Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Gambar Majlis Pernikahan Ana Raffali dan Ahmad Aznaim



Banyak pula artis bernikah minggu ni. Sebelum ni majlis pernikahan Yusry dan Lisa Surihani, kini giliran Ana Raffali, 26 dan pasangannya Ahmad Aznaim, 30 dalam majlis yang diadakan kelmarin di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati. Ana Raffali sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim dengan hanya sekali lafaz. Syabas. hehe.

Lagi lima keping gambar majlis pernikahan Ana Raffali dan Ahmad Aznaim.


Gambar Majlis Pernikahan Lisa Surihani dan Yusry KRU



Jutaan tahniah buat Lisa Surihani Mohamed, 26 yang telah selamat menjadi isteri kepada Yusry Abdul Halim, 39 dengan hanya sekali lafaz dalam majlis yang dijalankan di Hotel Marriot. Mas kahwin yang diberikan kepada pengantin perempuan adalah seutas rantai platinum. Majlis resepsi pula akan berlangsung pada 26 Februari 2012 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Gambar di atas adalah gambar Lisa Surihani mandi bunga sehari sebelum majlis pernikahannya. Lagi lima keping gambar majlis pernikahan Lisa Surihani dan Yusry di bawah.


*Credit: beautifulnara.com


*Credit: mStar Online



*Updated: Lagi gambar after the jump.

Al-Fatihah, Latif Ibrahim Meninggal Dunia


Penyanyi dan pelakon era 1970-an, Latif Ibrahim telah disahkan meninggal dunia pada usia 62 tahun sekitar jam 6.10 petang tadi. Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) setelah dimasukkan sejak Sabtu lalu.

Takziah diucapkan buat keluarga arwah. Al-fatihah..


Berita Penuh di Harian Metro Online

Awan Nano Juara Anugerah Juara Lagu ke 26!




Tahniah buat Hafiz, M.Nasir dan Budi Hikayat atas kemenangan lagu Awan Nano sebagai Juara Anugerah Juara Lagu ke 26. Memang best Hafiz nyanyi lagu tu, even pakaian pakai t-shirt round neck dengan tracksuit je. Siap dapat anugerah Vokal Terbaik lagi. Tahniah Hafiz.

Awan nano nano nano nano nano..memang best wa cakap lu!

Keputusan Penuh AJL26

Persembahan Terbaik:
Alyah (Kisah Hati)

Vokal Terbaik: 
Hafiz (Awan Nano)

Tempat Ketiga:
Faizal Tahir (Karma)

Naib Juara:
Sheila Hamzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor
(Beribu Sesalan)

JUARA LAGU KE-26:
HAFIZ (AWAN NANO)

Siapakah Juara Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26) ?

Assalamualaikum.

Malam ini bakal berlangsung Anugerah Juara Lagu ke - 26 jam 9 malam di Stadium Putra Bukit Jalil. Boleh tengok siaran langsung seperti biasa tiap-tiap tahun di TV3. Kalau tak dapat tengok di TV, boleh tengok Live Streaming Anugerah Juara Lagu ke - 26 di sini


Aku sokong lagu Sedetik Lebih walaupun Jaclyn Victor yang nyanyi lagu tu malam ni. Korang pula jangkakan siapa jadi Juara AJL26 tahun ni?

Kad Kahwin Yusry dan Lisa Surihani


*Credit gambar: beautifulnara.com

Seperti yang dikatakan oleh Abang Nara, simple je kad kahwin ni untuk kedua-dua bakal pengantin yang bertaraf selebriti. Yusry Abd. Halim dan Lisa Surihani akan bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada tarikh 23 Februari ini. Manakala, majlis resepsi akan berlangsung pada 26 Februari 2012 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Tahniah Yusry dan Lisa Surihani.

Al-Fatihah, Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

Assalamualaikum.

Berita ni aku baru baca dari Twitter dan Facebook. Takziah buat keluarga arwah. Screenshot di bawah adalah tweet dari adik arwah, Aril AF dan Pak Nil.



Punca kematian masih tidak dapat dikenalpasti, tetapi dikhabarkan ada jangkitan kuman pada saluran darahnya. Semoga roh Izwan Pilus ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah.

