Remaja simpan gambar lucah dalam henpon!

Assalamualaikum.

Gempak ke title? Jom layan cerita kat bawah ni dulu.


Petang itu si bapa, Khairul Ahmad namanya, berasa sangat resah. Anaknya, Akmal kini lain benar perangainya. Khairul faham, anaknya itu sudah berusia 14 tahun, sudah baligh dan sedang bergelodak jiwanya tetapi dia bimbang. Manakan tidak, Akmal kini suka berkurung, hidupnya hanya bertemankan telefon bimbit sahaja dan suka melihat gambar-gambar yang...!

Apa yang terkandung dalam telefon bimbit Akmal itulah yang menakutkan Khairul. Lantas, Khairul masuk ke bilik Akmal dan mengambil telefon bimbit anak sulungnya itu. Ketika itu, Akmal sedang mandi.

Khairul menekan punat, satu persatu di Blackberry Torch milik Akmal. Di ruangan lagu, tertera nama-nama tertentu. Linkin Park, Simple Plan, Blink 182 dan entah apa-apa lagi. Apabila Khairul buka nama-nama tersebut, kedengaran la lagu-lagu yang menyakitkan telinganya.

Khairul buka pula fail gambar. Fail pertama diberikan tajuk 'Wanita idaman'. Apabila dibuka, terpampanglah wajah artis-artis jelita. Ada Jessica Alba, Paris Hilton, Miley Cyrus, Preity Zinta, Kareena Kapoor...semuanya berpakaian seksi.

Khairul berfikir, "Dah melampau budak ni!" darah Khairul mula menyirap.

Folder kedua, Khairul semakin marah. Tajuknya, 'Geram!!!' Sebaik Khairul membukanya terpampanglah pula Pamela Anderson. Kemudian gambar Britney Spears dan Malika Sherawat, juga tidak senonoh.


Khairul bertambah hangat apabila dia melihat ada lagi satu folder diberikan tajuk, 'Bahaya! Gambar 18SG!'. 
Kali ini Khairul tidak dapat lagi menahan marah. Patutlah dia hanya berkawan dengan telefon bimbit, rupa-rupanya anak bujangnya itu suka melihat gambar perempuan.

Sebagai bapa, Khairul tidak boleh diamkan saja perangai Akmal itu. Menyimpan gambar-gambar serta video yang tidak senonoh itu hukumnya haram! Berdosa! Salah di sisi undang-undang!

Tambahan pula, kini henpon digunakan untuk melihat dan merakam gambar-gambar yang tidak senonoh. Kalau dia tidak bertindak sekarang, Khairul bimbang Akmal akan terlibat pula dengan perkara yang bukan-bukan, hingga akhirnya melakukan jenayah rogol, cabul, dadah, ragut dan sebagainya.

"Dah melampau sangat ni... dah melampau!!!!!" Khairul ingin segera membuka folder yang bertajuk 'Bahaya! Gambar 18SG' itu dan BERTINDAK!

Tapi sebelum sepmat Khairul membukanya, tiba-tiba pintu bilik dibuka. Akmal muncul dengan bertuala.

"Eh! Apa abah buat dengan handphone Kemal tu?" tanya Akmal, terkejut. Suaranya panik. Mukanya merah.

Nah! Bukti kini di tangannya. Tanpa berlengah, Khairul yang panas baran itu menengking Akmal. Dia meminta Akmal segera membuka folder tersebut.

"Buka sekarang! Abah nak tengok! Ooo, kau dah pandai ye, Kemal!!!" jerkah Khairul sambil membuka tali pinggangnya. Dia sudah bersedia untuk melibas tubuh anak sulungnya itu.

"Tapi abah..." kata Akmal terketar-ketar.

"Tak ada tapi-tapi! Buka sekarang!!" jerkah Khairul lantas mengangkat tali pinggangnya itu.

Dengan terketar-ketar, muka yang pucat lesi dan jari yang menggigil, Akmal pun membuka folder gambar yang bertajuk 'Bahaya! Gambar 18SG' itu, lalu terpampanglah gambar...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kihkihkih.

Sekadar hiburan. Tu la,jangan dirty minded ya. hehe.


Sumber: Majalah Mastika 2009

2 comments:

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share