Mengucap

Follow the story...

Suatu hari sedang menantu lelaki menonton televisyen, bapa mentua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mentua rebah sambil memegang dada.

Apa lagi, kelam-kabut la si menantu. Isterinya dan emak mentuanya pun menerkam ke arah bapa mentua sambil memegang dada bapa mentua.

Bapa mentua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mentua menyuruh menantu mengajar bapa mentua di atas ribanya untuk mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mentuanya ulangi lagi suruh menantunya mengajar mengucap.

Dalam keadaan gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapanya sambil berkata, "MA RABBUKA! SIAPA TUHAN KAMUUUU!"

Kuat juga sebutan menantunya sehingga terkejut emak mentua mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mentua tersedar dan terus berkata, "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la.."

hehehe.

2 comments:

  1. hahaha..kene belajar mengaji dulu kot menantu lelaki dia ni..

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share