Gambar Majlis Pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee

Assalamualaikum.

Jutaan tahniah buat Ally Iskandar yang telah selamat menjadi suami kepada Farah Lee dengan 2 kali lafaz dalam majlis yang dijalankan di Masjid Kristal, Terengganu. 12 keping gambar majlis pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee di bawah. Layan layannnnnnnn



Tahniah, Osbon Juara Maharaja Lawak Mega!

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu, kredit untuk the one who upload the videos on youtube. Jasa anda akan dikenang sampai bila-bila kerana berbakti kepada pengikut-pengikut yang tak dapat tengok Astro Warna atau pun Live Streaming. hehe. Boleh tengok video persembahan final Boboi dan Osbon di bawah.

Apapun, tahniah buat team Osbon setelah dinobatkan sebagai JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA sebentar tadi. Manakala, team Boboi di tempat kedua. Team Saehu dan Syok masing-masing di tempat ketiga dan keempat. Kemenangan Osbon membolehkan mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM350,000 berserta trofi. Tahniah Osbon! Pelawak otai memang best!

*Terbaik!!

Running Man Daebak!

Assalamualaikum.

*Runningman daebak!


Ini entri personal. Baru lepas habis tengok cerita Running Man episod 73. hehe. Running Man adalah sebuah variety show popular dari Korea Selatan. Variety show ni best sebab format rancangan dia tidak membosankan berbanding typical punya format rancangan hiburan TV. Lagipun sekarang Running Man banyak recording outdoor berbanding indoor. Therefore, you got the opportunity to see nice places and views as well, from the show la and its amazing!

Macam di KK - Janrywine J Lusin

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni aku asyik layan satu lagu ni. Best. Jauh lagi best dari lagu yang sarat ngan mesej-mesej jiwangs-tak-hengat-dunia kat radio bak kata matluthfi. (Sila tekan link) So why not kalau aku share sekali kan? hehe. Ini adalah lagu popular yang sering dimainkan di radio-radio Sabah sekarang. Siang malam. Lagu Macam di KK (Kota Kinabalu) ini dinyanyikan oleh penyanyi tempatan Sabah iaitu Janrywine J Lusin. Lirik untuk lagu ini dipersembahkan sepenuhnya dalam slang Sabah. Sambil layan Monday blues tu boleh layan lagu ni sekali.

Siuk ba ni lagu! 




Lirik:

Terjaga dari lena rasa bosan pun melanda
Ku pikir-pikir mau pigi mana tak kan perap saja
Lalu ku cuba, talipon satu kawan
Mana tampat paling siok
Asal jangan bikin mengantuk

Si kawan bilang bagus pigi seberang
Kota raya indah malam pun macam siang
Tapi sia ingat, di sini lagi dekat
Sepanjang malam lampu terang
Lagi dekat kalau mau pulang

*ulang 2x
Sia bilang mcm di KK
Ada di KK
Semuanya macam di KK aramai

Semuanya ada di sini

Si kawan bilang di sana lagi canggih
Bangunan tinggi² dan ramai orang putih
Tapi sia ingat di sini lagi dekat
Cantik ba itu Kinabalu satu dunia pun tahu

*ulang 2x
Sia bilang mcm di KK
Ada di KK
Semuanya macam di KK aramai

Semuanya ada di sini

Dan bila terasa rindu
Kau dan ku pigi Tanjung Aru
Duduk berjam-jam atas batu
Melihat senja berlabuh..ohh…

*ulang 6x
Sia bilang mcm di KK
Ada di KK
Semuanya macam di KK aramai

Semuanya ada di sini...


Cinta Muka Buku - Najwa Latif

hAssalamualaikum.

*Gambar Najwa Latif cilok dari Google

Firstly, aku admit aku baru tahu kewujudan adik Najwa Latif ni lepas dia perform kat AIM 2011, bulan lepas. haha. Noob gila aku. Lepas tu boleh pula ter'layan' lagu Cinta Muka Buku dia ni, especially after lagu ni terpilih ke Anugerah Juara Lagu. Tahniah untuk adik ni sebab lagu dia terpilih ke final walaupun banyak orang luar yang pertikaikan termasuk la aku sekali. Apapun alasannya, lagu ni dah dipilih oleh pihak juri professional. So, layan je la lagu ni pastu nilaikan dan duduk diam-diam.





