Jom Tambah Earning Dengan iPanelonline!

Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaa.

Korang dah daftar dengan Nuffnang, Churp-Churp, dan Grapevine kan? Sebelum tu, saya nak ambik masa korang sekejap untuk tengok ads grapevine ni.


Sini saya nak perkenalkan satu lagi program bertujuan untuk tambah earning korang jugak. Tapi, dengan program ni korang tak payah susah hati fikir nak naikkan trafik blog atau share link kat semua tempat sampai kena cop spam! huhu. Apa yang korang perlu buat dengan program ni senang je. Korang cuma perlu jawab survey SAHAJA. Tak susah pun, ambik masa 8-10 minit jawab soalan survey, dapat mata dan dengan mata tu korang dah boleh tebus untuk wang. Ini boleh jadi alternatif lain selain nuffnang, churp2, ngan grapevine tu. So, apa tunggu lain. Tak keluar duit pun. Dapat duit ada lah, asal jawab survey je. Kalau tak percaya, tengok ni.

1. Payment PERTAMA dari iPanelonline.com
2. Payment KEDUA dari iPanelonline.com
3. Payment KETIGA dari iPanelonline.com

atau


p/s: Nak buat contest, tapi tak tau nak buat apa lagi. Tapi hadiahnya bila-bila boleh ready iaitu COKLAT dari Labuan! Ada cadangan nak buat contest apa? =D

Fakta Tentang KOPI yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum.

Korang perasan kan saya ada letak gambar kopi yang sedap kat tepi sebelah kiri ni. So, kali ni nak letak entri pasal kopi. Berinformasi sikit ye tak? Kopi sebagaimana yang anda ketahui adalah minuman berkaler hitam pekat yang enak diminum panas2 ketika waktu pagi dan jauh lebih popular dari coke. hehehehe.

Sedapppppp


Kopi adalah minuman yang mempunyai keistimewaanya yang tersendiri. Kalau tak, tak mungkin akan wujud , "Mamak! Kopi o satu!!" Betul tak? Kalau korang perasan juga, sekarang dah banyak jenis dan cita rasa kopi. Kopi Radix, Tongkat Ali, you name it. Tak salah kalau saya katakan, setiap jenis kopi mempunyai pengikutnya sendiri. Kalau ada fan page facebook, mesti dah ada yang follow. haha.

A little bit of facts kenapa kopi ni banyak penggemar,


1) Kopi boleh menyegarkan dan berupaya mengurangi rasa mengantuk

Ni takyah la terangkan banyak2, ramai dah sedia maklum yang kopi mampu menahan diri kita dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Sebab tu kalau student mesti minum paket nescafe 3 in 1 tu banyak2 the night before exam. Nak studi katanya. Studi last minit. Sebab malam sebelum exam tu la, semua yang dibaca, dihafal dah boleh masuk. Sampai boleh habis satu buku dalam satu malam. kekeke.


Jangan tetido macam ni sudah. haha.


2) Kopi berupaya membantu anda mengekalkan kecergasan lebih lama

Ini kerana kandungan kafein di dalam kopi itu sendiri. Kafein boleh berfungsi sebagai wake-up call yang istimewa buat otak anda di mana ia berupaya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda lebih lama dari 30 minit. So, minum lah kopi sebelum bersenam kerana kafein membantu tubuh membakar lemak terlebih dahulu dari karbohidrat di dalam tubuh sebagai sumber tenaga untuk aktiviti kecergasan. 


3) Kafein boleh membantu meningkatkan rasa ghairah seks

Bukti. Tengok je TV3, kan ada iklan yang jin hijau tu. Alaaaaaa, iklan yang suami dia pujuk2 kemain lepas tu panggil jin hijau. Jin hijau tu bagi minum kopi tu kat dorang, lepas tu paham2 la... BETUL BETUL POWER!!! kahkahkah!

Kesimpulannya, kopi ni banyak kelebihannya. Yang kurang pun boleh tahan banyak jugak. Tapi, buat penggemar kopi macam saya, tu takde hal. hehe. Sambil lepak2, teguk secawan dua dah cukup. Aroma kopi tu pun dah cukup jadi daya penarik. Halusssssss...eh, harummmmmmmm. hihi.


p/s: Kalau korang pegi Sabah, jangan lupa cari KOPI TENOM bawa balik semenanjung. Kopi ni bau dia memang harum. Rasa dia jangan cakap la, sedap gila. haha.

Ini la KOPI TENOM
Sumber: HPA

ENTRI SPESEL: Follower AAL dah mencecah 400!!

Assalamualaikum.

Thanks korang sebab follow blog cikai ni. hahaha. Kepada yang follow blog ni, mintak tinggalkan pesan kat mana2 kasi tau dah follow. Gerenti saya follow balik, ok?



Maharaja Lawak minggu ke 9

Assalamualaikum.

Seperti biasa, saya susun Maharaja Lawak minggu ni mengikut susunan yang saya rasakan terbaik. Malas dah nak komen panjang2 ni, hehe korang layan je la k. BTW, minggu ni kumpulan Balas yang dapat undian terendah. Enjoy!


SEPAH
Persembahan Sepah bersama A.R.Badul


Payment KEDUA dari iPanelonline.com!!

Assalamualaikum.

