Showing posts with label SEO. Show all posts
Showing posts with label SEO. Show all posts

Percubaan Pertama Bermain dengan SEO

Keyword Nuffnang SEO Raja Lawak 6 Final

Percubaan pertama bermain dengan SEO yang boleh dikira berjaya bagi aku. Ini kali pertama artikel yang aku taip berada di muka pertama enjin carian menggunakan keyword Raja Lawak 6 Final setelah banyak unsur SEO yang aku masukkan dalam template baru ala-ala twitter ini. Antaranya, penggunaan meta tag, robots index, breadcrumb dan aku tukar sekali tag H1, H2, H3 dari template blogger asal supaya lebih mesra SEO.

Hasilnya, sangat memuaskan bagi aku. Tapi, banyak lagi yang aku kena belajar pasal SEO ni. Rich snippet pun belum keluar lagi walaupun Google sudah verified. Mungkin kena tunggu lagi ataupun masih ada kurang di mana-mana. Ada tips tak?

*Entri di muka pertama enjin carian
Keputusan Raja Lawak 6 Final, Shiro Juara

Jom Belajar SEO!

SeoDoctor Logo
Jom belajar SEO sama-sama.  SEO sangat penting untuk blogger yang mementingkan trafik. Senang cakap, kalau anda dah letak iklan macam-macam kat blog contohnya Nuffnang, Advertlerts, Innity atau Google Adsense, anda mesti utamakan trafik. Betul tak? Lain lah kalau saja-saja letak script iklan berat tu hanya sebagai hiasan. So, kena lah bagi komitmen tingkatkan trafik blog setelah letak iklan tu. Secara tak langsung, rasional lah juga kalau demand nak BE.

Selain tu, mesti kita nak orang baca tulisan kita kan? Penat-penat menaip entry panjang berjela, tapi yang baca cuma seorang dua. Lagi teruk kalau yang baca tu hanya penulis entry tu sendiri. Jadi, trafik itu sangat penting. Rujukan SEO berbahasa Malaysia pun dah berlambak. Rujukan utama aku adalah dua blog hebat ni, www.forblogger.net dan www.anastasyea.com. Banyak tutorial dan tips SEO yang berguna untuk blogger baru macam aku.

Tidak rugi kalau blog yang ber'blogspot' cuba bermain dengan SEO. Hatta, blog personal sekalipun. Cuma penangan SEO untuk blog yang ber'blogspot' agak kurang jika dibandingkan dengan blog yang ber'domain' sendiri. Tapi, ada juga blog ber'blogspot' yang mampu mendapatkan PR tinggi dari Google. Contohnya blog inibelogsaya.blogspot.com dengan PR4 milik Hanis Zalikha.


*Blogger hebat yang tersangatlah cun, Hanis Zalikha
Banner Terbaru Hanis Zalikha


Tahun lepas, trafik aku banyak melalui blogwalking. Boleh la tarik trafik 100 lebih UV sehari. Ya, sedikit kerana sumber trafik  banyak dari blogwalking sahaja. Serius. Tapi sekarang pun trafik aku naik sikit je berbanding tahun lepas. Cuma sumber trafik tu dah bertambah sekarang. Sumber trafik yang bertambah adalah trafik referal dan trafik organik. Melalui trafik organik, kalau aku jarang update pun, trafik tetap ada datang dari search engine. Boleh lah ambik kesempatan minum kopi petang-petang. hehe. Submit site anda ke Google Analytics kalau nak tahu secara terperinci sumber-sumber trafik ke blog.

Tips Belajar SEO untuk Beginner

Sebagai permulaan untuk belajar SEO, aku sarankan anda guna aplikasi add-ons untuk browser Firefox terlebih dahulu iaitu SeoQuake dan SEO Doctor. Ini kerana sebelum masuk bahagian coding atau sebagainya, kena belajar SEO terms dahulu dan SEO Doctor adalah aplikasi yang terbaik untuk beginner. Contoh SEO Doctor seperti screenshot di bawah. Total score SEO untuk blog aku 79% dan PR flow di bawah 50%. Masih tak ok lagi. Banyak lagi yang aku kena kaji dan belajar terutamanya heading tags.


*Paparan SeoQuake dan Score Seo Doctor
Seo Score
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas



Aku pun baru belajar pasal SEO ni. Terus terang, ilmu blogging pun tak sampai setahun jagung. Tapi tak salah kalau berkongsi ilmu bersama kan? Boleh belajar SEO terms terlebih dahulu menggunakan SEO Doctor di sini. Then, lepas tu baru boleh belajar advance sikit.