu update status kat facebook. "Yeah, my part is done!" Kalau tak puas hati kat member yang lambat buat part dia. "Woi, siapkan la cepat, esok nak hantar dah ni. B**i betul la." Ada ke? Kahkahkah.

Di rumah pun ada leader. Siapa? Your dad. Betul? So, setiap hal kena ada leader. Baru boleh jalan. Ok, the thing is, kalau leader ni muda macam mana nak tackle orang-orang yang kat bawah, yang rata-rata jaaaauh lebih tua dari si leader ni? hoho. Takpe la kot. Adat bekerja la tu kan? Terai je la. Up to this date, still ok lagi. Semua bagi kerjasama yang baik untuk leader yang masih di tahap budak baru belajar ni lagi. Siapa? Aku laaaaaa.

Kesimpulannya, kalau kerja hati tak happy, nak jadi leader pun takde semangat. So, kerja kena la ikhlas. Belajar pun kena ikhlas. Semua kena ikhlas. Kalau tak ikhlas, rezeki tak datang. ehhhhh, dah jauh merepek ni. ecececece, bak kata sirap. haha. Kalau korang jadi leader, kena la jadi leader yang buat keputusan ikut logik dan kalau tak dapat buat keputusan, ambil idea dari orang bawah. Teamwork is priority. Kalau leader main hentam je, macam mana orang bawah nak respect. Betul tak? Bina kepercayaan dorang. Then, dorang akan hormat korang sebagai leader. Cewaahhhh. Doakan saya dapat buat yang terbaik sepanjang bos takde ni. huhu.

That's all.


p/s: Entri ala-ala berpengajaran sikit. Boleh tangkap tak pengajaran tu? haha.

Ranking Alexa selepas 3 bulan aktif blogging

Assalamualaikum.

Kali nak buat entri macam abg ben selalu buat tu. Walaupun, ranking blog ni umpama langit ngan bumi compare to blog dia, or blogger-blogger lain yang selalu komen blog ni. Yes, anda. hehe. Saya tak kira, nak letak jugak. 

So, ini adalah kedudukan terbaru blog saya dalam Alexa selepas lebih kurang tiga bulan kembali aktif berblogging. Ranking Malaysia tu asyik turun naik je. Kalau korang nak tengok korang punya ranking, boleh tengok kat website Alexa.




p/s: lagi dua minggu, tunggu lagi dua minggu....S2 come to papa!

Pentingnya Ilmu Pengetahuan buat Manusia

Assalamualaikum.


*Ilmu pelita hidup


Hey there guys, sori malam semalam takde post entri baru. Tidur awal semalam. hehehehehe. So, we begin this entry with a quote from the father of modern physique and the creator of E=MC2.

"Education is what remains after one has forgotten what he learned in school"
                                                                                                        - Albert Einstein


True right? Begitu la pentingnya ilmu bagi manusia. Tidak semestinya ilmu tu yang anda dapat melalui pembelajaran secara formal, yakni pembelajaran di sekolah-sekolah sehingga la ke peringkat Universiti. Banyak lagi cabang ilmu yang lain yang boleh diperolehi secara tidak formal dan bukan melalui teks sebagai contoh yang paling dekat, ilmu memasak, ilmu seni mempertahankan diri, ilmu ghaib dan, ilmu main congkak dan lain-lain la. Ilmu tu akan berkekalan dan dibawa sampai ke penghujung usia.

Blogging ni pun kena ada ilmu jugak. Ilmu dalam menghasilkan entri dan gaya penulisan yang berkualiti, dan banyak lagi. You just name it. Andai kata, anda belajar secara formal di peringkat tinggi, Sarjana Muda, Sarjana, atau Doktor Falsafah dalam apa-apa bidang, itu adalah bonus bagi anda bak kata pepatah lama....

'Tuntutlah Ilmu sampai ke negeri China'


Kejar la ilmu selagi mampu. Even, kalau dapat course yang anda dapat bukan yang anda minat, teruskan saja. Rezeki ada di mana-mana. As long as, anda rajin dan tidak cepat mengalah. Kalau bercerita pasal saya, some of you should have notice my profile, which I mention yang kini saya bekerja sebagai Jurutera Projek atau dalam omputehnye Project Engineer. Honestly, itu bukan apa yang saya impikan masa bersekolah dulu. Malah, bidang kerja Engineer pun saya tak tahu dulu. Hatta, subjek Fizik yang wajib untuk bergelar jurutera tu pun saya kurang minat. Bukan tak minat, kurang minat. hehe.

Sampai satu peringkat, saya berjumpa pengetua sekolah untuk drop subjek Fizik untuk SPM dan digantikan dengan subjek Prinsip Akaun. hahaha. But in the end, masa SPM saya ambik juga balik subjek tu dan alhamdulillah, saya masih tersenarai dalam Pelajar Cemerlang SPM untuk tahun tersebut. Seterusnya, diterima masuk ke Kolej Matrikulasi dan kemudian melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPTA di Pahang dan kini bekerja sebagai Jurutera di Labuan. Style tak? haha.




So, kalau seseorang tu dah ada goal dalam hidup, minat tak minat dah tolak tepi sebab sekarang cuma pasang goal yang baru dan aim for it sahaja. Kalau rasa tak cukup lagi ilmu tu, go for master's degree macam saya atau timba lagi pengalaman banyak-banyak. Kalau dahagakan ilmu lagi, ambik lagi PhD macam bro Eqbalzack. So, the thing is, in life, kita cuma perlu pasang goal dan try to achieve it. Saya tidak kata yang saya bagus and all that. Tapi, kalau anda bermula dari bawah, you will somehow say something like this. Kalau anda kena buang mana-mana pun, anda kena bangun juga. Right? The same thing applied here.

Macam yang saya tulis sebelum ni dalam entri Bro Eqbalzack follow blog saya tu, (and yeah, dia komen sekali dowh entri tu. hahahahaha) saya masih berpegang pada prinsip...

"Put a goal in your life and career, and try to achieve it real hard!"

Sekian.



p/s: Amacam entri ni, ok tak? huhu. Sori entri panjang kali ni. Sebabnye eksaited dapat 2 BE baru! hahahahaha. Kena ikut style cha, senyap-senyap je dapat BE. Peace yall!

Hormati lah pengguna jalan raya yang lain...

Assalamualaikum.




p/s: Berhati-hati di jalan raya, terutamanya kalau anda berselisih dengan driver gila. =.=

(Entri Spesel) EQBALZACK follow blog aku wei!!

Assalamualaikum.

Malam tadi macam biasa blogwalking ke sana sini mencari member-member. huhu. Walaupun blogger bermasalah semalam, sempat juga blogwalking. Tapi dapat tinggal komen kat shoutbox je la. Tinggal komen kat latest entri tak dapat. BAD REQUEST ERROR 400 yang keluar. Ceissssssssttttt. Anyhow, dapat juga update satu entri baru semalam. Gumbira rasanya hati. hahahaha. Ok, skip that part sebab dah dapat sign in ke blogger.

Ok, ni cerita baru pulak. Nampak tak title entri ni rakan-rakan? Saya ulangi dengan tulisan caps lock dan ber'bold', NAMPAK TAK TITLE ENTRI NI RAKAN-RAKAN?? hahaha. Dengan riak dan bangganya nak cakap, blogger hebat tu follow blog aku weiiiiiiiiiiii. hahaha. Blog ni dah la biru, silau pulak tu. Isi takdak. Kopi sebelah ni je yang best. Tapi, beliau sudi juga tekan butang follow tu. huhuhu. Terima kasih encik Eqbal Zack!