Ramai dah kan yang nak dapatkan income online ni. Banyak yang mengharapkan dapat BE dari nuffnang, dari churp2 dan yang paling latest, GRAPEVINE. By the way, korang ada jumpa tak grapevine baru? Kalau belum, tengok sini. Nak dapat ribu2 setiap hujung bulan macam blogger2 otai mungkin lama lagi la. Sebab dorang dapat income tambahan nuffnang melalui review2 yang dorang buat sekali. Tapi, at least ada la juga kan kalau nak bagi duit raya kat budak2? huhu.

Pakcik kayooooo!! Mak Churp bagi duit belanja!!

Assalamualaikum.

Gempak tak tajuk entri? hahaha. Dalam minggu ni dapat tiga email dari churp2. Dorang bagi assignment buat ayat2 menarik untuk SCHEDULED TWEETS. Sebelum ni belum pernah lagi. Baru je ni dan ketiga-tiga ayat yang aku buat tu dah published kat twitter. hehe. Korang, follow twitter kat sini atau kalau nak comel sikit, klik burung biru kat sebelah kanan ni. Tqqqqqqqqqq. Tengok ini sekali yerr. Tqqqqqq.


PEREMPUAN JALANG!!

Kahkahkah. Korang tengok ni...

Klik untuk image lebih besar.


Siapakah gerangan insan yang cari kata kunci PEREMPUAN JALANG tu? Apa kes dia pergi google 'perempuan jalang' tu. Macam2 hal la. haha.

Peace!

Bercerita soal kerja...

Assalamualaikum.

Lama tak buat enti personal. hehe. Ok, berhubung tajuk entri ni, masuk bulan ni, dah 5 bulan kerja dengan bos baru ni. Setakat ni, alhamdulillahhhhhhh. Walaupun tekanan tu jauh lagi hebat berbanding kerja dengan consultant dulu. Kerja tiap-tiap hari duduk opis depan PC, buat design, main dengan AutoCad, Esteem, Prokon.... Sampai satu tahap, bila dah bosan, hantar resignation letter kat bos. As a result, dua bulan tanam anggur. hahahaha.

Sebenarnya, kalau nak diikutkan, kerja dulu jauhhhhhh lagi rileks berbanding sekarang. Tapi, sebab asyik buat kerja yang sama dan duduk dalam bilik aircond je. Tahap kebosanan tu mencecah level makmisa dan diakhiri dengan penghantaran 'surat cinta' kepada bos. hehe. Hari-hari buat kerja sama mana tak bosan, ye tak? Satu, buat calculation. Dua, design structure guna Esteem. Tiga, drafting output esteem guna AutoCad. Samaaaaaaaaa je.

Esteem

AutoCad


Sekarang ni dah kerja dengan contractor. Tekanan dia lain berbanding kerja consultant. Sebab tu, awal2 dulu dalam 3 bulan pertama, memang dah kuat hati tu nak berhenti lagi. huhu. Sebab, tekanan tu, hadoyyyyyyy. Sebabnya bos suruh pegang projek yang dah nak dekat tarikh siap, dan projek tu dah tersasar dari jadual. Delay la. So, terpaksa la berhempas pulas nak mengejar jadual tu balik. Bukan tu je, paperwork yang dulu2 yang jaga projek ni, banyak yang tak complete! Kena cover lagi. Ni ada lagi, bos suruh pegang satu lagi projek. Ada dua projek la kena jaga. Tapi, Site Engineer sorang je. Macam mana tak tekanan tu? So, kalau stay kat site yang pertama, site yang kedua tu, takde orang jaga la. Jadi, kalau buruh2 tu nak barang memang tak tau la. Buruh2 ni kalau takde barang, memang dorang tak kerja. Macam kerja office la jugak. Kalau takde kerja, buka facebook, twitter, kalau ada blog, sempat update lagi. hehehe.

Tapi, alhamdulillah. Setakat ni boleh tahan lagi sampai hari ni. Tapi sekarang, sebab ada projek baru lagi. Hambikkkk, tiga projek kena jaga!! Termasuk site yang kat atas tu, total site yang saya kena jaga ada EMPAT kesemuanya. Nasib baik la site dalam Labuan ni je. Drive dari site ke site yang lain tak jauh.






Sekarang ni dah boleh dah sesuaikan diri sikit kerja kontraktor ni. Dah selesa berbanding awal2 dulu. Awal2 dulu memang terkejar2. Masa kerja pun tak dapat nak manage dengan baik. Semua kelam kabut. Lunch pun selalu miss. Kerja government? Buat masa sekarang, mungkin tak akan lagi kot. Sebab gaji basic sekarang lebih kurang je dengan gaji Jurutera govt. Lagi pun, sekarang memang dah dipastikan bahawasanya, penulis blog ni tak tahan kerja dalam office!! hahaha.

Ok, habis dah. Sekiannnnnnnnn.

p/s: Thanks sebab baca entri ni sampai habissssss. hehe.

Segmen blog review oleh Jamaluddin.net

Assalamualaikum.


Sebelum tu, saya nak mintak maaf kat Jamal sebab lambat join segmen ni walaupun dah janji nak join petang semalam. Sori Jamal. hehe. Ini kali kedua saya join segmen yang dianjurkan oleh Jamal. Kalau nak kata beri komen, tak perlu la kot. Tak layak lagi saya ni. huhu. Tapi nak highlight kat korang yang Jamal sangat2 bermurah hati dan tak lokek ilmu untuk membantu blogger2 yang lain untuk naik macam dia dan Jamal saya dah anggap rakan la dalam dunia maya ni. hehe. Ouh, Jamal juga ada create page kat facebook khusus untuk blogger2 dapatkan tips dan tutorial blogging. Tengok kat sini.


