Assalamualaikum.
Tiba-tiba keluar pasal artis kat blog picisan aku ni. haha. Sekali sekala, tapi ini cerita panasssss. Memang paling panas dekad ini sebab melibatkan wanita pujaan ramaiii. Sebelum ni kecoh sebentar bila keluar cerita di media bahawasanya wanita pujaan idaman Malaya, Lisa Surihani bakal berkahwin dengan Yusry KRU, tahun depan pulak tu!
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
LISA SURIHANI
Indahnya ciptaan Allah..
&
YUSRY KRU
"Aku la lelaki paling bertuah di Malaysiaaaa"
Takde buat
perancangan kahwin pun lagi. Salah faham media je. hehe. Boleh baca petikan akhbar
Harian Metro di bawah ni.
= = = = =
KUALA LUMPUR: Pengarah KRU Studios Sdn Bhd, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui hubungannya dengan aktres jelita, Lisa Surihani Mohamed, 25, semakin serius dan berharap pada suatu hari nanti akan sampai ke jenjang pelamin.
Bagaimanapun, buat masa ini mereka belum membincangkan soal perkahwinan kerana sehingga hujung tahun ini mereka sibuk dengan kerja masing-masing dan Yusry kini berada di Bangkok, Thailand.
Yusry turut menafikan laporan sebuah akhbar sebelum ini bahawa mereka akan berkahwin tahun depan.
Beliau menjelaskan bahawa dia tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin kerana salah faham. “Oleh itu, saya harap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan yang disiarkan baru-baru ini. “Sebaik berita itu tersiar, saya didatangi pelbagai soalan untuk pengesahan mengenainya khusus berkaitan bakal mendirikan rumah tangga dengan Lisa pada tahun depan. Namun, sehingga kini kami masih belum berbincang soal perkahwinan. “Apa yang pasti, keluarga agak terkejut dengan berita disiarkan kerana semua membaca menerusi akhbar sebelum mereka diberitahu. Justeru, saya memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan tidak menyalahkan sesiapa terhadap kenyataan itu,” katanya dalam kenyataan media dikeluarkan KRU Studios, semalam.
Dalam kenyataan itu, Yusry memohon maaf terhadap kekeliruan yang berlaku.
Menurutnya, pada masa yang akan datang jika terdapat sebarang perkhabaran gembira mengenai hubungan mereka, pihak KRU Studios akan memaklumkan kepada semua media. Sementara itu, Lisa yang dihubungi Harian Metro semalam enggan memberi sebarang alasan.
= = = = =
p/s: ye ye je aku semangat update pasal ni. hahaha. Kalau dah kahwin, semoga pasangan ni bahagia ke anak cucu dan dapat anak cepat.