Penyanyi Popular Rogol Anak Tiri Sejak Tujuh Tahun

Harian Metro Penyanyi Buas

Semakin lama, semakin banyak berita mengenai kes-kes rogol dan anak luar nikah dalam negara. Kali ini melibatkan seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air. 

Siapakah penyanyi hip hop yang dimaksudkan?


Berita Penuh di Harian Metro Online

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.

Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.

Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.

“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.

5 comments:

  1. Masih blm tau siapa yang dimaksudkan?

    ReplyDelete
  2. siapa tu ar.. ada jugk orng macam tu.. orng popular pulak tu is is is..

    ReplyDelete
  3. dah kuar melodi temuramah lanjutan pasal kes nih... teruk benor dia punya citer kelakuan ganas tersebut... ganas betul daaa...

    ReplyDelete
  4. blm diketahui lg identiti lelaki tu..sian pd anak yg mnjd mangsa..n si ibu yg menanggung dugaan...

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share