So, jom join segmen dari Jamal ni. Boleh klik kat sini atau image di atas untuk join.

ENTRI SPESEL: Follower AAL dah 300!!

Assalamualaikum.



Yeah!!! Follower AAL dah mencecah 300!! Lama dah tak buat entri spesel ni. Paling latest, buat entri spesel untuk follower yang ke 200 kat sini. Thanks semua sebab sudi follow blog yang hampir-hampir-nak-terbengkalai-tapi-cuba-diselamatkan ini juga. Sebab apa cakap macam ni? Tengok kat 'Senarai Entri' blog ni dan perhatikan perbezaan jumlah post tu. hehe. April tu start aktif semula sebab baru pasang iklan nuffnang dan churp2. So, bermula la segmen merajinkan diri blogwalking untuk kasi up trafik. hehe.

Anyway, TERIMA KASIH BANYAK2 buat cik Nard sebab follow blog ni. Jom terjah blog NARDtheNERD di sini.




p/s: Nak buat contest, tapi tak tau nak buat apa lagi. Tapi hadiahnya bila-bila boleh ready iaitu COKLAT dari Labuan! Ada cadangan nak buat contest apa? =D

Payment Pertama dari IPANELONLINE.COM

Assalamualaikum.

YESSSSSSSSSSSSSSSS!!!!Akhirnya dapat jugak payment pertama dari iPanelonline ni. Memang tak sia-sia join dan ternyata secara terang dan bersuluh bukan tipu. huhu.  Kalau korang tak percaya tengok ni dulu..




Senang je nak dapat duit ngan iPanelonline ni. Korang cuma perlu jawab survey, lepas tu dapat mata. Satu survey biasanya dapat 300-500 mata macam tu la. Then, kalau nak tebus, paling rendah 520 mata untuk RM5. Macam yang saya tebus kat gambar tu untuk satu survey la tu. Cuba bayangkan kalau korang jawab 5 survey? 10 survey? Haaaaaaaaa, sila la congak. hehe.  So, jom la join. Tak rugi apa-apa pun. Ini cuma alternatif lain untuk dapatkan wang selain nuffnang, churp2 ngan grapevine yang korang join tu. Grapevine ni pun boleh tahan untung, cuma kena rajin la share link korang macam korang share link churp2 tu.





Kalau nak join, boleh klik gambar kat bawah ni. Lepas tu, boleh la start buat duit ngan iPanelonline



Tqqqqqqqqqqq.

(App) TOP 10 FREE GAMES ON YOUR IPHONE 4 AND IPOD TOUCH!

Hi hi there!

It's been a while since I write an entry in English. hehe. Okay, we move on... 



Since I mention in previous entry that I've bought an iPod Touch, and after exploring it for some time... Here I present to you TOP 10 FREE GAMES FOR YOUR APPLE DEVICE! 


ANGRY BIRDS
Game paling jahanam! Extremely addictive!


Maharaja Lawak Minggu ke-8

Assalamualaikum.

Lambat benor update kali ni. huhu. Ok, seperti biasa, saya bawakan lagi Maharaja Lawak dan saya senaraikan mengikut persembahan yang terbaik untuk malam tu. Tapi, seperti biasa, empat peserta ni je yang saya update. hehe. Enjoy!


SEPAH
TERBAIK! Tu je, Shuib pun makin lama makin best berbanding Raja Lawak yang lalu.



JAMBU
Part ni paling kelakar. Spontan kena tampor. Kahkahkah.
Tengok video kat bawah.




JOZAN
"Dokter, bile nak biyusssss..dokterrrrrrrr..dokterrrrrrr"

"Dokterrrrrrrr...dokterrrrrrr...blackawouttttttt..dokterrrrrrrr"



NABIL
Nabil buat stand-up comedy! Makanan dia dah ni.



Footnote: Man tersingkir minggu ni, dan R2 diundi masuk.

Earning Churp2 Berganda-ganda dengan GRAPEVINE!

Assalamualaikum.

Kuat betul penangan Grapevine kan? haha. Ramai yang tanya kat saya apa benda Grapevine ni. Dan disebabkan ada permintaan khusus, so saya terangkan secara ringkas la grapevine kat entri ni. Sebenarnya, serba salah juga nak buat penerangan ni, takut tersalah informasi ke apa ke, lagipun kalau banding earning grapevine blogger lain macam ahfat, memang saya jauh ketinggalan. hehe. Anyway, kepada Farysa, saya cuba jawab soalan awak sebaik mungkin k.


Saya jawab, "Boleh la boleh, datang ke belog ku~~~"

Sebelum tu, untuk tambah earning ngan Grapevine ni kena daftar ngan Churp2 dulu. Kalau ada yang belum daftar, kena daftar dulu la.



*Ok, sesi penerangan bermula.*

Pecah rekod!!

Assalamualaikum.

Lepas post entri pasal 'first love' kat sini ngan entri pasal Grapevine yang untung jauh lagi banyak dari BE (boleh tengok entri di sini), unique visitors blog ni naik mendadak sampai lebih 200UV. PECAH REKOD! Biasa 100UV macam tu je. Kali ni bertambah lagi. Tapi esok tak tahu lagi. Mudah-mudahan maintain sebab BE masih jalan lagi ni. hehe.

