Demam Korea

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu, jangan marah ye. Entri ni untuk suka2 saja ok.


Anda sedia maklum yang kini kita sudah banyak dihidangkan dengan evolusi industri hiburan Korea Selatan di Malaysia. Dari drama, Variety Show sehingga lah industri muzik, dan semuanya best. Sebagai contoh drama Boys Over Flower, pelakon utama dia ni semua 'tahap gaban' punya popular. Ku Hye Sun, Lee Min Ho, Kim Hyun Joong (SS501), Ki  Bum, Kim Jum, Kim So Eun. Masa drama ni ditayangkan saya masih bergelar pelajar lagi lagi. Tapi aura drama Korea ni boleh sampai ke universiti, yang masa tu kami nak bukak youtube pun kena banned. Hebat tak hebat. huhu. Terpaksa la menapak masa tu mencari member2 yang download drama ni.

Tapi petang2 sekarang drama Indonesia pun banyak. Drama tempatan takde ke? Bosan ok? Bosan dengan plot cerita yang sama, nangis2 pasal anak hilang, kalau tak pun laki dia hilang ingatan, yang paling gampang cerita yang ending last2 dia bangun dari tidur. dan semua episod panjang2 yang sebelum tu hanya mainan mimpi sahaja. Hadoi la.



*Ok, enough sesi mengumpat.* Berbalik kepada Korea, dari situ la, saya start minat kat cerita Korea ni. Jalan cerita drama2 Korea ni sangat menarik dan yang paling penting ending dia bukan bangun dari tidur. Selain Boys Over Flower ni, banyak lagi drama2 yang popular. Sebagai contoh, Winter Sonata yang kena tayangkan tahun 2002 dulu. Satu Asia popular, kalau ada yang tak kenal tau tau la. Dan yang terbaru, Dream High. Barisan pelakon2 dia adalah idol2 popular kat Korea sekarang. Suzy (Miss A), Taecyeon (2PM), Wooyoung (2PM), Eunjung (T-ara), IU, dam Kim Soo Hyun.

Tak lama lepas tu lagu Nobody pula keluar. Lagu ni dipopularkan oleh Wonder Girls. Semua dok nyanyi lagu tu time ni. Video2 parody pun banyak kena upload untuk lagu ni, dari yang best2 sampai la yang gampang. Macam kat bawah ni la. 








Lepas dah minat drama2 Korea ni, saya ikut lagi apa2 show yang best dari Korea ni. Salah satu dari show2 dorang yang popular ni adalah Variety Show. Variety show ni dia banyak pasal rancangan, sama ada talk show, game quiz yang melibatkan artis2 tempatan Korea ni. Mula2 saya follow Family Outing: Season 1. Ni start follow masa studi jugak sekali dengan drama Boys Over Flower. hehe. Season 2 dah tak follow walaupun ada Yoona SNSD sebab dah takde Yoo Jaesuk. Family Outing: Season 1 ni memang best sebab pengaruh MC dia, Yoo Jae Suk. Jae Suk one of the best MC la kiranya kat Korea Selatan. Mana2 show yang dia pergi, mesti dapat rating yang tinggi. Sekarang ni kat KBS World, Jae Suk MCing cerita Happy Together: Season 3. Berbalik kepada Family Outing ni, casts dia Yoo Jae Suk, Lee Hyo Ri, Yoon  Jong Shin, Kim Su Ro, Kang Dae Sung (Big Bang), Kim Jong Kook, Park Ye Jin, Lee Chun Hee, Park Hae Jin dan Park Si Yeon.

Kalau nak tengok cerita ni, boleh download kat sini. Show ni pasal cast2 member show ni pergi kawasan kampung, pastu dorang stay kat satu rumah orang kampung ni. Tuan punya rumah ni pula dorang hantar pergi melancong. Banyak la aktiviti yang dorang buat sepanjang dorang kat situ. Pergi memukat kat laut, tangkap ikan kat sungai, tangkap ayam buat dinner, gi petik sayur, main game. Tapi mi3 paling suka segmen yang dorang memasak, best layan sambil makan sekali gak kat depan laptop kecuali part dorang makan bab1. hehe.

Family Outing: Season 1
Yoo Jae Suk
Tapi yang tu boleh layan kat channel SBS ja. Sekarang ni pun Jae Suk MC rancangan Running Man. Kalau korang tengok channel 391 kat Astro tu memang tak dapat tengoklah. Tapi ada variety show best gak kat channel 391. Salah satu dari variety show yang best kat KBS World ni adalah Two Days One Night. MC dia Kang Ho Dong. yang jadi pengacara untuk rancangan Star King kat SBS tu. Dia ni bekas atlit gusti traditional Korea yang masuk bidang hiburan. Tapi banding dia ngan Jaesuk, bagi saya Jaesuk lagi best dari dia ni. hehe. Cast member yang lain2 Lee Seunggi, Eun Ji Won, Lee Su Geun, Kim Jong Min & terbaru Uhm Tae Woong.

