Cara-cara Mengatasi Penyakit Hari Isnin aka Monday Sickness!

Assalamualaikum.


Pernah dengar PENYAKIT HARI ISNIN?? 







Omputeh kata Monday Sickness. Setiap hari Isnin, penyakit ni akan datang. Kalau penyakit ni dah jadi macam habit kat seseorang individu tu, kalau tak mintak leave, at least dia akan lambat gerak dalam setengah jam ke office. Kalau di UK, lebih dari satu pertiga surat MC diambil pada hari Isnin. Kalau korang nak tahu korang dah berjangkit ngan penyakit ni atau pun tidak, simptom-simptom penyakit ni adalah seperti berikut...


1) Tahap kemalasan pada hari Isnin adalah yang paling tinggi jika dibandingkan hari-hari bekerja yang lain..
2) Malas bangun pagi
3) Takleh nak fokus pada kerja, termenung je banyak.. tak pun sambung tidur atas meja opis the whole morning..
4) Jadi pemarah tiba-tiba macam orang datang bulan..
5) Instead of buat kerja... masuk je opis lepas punch card, bukak pc, buka folder games, lepas tu main solitaire dua jam..


Pendek kata, waktu pagi hari Isnin je mesti kerja tak produktif. Enjin belum panas kononnya. Dah petang-petang dekat pukul 5, baru panas. Then continuos la sampai hari Jumaat. Tapi bila datang hari Isnin minggu seterusnya, mesti start balik macam ni. Even student pun tak terkecuali, setiap hari Isnin kalau boleh nak mintak cuti MC. Mesti pagi-pagi masa nak bangun pergi kelas tu, create satu alasan masa half awake untuk skip kelas jam 8. hehehe.

Penyakit ni memang sejak dari dulu lagi wujud. Kalau ada ubat untuk penyakit ni memang hebat la saintis yang cipta ubat tu. Ini semua berbalik kepada kekuatan psikologi atau pemikiran seseorang tu. Kalau lemah, memang setiap hari Isnin macam tu je lah. Kalau orang tu ada visi dalam tahap produktiviti kerja, hari Isnin boleh dilabelkan sebagai hari yang paling di tunggu-tunggu. Hari tu la dia boleh letak matlamat untuk minggu tu. Then, tengok result matlamat dia at the end of the week.


So, how to deal with it?






Tapi, sebelum tu, jom consider terlebih dahulu apa sebab-sebab yang boleh mempengaruhi monday sickness ni. Setiap hujung minggu, kita akan cuba memastikan semua tekanan waktu bekerja seboleh mungkin dilepaskan pada waktu itu. Tak kira la pergi dating ke, shopping sakan, jalan-jalan di mall, atau kumpul satu famili buat barbeque kat pantai. You name it as long you enjoy your weekend. Ini kerana apabila sudah masuk hari Isnin, tekanan tu akan berkumpul lagi dan setiap hujung minggu digunakan sebaik mungkin untuk release tekanan. Proses ni berulang-ulang sehingga tiada lagi komitmen terhadap kerja. Bila proses ni dah berulang-ulang, sampai satu tahap tu feeling of enjoyment ni akan terbawa-bawa ke hari Isnin. Sebab tu hari Isnin rasa malasssss je.

Now, that we know. Ini cadangan untuk overcome monday sickness ni.

1) Snap out of it! Hujung minggu dah berakhir dan anda perlu memberikan komitmen terhadap kerjaya pulak. Yelah, kalau malas kira macam makan gaji buta la kan.
2) Bahagikan tugas yang perlu anda lakukan hari itu dalam jadual yang lebih mudah. Motivasikan diri anda sendiri.
3) Cuba berbual dengan office mate yang lain waktu rehat. At least, boleh membantu anda menjadi cergas pagi Isnin tu.
4) Listen to good music. On the way ke office tu, bukak radio Hot FM, dengar panggilan hangit. Pasti akan terbawa-bawa ke office. hehehe.
5) Nikmati waktu rehat anda sebaik mungkin.
6) Each monday morning, boost yourself with a cup of coffee!


*Kopi kaw yang paling sedap!


So,itu serba sedikit cadangan yang boleh diaplikasi untuk mengatasi monday sickness ni. Kesimpulannya, cuba enjoy hari Isnin sebaik mungkin seperti hari-hari yang lain even payah. Tetapkan matlamat dan mulakan hari anda dengan senyuman. Ini kerana sebanyak mana pun alasan kita bagi, kita tak boleh nak elakkan hari Isnin. Hari Isnin tetap akan datang. So, the best thing yang kita boleh buat adalah lalui hari Isnin dengan motivasi diri yang tinggi supaya kerja tu habis cepat dan lepas tu kita dah boleh rilek main game kat facebook, post status baru di twitter dan update blog dengan hati yang senang. hehehe.


p/s: Pesanan ini ditujukan kepada diri sendiri. huhuhu.

Sumber: Mike Lopez

8 comments:

  1. monday yang paling best ialah bila time tuh dapat gaji heheh

    ReplyDelete
  2. @syuxer: haaa betul2..huhuhu..tapi walau macam mana pun, kalau hari isnin mesti liat nak bangun..sejak dari belajar dulu sampai dah kerja sekarang..kalau boleh hari isnin tu nak jadikan weekend juga..hehe..

    ReplyDelete
  3. @syrupmasin:

    boleh2, nah kopi...lalalalalala~~

    ReplyDelete
  4. hari isnin adalah hari yg paling tak best!! hari jumaat adalah hari yg paling BEST!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. uuuu...ari isnin mang malasss. minumm kopi jantan pon x efffect pape. hahahaha

    ReplyDelete
  6. @anis:

    ahaaa, ce ko try minum kopi tongkat ali pulak..hahaha

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share