Anyway, pasal Grapevine tu, nak bagitau rakan-rakan. Earning Grapevine naik jauhhhhhh lagi cepat berbanding iklan churp-churp ngan campaigns cpc nuffnang. So, jom join cepat-cepat. Kalau nak tau cara-cara join Grapevine ni, boleh rujuk kat sini. Untuk korang yang belum daftar lagi ngan Churp-Churp, jom join!




Bloglist Abgteror | Tanah Tumpah Darahku

Assalamualaikum.




Sambil-sambil cari idea nak buat entri baru, jom join bloglist abgteror. 


1. Dimana anda dilahirkan?
Wilayah Persekutuan Labuan

2. Dimana anda dibesarkan?
Wilayah Persekutuan Labuan

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
Sebab W.P.Labuan takde kat dalam bloglist....boleh buat satu tak abgteror? hehe.

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
- Sebab saya lahir, membesar, semua di Labuan..ambik degree je jadi perantau kat Pahang.
- Sebab kat Labuan, keta import ngan coklat murrraaaahhhh..mai datang Labuan..hehe..

BE Pertama dari Nuffnang, Durian Runtuh dari Grapevine!

Assalamualaikum.

Akhirnyaaaaaa! Setelah hampir dua bulan menjana trafik ke blog picisan ni, berbalas-balas tiket ke nuffnang, blogwalking ke sana sini mencari tips mendapatkan BE. Akhirnya, dapat juga BE. First BE yawww! Yihaaa! 

Minta izin cerita pasal sejarah blog sikit sebelum tunjuk kejayaan bergambar di bawah. hehe. Kalau korang perasan kat header blog ni, saya highlight "Kesinambungan Aku Anak Labuan". Jangan fokus dengan 'Aku Anak Labuan' tu. Tapi fokus part "Kesinambungan". Kenapa Kesinambungan? Apa yang sambung? Sebab dulu saya blogging guna blog friendster, guna tajuk blog 'Aku Anak Labuan' jugak. Masa tu tak tau lagi pasal blogspot ni. Hatta, facebook pun tak popular lagi masa tu. Tahun 2007 masa tu. Kalau nak cari blog tu, google je 'Aku Anak Labuan'. Kalau rajin la. Ada satu blogspot yang dah tak ingat login pakai email apa, dan lagi satu blog friendster tu. So, bila dah bosan ngan blog friendster tu, May 2009 lahir la blog ini bagi menggantikan blog Aku Anak Labuan versi friendster....

"Ouh, jadi kenapa nak cerita semua ni?" Sebab nak highlight kat korang tujuan asal blogging bukan untuk dapatkan duit, tapi sebagai hobi. Dah mula menaip-naip semua ni dari 2007 lagi. Lagipun, nak mengelak sebelum ada orang cakap, "blogging baru setahun jagung, dah berlagak dapat BE.." Ada ke? hehe.

Ok. Berbalik kepada entri. Saya letak iklan nuffnang setelah umur blog ni hampir dua tahun. Dan setelah dua bulan bubuh iklan nuffnang, akhirnya dapat juga BE! Ada dua pulak tu! 7 sen cukup la tu untuk permulaan. Betul tak? Tapi pasal apa iklan lagi satu CTR Bonus kosong? Siapa boleh tolong jawab? Serius tak tahu dan apa LR ngan LB tu?


Klik untuk image lebih jelas

Ouh, ni paling happy sekali. Tak kurang dari seminggu, dah dapat RM9.20 dari Grapevine ni. Cepat gila naik. Nuffnang punya cpc pun tak naik cepat macam ni. Alhamdulillah. Nak tau macam mana nak dapat duit dari grapevine ni? Boleh tengok di sini. Minta jasa baik rakan-rakan, klik sekali kat sini dan sini. Tqqqqqq


Klik untuk image lebih jelas


Rakan-rakan, jom sign up iPanelonline sekali. Another alternative untuk jana duit online selain nuffnang. Jangan risau, ini tak ganggu status 'gelihati' nuffnang korang. Just jawab soalan survey, dapat point, then boleh tebus point untuk duit. Paling rendah RM5 dah boleh tebus. Klik kat sini ye.

Ok, done. Selamat berblogging.

Peace!

BOARD OF ENGINEERS MALAYSIA

Akhirnya sampai juga surat dari BEM (Board of Engineers Malaysia) atau dalam bahasa Malaysia nye, Lembaga Jurutera Malaysia. Ops, sebelum tu....

Assalamualaikum.


Sopan sikit, ye tak? Anyway, berbalik kepada surat yang dah tiga bulan dok tunggu HARI INI baru sampai itu, ianya sangat penting buat semua graduan-graduan Ijazah Sarjana Muda bidang Kejuruteraan, tak kira la Awam, Mekanikal, Elektrikal atau yang lain-lain. Semua graduan kena berdaftar dengan BEM bila dah tamat pengajian. Sesudah proses pendaftaran disahkan, korang dah layak untuk bergelar JURUTERA sepenuhnya. Then, dah boleh la isi log book untuk nanti di kemudian hari, senang nak apply title professional engineer atau Ir, kalau dah cukup syarat la. 