Show ni pula pasal cast2 member ni pergi tempat2 menarik kat Korea macam Pulau Jeju, gunung Seoraksan, dan banyak lagi la pastu dorang buat aktiviti kat situ. Director dia ni kejam sikit, cast2 member ni nak makan malam pun mesti menang game yang dia tetapkan dulu atau pun dorang mesti menang game untuk tidur kat dalam rumah. Kalau tak menang, kena tidur dalam kem la kat luar rumah. Tapi dari situ la kekuatan variety show ni. Kalau show2 macam ni ada kat Malaysia kan best. Boleh gelak2 tengok artis Malaysia kena buli oleh director.

Two days, 1 Night!
Kang Ho Dong
Drama sudah. Variety show pun sudah. Kita beralih pula kepada dunia pop music Korea ni. Orang Korea panggil group2 ni sebagai Idol. Ikon music kat Korea la. dan dunia memanggil industri muzik dorang ni sebagai K-Pop singkatan kepada Korean Pop. Lagu2 dorang memang best, tambah pula lagi dengan koreografi tarian dorang. Memang dah jadi trend la sekarang koreografi dorang ni, macam video kat atas tu la. Demam K-Pop ni bukan sahaja di Asia, malahan sampai ke benua lain. Kat situ la kekuatan pengaruh KPop yang dorang bawa ni. Start dari original idol seperti H.O.T, Shinhwa, Sechs Kies, G.O.D. Baby V.O.X., dan Fin.K.L pada tahun 90-an. Kini, makin lama makin ramai yang idol timbul antaranya Piggy Dolls, Dal Shabet, ZE:A, F.Cuz, Sistar, Infinite, Teen Top, Nine Muses, Chocolate, Vanilla Lucy, Dalmatian dan ramai lagi la. Tapi saya tetap minat senarai yang kat bawah ni. Masing2 punya kekuatan dari segi muzik dan penampilan imej dorang.

2NE1

Wonder Girls


Girl's Generation (SNSD)
2PM

CNBlue


IU. comel je kan. hehe.
Fenomena KPop ni boleh dikatakan dimulakan oleh Wonder Girls dengan lagu berhantu dorang, Nobody tu. Sebelum tu dorang popular kat Korea dengan lagu Tell Me dan So Hot. Dari situ, dorang makin lama makin naik dan kini dorang sibuk ngan aktiviti pemasaran kat USA. Selain tu, Girl's Generation ni pun sangat2 popular sekali ngan Wonder Girls. Lagipun bilangan ahli dorang adalah yang paling ramai di kalangan idol group perempuan. Dorang ni popular ngan lagu Gee, Tell Me Your Wish dan yang terbaru, Hoot. Tapi, walaupun dah ramai group idol yang diwujudkan, pengaruh Wonder Girls dan SNSD ni masih kuat lagi. IU pulak, saya minat sebab minah ni sangat power menyanyi, pandai main gitar dan tersangatlah comel. muahaha.

Bagi group idol lelaki pulak, saya lebih minat group 2PM. Dulu ahli 2PM ni ada tujuh orang, tapi seorang ahli menarik diri dari group ni atas sebab2 yang sangat la tidak munasabah. Tapi dengan baki enam orang ahli ni, 2PM masih lagi bertahan walaupun tidak seperti dulu. Group2 idol lelaki yang lain pulak, kureng sikit sebab banyak yang jambu je. huhu. CNBlue sebab dorang ni group band muzik, dan muzik yang dorang bawa tu sangat fresh dan catchy. Kalau dengar kira kita macam nak ikut nyanyi sekali walaupun sepatah haram tak tau sebut perkataan Korea.


Ok, itu saja.

Sekian.

Bye.

8 comments:

  1. wohoo...im 2pm fan! hottest..byk kumpul video 2pm nih..huhu.

    ReplyDelete
  2. saya pun..haha..antara2 ramai2 group idol laki..dorang yang paling best sebab takde yang jammmbuuu..hehe..tapi snsd tetap di hatiku..muahahaha..

    ReplyDelete
  3. entri best~ haha.
    sbgi fanatik dan antu korea, sy superLIKE entri ni wlupon pengisian kurg..heee~

    ReplyDelete
  4. haha..malas maw cakap lebey2..mamai sudah menaip semalam sambil tengok american idol..hahaha..

    ReplyDelete
  5. wanie..sudah di edit..hahaha..

    ReplyDelete
  6. haram tol.. name da same, minat pon same.. haha, aku minat gile kot korea.. drama korea mmg penuh hd aku..haha, nyway kalo band ak minat cnblue.. try a dgr mcm2 best,love girl, love light, banmal, n mcm2 ag ahh..haha

    ReplyDelete
  7. @peep: haha..well,mana2 fahmi mesti ke arah ke'korea'an..cnblue intuition best..haha..

    @chekgu azam: minat gak!!

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share