Hujung Februari tahun lepas, aku menjadi salah seorang dari jutaan pengguna smartphone terkenal dari rangkaian
LG Optimus keluaran
Life's Good. Untuk permulaan aku beli
LG Optimus One dulu, sebab awal tahun lepas baru nak berjinak-jinak dengan
gadget Android dan LG Optimus One adalah yang terbaik bagi aku masa tu. Lagi pun boleh main
Angry Bird free. hahaha.
Jadi sebagai pengguna smartphone dari LG, aku cukup teruja bila LG memperkenalkan
LG Optimus 3D iaitu smartphone pertama di dunia dengan fungsi
3D dan gadget kedua dari LG dengan paparan 3D selepas LG Optimus Pad 3D tablet. Kalau korang tanya kenapa aku teringin gadget ni, sebab aku nak main game HD dari Gameloft macam
N.O.V.A. 2,
Avatar atau
Let's Golf 2 dalam paparan 3D. Confirm main game sampai muntah!
INTRODUCING
Teringin nak main game-game HD sebegini dengan paparan 3D! Untuk pengetahuan, gadget ini ada built-in games iaitu Asphalt 6, Let's Golf 2, Nova.
Selain itu,
LG Optimus 3D juga mampu mengambil gambar dan video 3D dengan bantuan 2 kamera utama 5-megapixel di bahagian belakang. Awesome! Bayangkan saja tengok filem 3D di panggung wayang pada paparan mobile dan tanpa menggunakan cermin mata 3D. Boleh tengok wayang dalam bentuk 3D di mana-mana dan sekiranya korang nak tengok ramai-ramai kat TV pun boleh sebab gadget ini ada slot HDMI. Sambung je ke TV, tapi yang boleh support teknologi 3D la.
Apa yang menarik bagi aku pada gadget ini ialah
teknologi tri-dual yang diperkenalkan oleh LG. Ia membantu mengurangkan masa capaian ke RAM dan sekaligus membantu gadget ini untuk berfungsi lebih baik. Di samping itu, walaupun gadget ini didatangkan dengan paparan 3D, LG ada menyediakan
butang 3D pada bahagian kanan di bawah butang volume untuk memudahkan pengguna on/off paparan 3D. So, in case kalau mata dah penat main game atau tengok video dalam bentuk 3D, pengguna boleh turn off paparan 3D dengan menekan butang 3D di bahagian kanan
LG Optimus 3D. Genius!
Antara spesifikasi utama gadget dengan paparan skrin 4.3" (800x480) ini ialah ia dikuasai oleh chipset TI OMAP 4430 dual-core 1GHz dengan memori RAM sebanyak 512MB dan disokong oleh perisian Android 2.2.2 Froyo (Sekarang boleh upgrade ke Android 2.3.5 Gingerbread). Gadget ini juga mempunyai storan dalaman 8GB dan boleh menyokong kad SD sehingga 32GB, serta kapasiti bateri 1500 mAh.