Kalau member bakal-bakal dapat title DOKTOR, Dr Mohamad Nasip (Walauwe, sedap gila nama ada title!). Aku pun nak jugak, Ir Mohd Fahmi Bin Mustakim. hehe. Tapi tunggu sampai rambut botak tinggal uban baru dapat la kot. Ouh, member ni pun ada blog jugak. Jom jenguk blog bakal doktor ni di sini.

Kalau ada yang baru nak daftar, boleh tengok link di sini. Then, just follow all the instructions given. Try to follow up your registration status after that, to ensure you get the reply sooner. Tak la tunggu-tunggu sampai 3 bulan macam saya. Ok?

Peace!

Apa kes dengan Cinta Pertama?

Assalamualaikum.



Mintak izin nak menjiwang kejap, boleh? hehe. 

*A quick post* Tadi dalam masa driving balik ke rumah balik dari kerja, sambil-sambil tu sempat cari idea nak bubuh apa untuk entri kali ni. Dalam 5 kilometer perjalanan macam tu, pikir nak letak gambar-gambar lawak je macam entri yang ini, takpun kisah-kisah lucu macam ini dan itu. Then, bila tambah speed, pikir nak buat  entri pasal iklan grapevine macam entri yang ini pun best jugak. Untung-untung boleh naik lagi earning churp-churp. Sampai satu selekoh ni, pikir kalau buat entri pasal review gadget lagi macam entri ini power jugak. Tapi nak cari bahan lagi. Last-last sebelum parking kereta kat bawah rumah, aku bermonolog sendirian, "Kalau letak pasal cinta cintun ni macam ok jugak, akhir-akhir ni pun banyak blogger post pasal Abg Salih Yaakob cukupkan kuota poligami..." Then, menyala la mentol menandakan idea dah sampai, "First Love pun ok ni, hehehehehehehehehe" *Skrip dialog tersebut telah ditokok tambah kemanisannya yerrr...

Cinta Pertama

Apa pandangan korang pasal "First Love" ni aka Cinta Pertama? Tak kisah la cinta-cinta monyet zaman persekolahan dulu ke, cinta bawah pokok kelapa ke, mana-mana la asalkan "Cinta Pertama". Setuju tak kalau saya katakan, yang pertama yang paling susah nak dilupakan. Berapa puluh kali bercinta pun, mesti yang pertama tu jugak yang paling susah nak lupa.

Kisah saya dulu-dulu time zaman sekolah. Awal tahun 2000 dulu. Saya yang ajak, "U nak couple dengan I tak?", wakaka. Tipu-tipu. Takde tanya spontan macam tu, saya tunggu sampai sebelum nak amik exam PMR baru tanya. Bayangkan dari awal tahun, tengok dari jauh je. Walaupun satu kelas. Tegur pun malu. ecece. Usha-usha pun takde, just tanya, "Saya suka awak...." Then, dibalas, "I pun..." dari pihak sebelah. Tak bertepuk sebelah tangan la ni. hahaha.

Then, berlanjutlah kisah cinta monyet ni. Dulu-dulu kami takde henset lagi. Balas-balas surat ja dengan posmen upahan. hehe. Lepas kelas, jumpa kat kantin, kalau tak kat library. Standard la budak skema. hehe. Time valentinte, bagi patung yang ada bunyi-bunyi tu. Kalau tarik dia bunyi, "I Love Youuu". Wakaka. Sentap..sentap! Ouh, dulu jahiliah lagi yer, tak tahu lagi hukum sambut Valentine semua ni. 

Bagaimana putus tu, ada la kisah dia. Biasa la budak-budak. Tak matang lagi. Sekarang ni, dia dah kahwin dah pun. Tapi still tak lost contact lagi dengan adanya FACEBOOK. Kalau difikirkan balik, memang agak nakal la jugak. Banyak sejarah. hehe. Apa pun, semoga dia berbahagia la dengan pilihannya. Saya? Leks lagi...

Ouh, untuk makluman, saya single lagi. Korang nak kriteria bakal suami yang macam mana. Sini saya jawab sikit. Rupa dan sifat? Comel loteh dan sangat berbudi bahasa. Taraf pendidikan? Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Kerjaya? Jututera Projek - Full Time. Gaji? Dah boleh la kalau nak tanggung anak dara orang.  So, gadis-gadis sekalian, kalau berkenan, jom la berkenalan. Kahkahkah! Hanya gurauan di sebalik langsir.

Peace!

3 Perkara Penting dalam Kehidupan

Assalamualaikum.

Hidup di dunia ini cuma sementara dan hidup di akhirat juga yang kekal abadi. Tapi, apa perkara-penting yang perlu dijaga dengan baik selama masih bernyawa di muka bumi? *Cewah, ayat....bajet bagus sangat....heee...

Jom kita list down:

1.Rakan yang baik dan boleh dipercayai

Bukannya rakan yang hanya wujud bila dorang memerlukan sesuatu daripada anda. Tapi seorang rakan yang susah senang bersama-sama. Tapi tidak dinafikan rakan-rakan yang sebegini boleh dibilang dengan jari. Selayaknya, mereka lah rakan dunia dan akhirat. Rakan sebegini mesti la baik, boleh dipercayai, dan dari latar belakang keluarga yang baik.