Lisa Surihani dan Yusri KRU Tak Jadi Kahwin?

Assalamualaikum.

Tiba-tiba keluar pasal artis kat blog picisan aku ni. haha. Sekali sekala, tapi ini cerita panasssss. Memang paling panas dekad ini sebab melibatkan wanita pujaan ramaiii. Sebelum ni kecoh sebentar bila keluar cerita di media bahawasanya wanita pujaan idaman Malaya, Lisa Surihani bakal berkahwin dengan Yusry KRU, tahun depan pulak tu! 

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


LISA SURIHANI
Indahnya ciptaan Allah..

&

YUSRY KRU


"Aku la lelaki paling bertuah di Malaysiaaaa"



Takde buat perancangan kahwin pun lagi. Salah faham media je. hehe. Boleh baca petikan akhbar Harian Metro di bawah ni.

= = = = =


KUALA LUMPUR: Pengarah KRU Studios Sdn Bhd, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui hubungannya dengan aktres jelita, Lisa Surihani Mohamed, 25, semakin serius dan berharap pada suatu hari nanti akan sampai ke jenjang pelamin.

Bagaimanapun, buat masa ini mereka belum membincangkan soal perkahwinan kerana sehingga hujung tahun ini mereka sibuk dengan kerja masing-masing dan Yusry kini berada di Bangkok, Thailand.

Yusry turut menafikan laporan sebuah akhbar sebelum ini bahawa mereka akan berkahwin tahun depan.

Beliau menjelaskan bahawa dia tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin kerana salah faham. “Oleh itu, saya harap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan yang disiarkan baru-baru ini. “Sebaik berita itu tersiar, saya didatangi pelbagai soalan untuk pengesahan mengenainya khusus berkaitan bakal mendirikan rumah tangga dengan Lisa pada tahun depan. Namun, sehingga kini kami masih belum berbincang soal perkahwinan. “Apa yang pasti, keluarga agak terkejut dengan berita disiarkan kerana semua membaca menerusi akhbar sebelum mereka diberitahu. Justeru, saya memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan tidak menyalahkan sesiapa terhadap kenyataan itu,” katanya dalam kenyataan media dikeluarkan KRU Studios, semalam.

Dalam kenyataan itu, Yusry memohon maaf terhadap kekeliruan yang berlaku.

Menurutnya, pada masa yang akan datang jika terdapat sebarang perkhabaran gembira mengenai hubungan mereka, pihak KRU Studios akan memaklumkan kepada semua media. Sementara itu, Lisa yang dihubungi Harian Metro semalam enggan memberi sebarang alasan.

= = = = =

p/s: ye ye je aku semangat update pasal ni. hahaha. Kalau dah kahwin, semoga pasangan ni bahagia ke anak cucu dan dapat anak cepat.

(Video) Maharaja Lawak Final! SEPAH JUARA!!

Assalamualaikum.




Seperti yang telah diramalkan, akhirnya SEPAH dinobatkan sebagai JUARA MAHARAJA LAWAK!!!


TAHNIAH SEPAH!


Setiap minggu kalau saya update memang saya dahulukan SEPAH dalam senarai peserta akhir ML. Idea dan persembahan dorang memang best! Memang rezeki dorang la malam final ni. Sebagai juara, dorang bawa balik hadiah wang tunai RM350,000 bersama trofi. 

Tempat kedua pulak, kumpulan JOZAN. Untuk tempat kedua, dorang bawa balik RM250,000 bersama trofi. Part paling best...

"Ouh, begitu kah?"
"Begitu la ape?"
"Begitu...la awan nano nano nano nano nano nano nano nano...nano nano nano nano...."
LOL

Tempat ketiga, NABIL. Nabil pun best jugak malam ni, macam Nabil yang dulu-dulu. Idea kreatif. Siap ada The Lazy Song lagi. hahaha. Tapi, yang paling untung Nabil la jugak malam ni. Hadiah yang dia dapat tu, tak perlu bagi-bagi macam peserta lain. RM150,000 tu! Boleh beli iPad2 60 bijik! BEST BRO!!

