Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2012!

Assalamualaikum.



Setiap tahun, 1 Februari adalah sambutan Hari Wilayah Persekutuan bagi semua negeri di bawah gagasan Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Setiap tahun juga, akan ada sambutan yang bermula dari sebuah Persekutuan dan berakhir di Persekutuan yang lain. Tahun ini, sambutan Hari Wilayah Persekutuan telah dirasmikan pada 28 Januari di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan majlis penutup akan dilangsungkan pada 26 Februari di Putrajaya. Jadual sambutan boleh tengok di sini.

Khas untuk rakyat Labuan, sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Labuan akan dilangsungkan pada 10 sehingga 12 Februari di Dataran Labuan. Jadual sambutan di Labuan adalah seperti berikut;

-10 Feb: Konsert 2 Zaman (Rujuk Labuan FM untuk artis jemputan).
-11 Feb: Pertandingan Tarian Singa (ada 10 kumpulan). 
-12 Feb: Majlis Penutup Karnival Rakyat (ada OSBON, Mus MAY, Rehana@ Han, Saloma Labuan, Sweety Girls dan bunga api). 
Sumber

Selamat bercuti buat semua penduduk Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya. ^__^


*Ini lah bendera Labuan


"RAKYAT BERSATU, WILAYAH PERSEKUTUAN MAJU"

0 Comment(s):

Post a Comment

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share