Bayangkan kalau korang ada rakan yang masa dia susah, beriya-iya mintak tolong kat korang. Kemudian, bila korang nak mintak tolong kat dia pulak, macam-macam alasan dia bagi. Sibuk la, itu la, ini lah. Ataupun, dalam perjanjian korang secara verbal, "persahabatan kita dunia dan akhirat...", as if, berkawan sampai mati. Tapi, few years after that, kontek pun takde, nombor tukar tak bagi tau. This kind of friend better regard as 'kawan' sahaja la. Tak perlu sampai nak putus silaturrahim.

Pengaruh kawan/ rakan/ sahabat sangat besar implikasinya terhadap kehidupan. Ia secara tidak langsung membentuk peribadi seseorang sedari kecil ketika zaman pra sekolah sehinggalah peringkat universiti, hatta di dunia pekerjaan. Rakan yang baik akan membimbing rakan mereka secara tidak sedar untuk menjadi lebih baik. Oleh itu, sebagai manusia yang sudah terdidik dari awal lagi untuk memilih mana yang baik, mana yang buruk. Jadi, pandai-pandai la pilih.


2. Mengenali dan memahami diri sendiri

Untuk mengenali diri sendiri, menyukai diri sendiri, kena la bagi keutamaan kepada agama. Kerana agama mampu membentuk keperibadian seseorang. Kalau mengalamai kekangan atau masalah dalam membuat keputusan atau sebagainya, lebih elok sekiranya menunaikan solat sonat istikharah untuk mendapatkan petunjuk dan sebagainya.

Mengenali diri sendiri sangat penting kerana siapa lagi yang perlu mengetahui kehendak diri sendiri kalau bukan tuan empunya minda dan badan. Kita perlu tahu di mana kekuatan dan kekurangan kita. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk mengenali diri sendiri terlebih dahulu.


3. Kesihatan yang baik

Kesihatan diri sendiri perlu dijaga dengan baik. Elakkan dari tabiat-tabiat yang boleh memudaratkan seperti merokok dan sebagainya. Kesihatan yang baik, menjamin masa depan yang lebih baik secara keseluruhannya.

Kesimpulannya, ketiga-tiga point di atas berkait rapat dengan soal kehidupan seseorang. Banyak lagi sebenarnya perkara-perkara penting yang perlu dijaga dan diambil perhatian semasa bernafas di muka bumi ni. Tapi, elok kalau terlebih dahulu perkara-perkara tersebut di ambil perhatian dan diamalkan untuk hidup yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. InsyaAllah....


Footnote: Selesai buat karangan...berapa markah per seratus korang nak bagi??

Grapevine Kedua untuk Para Churpers

Grapevine kedua dari Churp2, kali ini dari Dentyne. Klik di sini untuk info. Kalau korang rasa-rasa ada bakat macam Heliza Helmi atau paling kurang pun macam Mawi ke, boleh pergi audition atau send video korang nyanyi acapella untuk contest ni. Klik kat sini ye.




Macam mana nak join grapevine ni? Senang je. Kalau korang ada pasang iklan nuffnang kat sidebar, dalam masa tertentu, iklan grapevine tu akan keluar kat iklan nuffnang tu. Bila keluar macam kat atas tu, korang cepat-cepat tekan butang twitter, atau kalau takde twitter tekan butang facebook kat step 1 tu, lepas tu share. Sudah selesai share tu, masukkan email korang kat step 2. Then, cek email korang. Dalam email tu, grapevine nuffnang ni ada bagi link unik untuk korang SAHAJA untuk di share. Then, boleh cek kat churp-churp untuk redeem earning.

Kalau tak faham, klik di sini untuk penerangan yang jauh lebih simple dari di atas. hehe. 

Thanks!

Bila Cuti, Hati pun Senang :)

Assalamualaikum.


Happy tak? hehe. Tak kira, mereka yang dah berkerjaya ataupun pelajar, hatta suri rumah sekalipun mesti suka cuti sebab dapat kumpul ramai-ramai dengan family. Betul tak?

Sungguh, dalam bulan ni workload makin banyak. Kadang-kadang rasa macam malas nak turun kerja. Mana nak turun ke site, buat paperwork. Nak adjust masa lagi jumpa client. Sangat tertekan. Kalau boleh nak mintak cuti lagi barang seminggu dua nak lepaskan tekanan kerja. huhu. Tapi ini la namanya kerja. Tekanan memang ada.

Anyway, Selamat Hari Wesak kepada mereka-mereka yang menyambutnya dan yang tumpang cuti macam saya, hehe, selamat bercuti!

Tips dari REDMUMMY.COM untuk Blogger

Assalamualaikum.

Kalau anda seorang blogger, mustahil kalau tak kenal Redmummy, blogger terkenal di Malaysia. Bulan-bulan cashout ribu-ribu dari nuffnang. Aku pun baru 10ringgit. hahahahaha.

Ini la kak Red.

Jom tengok video ni untuk dapatkan tips-tips blogging. Up trafik dan macam-macam lagi la. Layannnnn..








Kalau nak jenguk blog kak red ni, boleh pergi ke redmummy.com. Yang pengacara tu, klik kat sini untuk jengok blog dia.

Peace dan selamat berblogging semuaaaa

Maharaja Lawak Minggu ke-7

Assalamualaikum.

Seperti biasa, saya update persembahan peserta Maharaja Lawak untuk minggu ke 7 yang bertemakan Silent Comedy. Seperti biasa jugak, saya senaraikan peserta-peserta mengikut persembahan yang saya rasakan terbaik untuk malam tu.