JAMBU pulak tempat keempat. Untuk tempat keempat, dorang bawa balik wang tunai RM50,000 bersama trofi. Namun yang penting, malam ni semua peserta bagi persembahan yang sangat best buat semua peminat rancangan Raja Lawak

Ok, jom tengok video persembahan Sepah. Macam biasa, right click kat gambar, open kat new tab untuk direct ke page youtube. Persembahan lain, klik kat link ok. *Malas nak PrtSc banyak-banyak.hehe*

Enjoyyyyyyyyyyyyyy


PUSINGAN PERTAMA

Sepah
*Jepp Sepah jadik sape?? hahahahaha. Tengok astro oasis.



PUSINGAN KEDUA

Sepah
*Shuib Sepah jadi mak cik lagi. hahaha.



KEPUTUSAN MAHARAJA LAWAK AKHIR

*Reaksi Sepah semasa diumumkan sebagai Juara! Terikut nangis dowh, haha.


p/s: "Manis tak kurma ini??" LOL

Maharaja Lawak Minggu ke-12

Assalamualaikum.

Maharaja Lawak kembali lagi. Jom layan!

*Klik gambar untuk direct ke youtube.


SEPAH


JAMBU


JOZAN


NABIL



Macam biasa. Update ikut yang paling best. hehe

Maharaja Lawak minggu ke 9

Assalamualaikum.

Seperti biasa, saya susun Maharaja Lawak minggu ni mengikut susunan yang saya rasakan terbaik. Malas dah nak komen panjang2 ni, hehe korang layan je la k. BTW, minggu ni kumpulan Balas yang dapat undian terendah. Enjoy!


SEPAH
Persembahan Sepah bersama A.R.Badul


Maharaja Lawak Minggu ke-8

Assalamualaikum.

Lambat benor update kali ni. huhu. Ok, seperti biasa, saya bawakan lagi Maharaja Lawak dan saya senaraikan mengikut persembahan yang terbaik untuk malam tu. Tapi, seperti biasa, empat peserta ni je yang saya update. hehe. Enjoy!


SEPAH
TERBAIK! Tu je, Shuib pun makin lama makin best berbanding Raja Lawak yang lalu.



JAMBU
Part ni paling kelakar. Spontan kena tampor. Kahkahkah.
Tengok video kat bawah.




JOZAN
"Dokter, bile nak biyusssss..dokterrrrrrrr..dokterrrrrrr"

"Dokterrrrrrrr...dokterrrrrrr...blackawouttttttt..dokterrrrrrrr"



NABIL
Nabil buat stand-up comedy! Makanan dia dah ni.



Footnote: Man tersingkir minggu ni, dan R2 diundi masuk.

Maharaja Lawak Minggu ke-7

Assalamualaikum.

Seperti biasa, saya update persembahan peserta Maharaja Lawak untuk minggu ke 7 yang bertemakan Silent Comedy. Seperti biasa jugak, saya senaraikan peserta-peserta mengikut persembahan yang saya rasakan terbaik untuk malam tu.


Jambu
Ok! Tapi tensen yang amat ngan mamat yang jerit "boleh tuju lagu tak?"



Maharaja Lawak Minggu ke-6

Assalamualaikum.

Wah, sehari tanpa post entri baru. Rindu gila, traffic pun jatuh. haha.

Ok, kita berbalik kepada tajuk entri ni. Seperti biasa, saya update lagi persembahan Maharaja Lawak minggu ke-6. Tema dorang minggu ni adalah bebas. Dan seperti biasa juga, saya letakkan barisan 4 peserta yang saya anggap terbaik dan bakal menjadi Juara Maharaja Lawak.


JAMBU

Group KPop Malaysia pertama?

Assalamualaikum.

Anda penggemar KPop? Kalau bukan pun, cuba korang bayangkan kalau ada rakyat Malaysia atau lebih tepat lagi, orang Melayu kita yang nak buat fenomena Hallyu wave ni kat Malaysia. Sabar sabar, jangan scroll bawah dulu... Tengok dulu ni...






Versi KPop original