Mentor 5 VS Akademi Fantasia 9



VS



Tajuk entri saja ditulis macam tu sebab masih tak puas hati dengan AF9. Walaupun kali ni ada Aznil, pengetua Amy Search, ada Ning, dan lain2 guru yang bagus2 belaka. Tapi kualiti pelajar yang dipilih kali ini sangat2 tidak membanggakan. Dari 12 orang pelajar 'asal' yang terpilih, hanya segelintir yang boleh dipuji. Pendapat saya secara peribadi, gimik operasi gugur tu sedikit sebanyak mencemarkan nama baik AF yang sebelum2 ni. Itu bukan pelaksanaan operasi yang baik bagi sebuah rancangan realiti TV yang sudah bertapak lama di mata pihak umum.

Dah. Abaikan AF9. Bukan tengok pun. Hahaha. Oh, ada lagi mahu komen. Sound system, lighting dan stage dorang sangat ketara teruk! Cuba dengar betul2 masa dorang buat persembahan. Kemudian, bandingkan dengan masa korang nyanyi dalam KBox. Not much of a different, isn't it? Kepada pihak berkenaan, tolong la perbaiki tu semua, sound system ibarat bunyi karaoke ok. Kata KONSERT. Duit dah banyak, tapi beli iPad je. Kami nak 'wow' tengok persembahan. iPad tu tak penting kalau sekadar nak bukak facebook, kang aku maki kat page AF time konsert lain pulak jadinya. Kalau nak ikut style American Idol pun agak2 la. Dorang dari tahun ke tahun improved. AF9? Hurm.

*Tamat sesi mengutuk AF*. Mentor 5. Persembahan peserta yang seorang ni semalam cukup membanggakan. Hurm, perlu tak Mentor 5 dibandingkan lagi dengan AF? Bukan peserta. Tapi dari aspek menganjurkan sebuah konsert. Live band, great sound system, great lighting, camera angle, and awesome line of judges. Terbaek! Pengundi tidak merasa rugi untuk mengundi. AF9?? *Sudah!* Berbalik kepada Mentor 5, anak didik Erra Fazira ni telah bagi penonton kepuasan menonton sebuah rancangan hiburan realiti TV yang bagus. AF9??? Anyhow, good luck to this very talented girl from Sabah, Salma. Tumpang bangga sebagai anak Borneo. heh.

Enjoy last night superb showmanship from her..


Persembahan pertama






Persembahan kedua






p/s: Undilah beliau untuk masa depan dunia hiburan Malaysia yang dah sarat.

3 comments:

  1. tahun ni macam takde semangat lak nak tengok AF huhu..

    ReplyDelete
  2. suka mentor lagi dr aF..budak2 af macam tak perform sangat lah..=)

    ReplyDelete
  3. @kak No: tu la kan..tak best..paling tak minat, dorang buat kelas kaca tu..dorang bangga2..kita benci2..huhu..kesian kat pelajar jadi mangsa dorang2 ni..

    @Anak Wak Mail: betul2..mentor jauh lagi best dari af tahun ni..

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share