Jom belajar SEO sama-sama. SEO sangat penting untuk blogger yang mementingkan trafik. Senang cakap, kalau anda dah letak iklan macam-macam kat
blog contohnya
Nuffnang, Advertlerts, Innity atau Google Adsense, anda mesti utamakan trafik. Betul tak? Lain lah kalau saja-saja letak
script iklan berat tu hanya sebagai hiasan. So, kena lah bagi komitmen tingkatkan trafik
blog setelah letak iklan tu. Secara tak langsung, rasional lah juga kalau demand nak BE.
Selain tu, mesti kita nak orang baca tulisan kita kan? Penat-penat menaip entry panjang berjela, tapi yang baca cuma seorang dua. Lagi teruk kalau yang baca tu hanya penulis entry tu sendiri. Jadi, trafik itu sangat penting. Rujukan SEO berbahasa Malaysia pun dah berlambak. Rujukan utama aku adalah dua blog hebat ni,
www.forblogger.net dan
www.anastasyea.com. Banyak
tutorial dan
tips SEO yang berguna untuk blogger baru macam aku.
Tidak rugi kalau blog yang ber'blogspot' cuba bermain dengan SEO. Hatta,
blog personal sekalipun. Cuma penangan SEO untuk blog yang ber'blogspot' agak kurang jika dibandingkan dengan blog yang ber'domain' sendiri. Tapi, ada juga blog ber'blogspot' yang mampu mendapatkan PR tinggi dari
Google. Contohnya blog
inibelogsaya.blogspot.com dengan
PR4 milik
Hanis Zalikha.
Tahun lepas, trafik aku banyak melalui blogwalking. Boleh la tarik trafik 100 lebih UV sehari. Ya, sedikit kerana sumber trafik banyak dari blogwalking sahaja. Serius. Tapi sekarang pun trafik aku naik sikit je berbanding tahun lepas. Cuma sumber trafik tu dah bertambah sekarang. Sumber trafik yang bertambah adalah
trafik referal dan
trafik organik. Melalui trafik organik, kalau aku jarang update pun, trafik tetap ada datang dari search engine. Boleh lah ambik kesempatan minum kopi petang-petang. hehe. Submit site anda ke
Google Analytics kalau nak tahu secara terperinci sumber-sumber trafik ke blog.
Tips Belajar SEO untuk Beginner
Sebagai permulaan untuk belajar SEO, aku sarankan anda guna
aplikasi add-ons untuk browser Firefox terlebih dahulu iaitu
SeoQuake dan
SEO Doctor. Ini kerana sebelum masuk bahagian coding atau sebagainya, kena belajar
SEO terms dahulu dan SEO Doctor adalah aplikasi yang terbaik untuk beginner. Contoh SEO Doctor seperti screenshot di bawah. Total score SEO untuk blog aku 79% dan PR flow di bawah 50%. Masih tak ok lagi. Banyak lagi yang aku kena kaji dan belajar terutamanya heading tags.
*Paparan SeoQuake dan Score Seo Doctor
|
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas |
Aku pun baru belajar pasal SEO ni. Terus terang, ilmu blogging pun tak sampai setahun jagung. Tapi tak salah kalau berkongsi ilmu bersama kan? Boleh belajar SEO terms terlebih dahulu menggunakan
SEO Doctor di
sini. Then, lepas tu baru boleh belajar advance sikit.