Jambu
Ok! Tapi tensen yang amat ngan mamat yang jerit "boleh tuju lagu tak?"



Pelik, Justin Bieber Bengang Dengan Wajahnya Sendiri?

Haha. Tipu je. Mustahil la. Budak tu tiap-tiap hari tengok cermin betulkan rambut. Kahkahkah. Sorry Beliebers. Anyway, sebelum mengulas lanjut pasal tajuk entri ni, korang tengok dulu gambar ni...





Sekarang, jawab soalan ni, "Antara dua gambar di atas, siapakah yang BUKAN Justin Bieber sebenar?"

Entri Paling Hangat Hari Ini!

Assalamualaikum.

Akhirnya! First place!!

Terlebih dahulu, saya nak ingatkan entri ini tiada unsur-unsur belagak nak mampos dan yang sewaktu dengannya. hehe. Siapa la saya dalam Innit kalau nak dibandingkan dengan rakan blogger lain yang aktif ber'innit' seperti Jamal, Ammar, Ewanrani, Nal dan lain-lain. Bukan apa, terharu sebab first time tengok entri saya "Hitler bengang group Kpop Malaysia bajet Korea" mendapat jumlah nang yang paling banyak  dan tersenarai di featured post innit nuffnang.

Ops..Innit? Kalau ada yang tak tahu lagi, Innit adalah salah satu dari medium untuk blogger berkongsi topik-topik menarik dengan rakan blogger yang lain. Selain itu, Innit juga adalah satu alternatif untuk blogger-blogger mencari kenalan baru sesama blogger. Blog secara amnya dipengaruhi oleh populariti blog anda dan populariti blog anda direkodkan dalam bentuk jumlah unique visitors. Jadi, dengan Innit, komunikasi anda dengan blogger-blogger lain akan melahirkan hubungan dua hala yang secara tidak langsung membantu meningkatkan trafik blog anda. 

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang klik nang untuk entri saya yang ini. Korang terbaik!! Lastly, saya reccomend korang layan video tu. Boleh gelak-gelak sebelum tido. hehe.

Peace!

Hitler Bengang Group KPOP Malaysia Bajet Korea!

Gula Gula

24:7 @ Max247


Sebelum ni, saya ada buat entri pasal group Kpop Malaysia yang pertama ni. Klik di sini kalau nak baca. Sekarang ni, dorang dah tak mengaku Kpop dah tapi dah jadi Mpop pulak. Malaysia Pop la lebih kurang. Tapi dorang-dorang ni tetap bajet korea lagi la. Sebab tu Hitler bengang gila kat dorang ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, tengok video ni.


Klik Read More ye..

(Review) Apple iPod Touch 32GB 4Gen : Part 2

Assalamualaikum.

Tanggal 5 Mei minggu lepas, saya 'sah' memiliki sebuah produk dari Apple yang pertama, iPod Touch 4G! hahaha. Keluar tahun lepas lagi iPod Touch ni, tahun ni baru beli. Bukan apa, tengok orang lain banyak buat review untuk produk Apple terutamanya iPhone 4 dan iPad 2, jadi kerana hasad dengki dan tamak haloba, saya pun teringin juga la nak cuba satu. Kahkahkah! So, saya angkat la iPod Touch 4G. Kenapa saya beli iPod Touch, bukan iPhone 4 atau iPad 2 je, korang klik kat sini. Lagipun, lebih kurang je ngan dua produk tu, iaitu built in processor cip Apple A4 dan tentunya mobile operating system terkini dari Apple, iOS 4. *Sekarang dah boleh update sampai version 4.3.3.*

ENTRI SPESEL : Follower AAL yang ke 200!!!

Assalamualaikum.

Klik gambar untuk lebih jelas


At last!!! Follower AAL mencecah angka 200!! Setelah berusaha gigih untuk kembali aktif berblogging, dari angka kurang 50 awal bulan lepas, kini dah mencapai angka 200. suke suke..

Dan seperti biasa, saya buat satu entri khas untuk follower AAL yang ke 200 seperti yang saya post sebelum ini untuk Shat, Yu'Yu, Kak No, Kak Deyna dan Kak Linda. Kali ni extra special sikit sebab follower kali ni junior kat UMP dulu. Haha. Sila-sila la lawat beliau dalam SARANG JERUNG di sini atau klik sahaja image di bawah.




p/s: nak akses FTP UMP nak download crita2 Korea..... *izzudin, interface web UMP sejak bile lagi tukar?*

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

Assalamualaikum.

Kali kedua ikut segmen GEGAR beliau. Jom join untuk lebih kenalan di dunia blogger Malaysia ni. Klik kat image di bawah untuk join atau kat sini pun boleh.




Jangan lupa undi beliau sekali di sini. Currently, first rank! hebak!

ENTRI SPESEL : Selamat Hari Ibu!

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu, Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bergelar Ibu. Tanpa mereka, tak mungkin kita mampu bernafas di muka bumi ini.

Entri kali ini saya nak highlight sedikit mengenai khutbah solat Jumaat baru-baru ini. Berkaitan Hari Ibu. Dan saya rasakan sangat menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan. 


"Pengorbanan kamu kepada Ibu hanya sebesar kuman jika dibandingkan walau hanya sehembus nafas Ibu ketika melahirkan kamu..."


Maharaja Lawak Minggu ke-6

Assalamualaikum.

