Masih ingatkah anda pada Siti Musliha?



Alhamdulillah, beliau kembali ke kaca TV3 sebentar tadi. Ramai juga yang rindu dengan suara Siti Musliha ni. Kalau budak2 yang lahir tahun selepas tahun 1998, kemungkinan besar tak kan kenal Siti Musliha. Masa tu, saya pun masih sekolah rendah lagi tapi kemunculan beliau masih bersisa lagi sehingga kini.

Dulu, kisah Siti Musliha ni pernah mendapat liputan meluas di Malaysia pada pertengahan tahun 90-an. Beliau dilahirkan sebagai insan istimewa dan ketika itu memerlukan kos yang banyak untuk menjalani pembedahan plastik untuk membuang hidung dan mata secara berperingkat. Siti Musliha ni mula popular lepas keluar kat TV3 untuk mengutip dana sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin dengan keadaan yang dialaminya.

Kalau korang ingat juga, dulu beliau pernah popular dengan lagu Hujan Airmata. Lagu ni tersangatlah popular masa tu dan terpilih untuk bertanding di Muzik-Muzik separuh akhir tahun 1995. Kalau dengar Siti Musliha nyanyi live kompom nangis punya.

Selain tu, beliau ada juga berlakon drama Bukan Ku Pinta. OST drama ni pun popular lagi sampai sekarang. Kalau baca bait-bait lirik lagu ni, memang sedikit sebanyak menggambarkan keadaan beliau. Cuba hayati jap....


Senyum ku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah'
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu.

Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan,
Hidupku yg begini,
Kadar waktu diizin tuhan.

Tidak ku minta lahir ke dunia,
Tidak ku duga cacat begini.
Bukan ku minta kasih dan manja,
Bukan ku rayu bantu simpati.

Maafkan wahai teman,
Ku menumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua.

Tidak ku minta lahir ke dunia,
Tidak ku duga cacat begini.
Bukan ku minta kasih dan manja,
Bukan ku rayu bantu simpati.

Biarkan wahai teman,
Ku menumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua....


Kepada TV3, terima kasih berbanyak2 sebab siarkan lagi kisah beliau sebentar tadi dan terima kasih kepada pihak berkenaan kerana menjemput beliau untuk buat persembahan. Lepas ni, kalau ada rezeki, boleh la kita dengar dan lihat ketabahan Siti Musliha kat skrin TV.

6 comments:

  1. takde ke klip dari tv3 tu, nak tengok dia sudah besar.

    ReplyDelete
  2. takde bro..baru je tgk tadi kat TV3..pasni ade la kut org g upload kat tube..tpi dia still lagi mcm dlu la klu tgk kat TV tdi..

    ReplyDelete
  3. ala ruginya tak sempat tengok..ya ingat lagi dgn dia masa kecik kecik dulu..selalu kuar kat tv..

    ReplyDelete
  4. @miszazzu: tu la..ak pn kebetulan je masa tu depan tv..

    @giveash: klu dengar lagu bukan ku pinta,mesti ingat kat siti musliha..

    ReplyDelete
  5. tu lha pasai aku pon tak d[t tgok

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share