Kisah Lucu Versi Double Meaning: Part 2

Seperti biasa, sebagaimana entri yang pertama... Peringatan!! Artikel ini hanya untuk hiburan semata2.

Kisah 3 Beradik Kahwin Serentak

Gambo hiasan

Alkisah, ada 3 orang adik beradik, yang mana ketiga-tiga mereka ni perempuan. Anak yang sulung, namanya Rozana, yang kedua namanya Rozita, dan yang ketiga nama Roslina. Oleh kerana mereka ini anak kesayangan kedua orang-tuanya, maka mereka bertiga dikahwinkan secara serentak dengan pasangan pilihan masing-masing. Selepas berkahwin, pergilah mereka berbulan madu atau dalam bahasa Inggerisnya Honeymoon ditempat yang berasingan mengikut selera mereka dengan pasangan masing-masing. Rozana memilih untuk berbulan-madu ke Pulau Tioman di Pahang, Rozita pula bercadang nak ke Pulau Pangkor, Perak dan Roslina ke Langkawi, Kedah.

Sebelum mereka pergi berbulan madu, kedua-orang tua mereka berpesan dan meminta agar mereka menghantarkan berita tentang segala apa yang terjadi sepanjang tempoh berbulan-madu itu, dengan syarat tanpa pengetahuan si suami. Oleh kerana kedua orang-tua mereka menggunakan telefon bimbit, maka ketiga-tiga anak mereka diminta mengirimkan pesanan ringkas atau SMS mengikut KOD yang mereka faham berdasarkan iklan di TV, Majalah, Akhbar dan lain-lain media.

Tiga hari selepas mereka pergi berbulan madu, sampailah mesej pertama dari anak sulung mereka, Rozana. Ringkas saja mesej yang dihantar oleh Rozana. “STANDARD CHARTERED“. Setelah kedua orang-tua mereka mendapat pesanan tersebut, cepat-cepat mereka mencari iklan standard chartered di dalam akhbar. Iklan itu berbunyi ”BESAR, TEGUH, PERAMAH”, maka tersenyumlah ayah dan bonda Rozana. Fahamlah mereka yang anak mereka sedang berbahagia.

Pada hari keempat, tiba lagi satu SMS dari Rozita di Pulau Pangkor. SMSnya pendek saja, “NESCAFE“. Kedua ibu bapanya pun mula mencari iklan Nescafe di dalam majalah dan bila dibaca iklan tersebut, berbunyi... “NIKMATNYA SAMPAI KETITISAN TERAKHIR“. Tersenyum bangga kedua orang tua Rozita, sambil ketawa tak kering gusi, happy le katakan.

Masuk hari kelima, tiada berita lagi diterima dari anak bongsunya. Begitu juga hari keenam dan ketujuh. Ayah dan bonda Roslina mengeluh dan terdetik dalam hati mereka, “Anak aku ni, dah dapat suami langsung lupakan aku? Sampai hati dia... tak bagi khabar langsung pun kat aku...”
Seteleh masuk minggu kedua, akhirnya tiba-tiba handphone ayah Roslina berbunyi “Beep, beep” tanda mesej sampai. Lalu mesej itu dibaca dan dimaklumkan kepada isterinya... “CATHAY PACIFIC” Dengan segera kedua orang tua Roslina mencari iklan dari majalah. Didapati iklan tersebut berbunyi.. 

7 KALI SEMINGGU, 3 JAM SEHARI, NON-STOP!!!!!!”

Tehee

0 Comment(s):

Post a Comment

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share