Showing posts with label Maxis. Show all posts
Showing posts with label Maxis. Show all posts

Samsung Galaxy S II Review #1 (Maxis)

Assalamualaikum.




Hello peeps! Sebelum ni aku pernah sebut nak buat review untuk gadget kat atas. So, artikel ni sebagai 'kickoff' la untuk review Samsung Galaxy S II. Sebelum tu korang tengok dulu entri yang ini. Tapi dalam entri ni aku belum masukkan review lagi. Baru nak cerita macam mana nak dapatkan gadget ni. Untuk pengetahuan, gadget ni baru je masuk pasaran Malaysia dalam penghujung bulan Jun.

Kalau beli kat kedai handset, retail price untuk gadget ni adalah RM2099. Tapi, korang boleh dapat gadget ni dalam harga yang lebih rendah di Maxis Centre dengan syarat korang sain kontrak untuk pakej maxis. Korang boleh check out kat laman web maxis untuk maklumat lanjut.


*Klik pada image untuk direct ke page maxis


Firstly, korang pergi ke laman web maxis. Kemudian pilih devices, dan diikuti dengan Android untuk Samsung Galaxy S II. Selain Android, ada tujuh lagi pilihan lain iaitu iPhone, iPad, BlackBerry, Nokia, Windows Phone, dan Tablets.
*Aku pilih Android


Kemudian, korang boleh la pilih gadget ikut mana yang korang berminat kat dalam ni. Boleh tengok full specifications sekali di page ni. Tak perlu lagi susah-susah nak google. Selain tu, boleh cuci-cuci mata sekali tengok device yang lain. hehehe. Klik sini untuk tengok full spec Samsung Galaxy S II.
*Pilih mana satu yang korang nak


Ini features yang buatkan aku berminat untuk angkat Samsung Galaxy S II ni. Dual-core 1.GHz processor dengan Android OS v2.3 (Gingerbread) yang paling latest!! Memang takde lagging. Perfomance laju... Ops, nanti sambung kat dalam artikel review seterusnya.


Ini adalah harga yang ditawarkan oleh maxis untuk Samsung Galaxy S II ni. Ada tiga pakej yang ditawarkan oleh maxis iaitu 12 bulan, 18 bulan dan 24 bulan. Aku ambik 18 bulan punya pakej. Memang puas hati kalau bukak blog dari Galaxy S II ni. hehe. Laju je. Sangat puas hati.


So, kalau berminat sekali, boleh try usha-usha di maxis centre berdekatan. Kalau nak yang lain, boleh tunggu iPhone 5 kat market Malaysia ataupun Samsung Galaxy S III hujung tahun ni. Peace!













p/s: harap-harap la maxis approve maxis10 reviewer aku tu. dapat review HTC, BB Torch ke. haha.