Teka teki mengenai generasi ketiga Apple iPad sudah terjawab semalam selepas jemputan majlis pelancaran diedarkan sejak minggu lepas. Ada yang puas hati, ada juga yang mahukan lebih. Ini kerana, tak banyak perbezaan di antara iPad 2 dengan iPad Baru melainkan spesifikasi. Kalau korang tengok website hebat pasal product review sebagai contoh cnet.com, ada ruangan artikel mengenai apa yang dorang tak puas hati dengan generasi terbaru iPad.
Apapun, The new iPad atau iPad Baru telah pun dirasmikan dan bakal diedarkan pada 16 Mac 2012 di US, Kanada, UK, Perancis, Jerman, Switzerland, Jepun, Hong Kong, Singapura dan Australia. Manakala, untuk pasaran Malaysia mungkin menyusul pada 23 Mac 2012 kalau ikutkan sumber dari engadget.com.
Antara perubahan spesifikasi pada iPad Baru berbanding iPad 2 adalah peningkatan pada resolusi retina display, penggunaan cip baru yang lebih pantas iaitu dual-core Apple A5X (belum lagi A6), kamera iSight 5-megapixel dengan autofocus berbanding 0.7-megapixel pada iPad 2 dan sokongan untuk rangkaian 4G iaitu LTE. Selain tu, iPad Baru lebih tebal dan berat berbanding iPad 2.
*Source: endgadget.com
Tapi bagi aku, iPad Baru ni masih lagi menarik sebab spec dia jauh kehadapan kalau nak dibandingkan dengan tablet-tablet yang lain. Kalau korang nak tengok spesifikasi yang lebih detail, boleh tengok di website rasmi Apple. Apapun, aku lagi berminat dengan Ultrabook Toshiba Portege Z830. Sudi-sudi la tekan-tekan sekali butang tweet, google plusone, fb like dan linkedin share di bawah entri ini.
tunggu i-pad 10 lah.. muahaha.
ReplyDeletefahmi bg lah hadiah dekat nia satu . hehehe
ReplyDeletesaya pun tak terbeli lagi..huhu..dapat guna ipod touch je :P
Deletetak terasa lagi nak beli.. huhu. tapi kerap betul dia keluar yang baru..
ReplyDeletetiap2 tahun keluar satu..hehe..standard la Apple..
Delete