Walaupun aku tak layan sangat Akademi Fantasia 9 ni, tapi nak komen jugak. *Jauh lagi best kalau layan Maharaja Lawak atau American Idol 2011. hehe.* Sebagai penonton, gimik AF tahun ni yang operasi gugur tu, pada pendapat aku sangat lah bangang. Aku rasa dorang saja buat macam tu untuk tarik pengundi. Ada penyingkiran, tapi lepas tu ada pulak lagi operasi gugur. Kemudian, tambah lagi dua pelajar baru untuk gantikan tempat pelajar yang kena voted off dan yang telah jadik kambing untuk operasi gugur.
TAK MUNASABAH!!
Program ni kalau nak diikutkan dah lari dari tujuan asal program ni diwujudkan 10 tahun lalu. Melahirkan bintang yang berkualiti. Tapi sekarang ni, lebih banyak elemen gimik spastik untuk menarik pengundi. Kalau nak dibandingkan dengan AF yang lepas2, gimik nya masih lagi di tahap yang boleh diterima. Sebab tu AF yang dulu2 aura nya masih kuat. Sebagai contoh, AFMasuk Mawi dan Marsha. Tapi, kali ni, gimik dorang tak logik langsung. Tiga orang pelajar dah kena singkir, campur seorang pelajar jadi mangsa gimik bangang dorang, baru pelajar baru ni masuk.
Ok. Alasan dorang, mungkin dorang perlukan pelajar yang lebih berkualiti untuk menggantikan pelajar yang sedia ada. Bagi menggantikan pelajar yang sudah susah payah melalui proses ujibakat, pelajar yang sudah diberi pendedahan seawal konsert tirai, pelajar yang sudah duduk dalam kelas kaca kat mall. Mungkin bagi mereka, pelajar 12 orang yang sudah terpilih tu tak mencukupi kriteria yang dorang nak lagi. Tengoklah, dah minggu ke 3, rasanya 2,3 orang je yang dapat pujian. Yang lain, hampeh. Tapi, mereka2 ni yang sudah ditapis dari ribuan orang yang mempunyai impian untuk menjadi bintang masa ujibakat. Kalau dah pilih sendiri barisan pelajar awal2 untuk konsert tirai, apesal bawa masuk pelajar lain di minggu ke 3? Apa rasionalnya dorang buat ujibakat??
Rasanya, alasan dorang buat gimik operasi gugur ni sangat mudah. Disebabkan pelajar2 yang mereka dah pilih siang2 ni kurang menarik perhatian umum, takde aura la macam Mawi. Jadi, untuk tarik minat pengundi dan menaikkan rating AF9 ni, dorang terpaksa cari alternatif dan alternatif dorang adalah mewujudkan operasi gugur. Menggugurkan pelajar yang dorang dah pilih. Lepas tu ada pulak pengkritik cakap dorang ni tak layak untuk masuk AF, tapi layak digugurkan. Tapi, pelajar2 yang 12 orang tu, mereka yang sudah terpilih, dah dipilih, yang dah short-listed oleh dorang sendiri! Apesal pilih dorang kalau last2 nak digugurkan jugak dan cakap dorang don't deserved a place in AF9???
Point aku buat entri macam ni sebab, bagi aku gimik ni sangat tak adil bagi pelajar yang bertanding, terutamanya pelajar yang dah tersingkir. Mereka bukan lagi diadili oleh pengundi. Tapi diadili oleh kerakusan program tu sendiri. Rating tak tinggi. Buang pelajar. Masukkan pelajar lain. Kalau lepas ni rating tak naik2 jugak, tak tau la dorang nak buat apa. Gimik ni sedikit sebanyak merosakkan nama pelajar yang dah tersingkir dan keluarga dorang secara umumnya. Ini pendapat secara logik kesan buruk program ni kepada pelajar yang tersingkir. Kesian kepada pelajar yang tersingkir terutamanya mangsa operasi gugur.
p/s: Minta maaf. Entri kali ni berbaur kebengangan yang amat..tapi, Hazama best!
erkkk.... sampai mcm tu sekali? biar betul? dh lama tak follow af sejak balik kampus utk exam bulan lps. hujung mgg ni balik kampung so sempat la nk catch up semula. hahaha...
ReplyDeletelelaki [tanpa] emosi
yup..yang jadi korban operasi gugur 2 orang..
ReplyDeletedah lama dah tk tgk AF ni . mmg tk minat . mcm hape je .
ReplyDeletehaha,ak pun macam tu gak..dan disebabkan gimik operasi gugur tu la tengok jap af ni..dorang tengah usaha tarik minat orang tonton af la tu..best lagi tengok American Idol..go go Casey!!
ReplyDeletehahaa . kualiti pun makin kurang . buat apa nak buat operasi gugur ? merepek je semua tu .
ReplyDeletebetui2..
ReplyDelete