Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Tengahari tadi tengah syok2 edit post, tiba-tiba pula PC naik ragam. Bukan sikit punya ragam, tahap setan punya ragam. Apa boleh buat PC lama. Nasib baik PC opis, kalau tak ada juga yang pecah kena tendang tadi. haha.
Kalau la banyak duit, kan best boleh beli Apple iMac, buat ganti PC bos yang lama tu. Pastu pegi beli MacBook Pro pulak lagi untuk diri sendiri. Boleh main FaceTime tiap2 hari. Acer Aspire lama ni boleh dah buang ke laut. haha. Ok. Quick review untuk Apple MacBook Pro yang paling latest ni. MacBook Pro ni
boleh didapati di dalam saiz 13", 15" dan 17". Tapi kita tengok yang paling murah je la antara tiga ni. Untuk yang 13" ni, ada dua jenis speed processor dia. 2.3Ghz dual-core Intel Core i5 dan 2.7Ghz dual-core Intel Core i7. Acer yang mi3 guna ni pakai 2.1Ghz Intel Core 2 Duo. Dah sangat ketinggalan zaman kalau nak dibandingkan dengan Apple MacBook Pro ni. haha.
Selain itu, MacBook Pro 13" ni datang dalam RAM bersaiz 4GB 1333Mhz DDR3. Dah cukup besar dah tu. Memang kalau kata nak buka apa2 pun memang undeniably akan laju la. Pastu saiz muatan hard drive minimum yang datang ngan produk Apple ni adalah 320GB 5400 - Serial ATA hard drive. Tapi optional boleh tambah lagi sampai 750GB 5400 - Serial ATA hard drive. dan kekuatan bateri laptop ni boleh tahan sampai 7 jam. Dah nak hampir habis 7 jam, cepat2 la pegi charging bateri dia. Yang spec2 lain, korang boleh tengok kat sini.
Memang sangat berbaloi la kalau nak beli laptop ni, tapi harganya agak mahal la berbanding laptop2 jenama lain. Kalau boleh aku nak mintak kat Pak Nang atau Mak Churp tolong sponsor, tapi lama lagi la kot kalau nak tunggu dorang ni sponsor. Tak banyak gerak pun lagi ni. huhu.
Sekian.
0 Comment(s):
Post a Comment
Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)