Wah, sehari tanpa post entri baru. Rindu gila, traffic pun jatuh. haha.

Ok, kita berbalik kepada tajuk entri ni. Seperti biasa, saya update lagi persembahan Maharaja Lawak minggu ke-6. Tema dorang minggu ni adalah bebas. Dan seperti biasa juga, saya letakkan barisan 4 peserta yang saya anggap terbaik dan bakal menjadi Juara Maharaja Lawak.


JAMBU

Bila sang 'cemburu' menjadi 'pembunuh!!'

Dipetik dari Berita Harian.


Lelaki cemburu tikam tunang bertubi-tubi di stesen minyak






BUKIT MERTAJAM: Seorang pekerja kilang yang cemburu dan panas baran dipercayai menikam tunangnya bertubi-tubi sehingga mati menggunakan sebilah pisau sebelum meminum racun, di stesen minyak di Jalan Perusahaan Prai di sini, semalam.


Kenangan Zaman Sekolah Menengah Budak Lahir Tahun 80 an

Assalamualaikum.

Hai hai semua! Entri kali ni pun ringkas jugak. Zaman sekolah menengah dulu-dulu, bagi mereka yang lahir tahun 80 an mesti pernah layan-layan lagu english popular masa tu. Sebagai contoh, Westlife. Tipu la kalau ada yang tak kenal Westlife masa tu. Yang lahir awal tahun 90 an pun mesti kenal dengan boy band dari UK ni. 

Ok berbalik kepada tajuk entri, tadi masa manja-manja ngan google, tiba-tiba teringat satu lagu ni dari Westlife ni. Memang popular habis la dulu. Masa lagu ni popular, saya dah masuk sekolah menengah. Lagu tu saya siap salin-salin lirik bagi hafal. Pastu pegi beli kaset, main kat Walkman. Walkman??? Haha, dulu takde MP3 player, iPod semua ni. Semua dengar lagu guna walkman atau yang berduit sikit tu bergaya ngan Discman. Pakai Discman ni bergaya sikit dari Walkman. Sony punya produk pulak barang hot masa tu. hehe. Ini semua cerita masa awal-awal tahun tahun 2000 dulu la...


Ini la Walkman.
*Pernah beli kaset Too Phat, peminat hip hop la katakan dulu2. Siap hafal lirik lagu Anak Ayam lagi, rapping la, apa lagi. hahaha.*


Discman. Hot stuff dulu2. hehe.


Sekarang ni semua canggih dah. Tak pandang dah yang kat atas-atas ni. Even Nokia 3310 pun barang hot dulu. Siap boleh compose muzik lagi buat ringtone. 



*Henpon idaman dulu2 masa sekolah menengah. haha*


Ouh, dah makin lari dari tujuan entri ni ditulis. Tapi, buat yang lahir tahun 80 an, kenangan kita dulu memang best. Especially masa cuti Raya. Dulu cuti raya kita ngam-ngam cuti sekolah dua bulan tu. Bulan 11, 12 macam tu la. Sekarang dah jatuh bulan 9, 10 macam tu. Tahun ni Hari Raya kita jatuh 30 Ogos 2011 pulak kalau ikut kalendar. Sekali la cuti Raya ngan Merdeka. Dulu cuti Raya jatuh sekali ngan cuti Tahun Baru Cina atau Krismas. Lagipun dulu-dulu, cuti raya rasa lamaaaa je. Sekarang, dah tak rasa dah. huhu.

*Ok, sesi flashback tamat.* Ini la lagu Westlife yang popular dulu tu. Klik kat readmore ye. 

Layannnnnnnnn

Saya seorang blogger...

Assalamualaikum.


SAYA DAPAT BANNER NI DARI BEN ASHAARI

Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI

Apple iPod Touch 4G 32GB!

Assalamualaikum.

Ringkas je entri kali ni. Check this out first..


Group KPop Malaysia pertama?

Assalamualaikum.

Anda penggemar KPop? Kalau bukan pun, cuba korang bayangkan kalau ada rakyat Malaysia atau lebih tepat lagi, orang Melayu kita yang nak buat fenomena Hallyu wave ni kat Malaysia. Sabar sabar, jangan scroll bawah dulu... Tengok dulu ni...






Versi KPop original

GA Header & Template Blogspot!

Assalamualaikum.

Selamat hari Isnin buat semua. Kepada yang boring, takde idea nak taip apa kat blog hari ni, *hehe* jom join contest dari alieff ni. Hadiah best2 woo, full template free dan header blog percuma dari beliau! 

Klik image kat bawah atau kat sini untuk join contest ni.



Ok. Now, we move on;

1. Header/ Template impian
Sudah tentu header/ template yang lawa macam encik alieff kita ni. Smart gila. hee.

2. Kenapa blog 'cikai' ni patut menjadi pemenang GA alieff
Sebab saya nak header/template free yang direka khas oleh encik alieff. Lagi pun, template saya ni tersangatlah huduhnya. 

Di sini, saya tag rakan saya Nana, seorang jurutera applikasi terkenal di PDS dan rakan blogger saya, saudara Jamal, pun seorang blogger bergelar Jurutera.

Jom join contest ni, untung2 menang dapat template free. Klik kat sini ye.

Cuti Hari Pekerja!

Assalamualaikum.


Selamat hari pekerja buat semua. Esok pun cuti lagik. Selamat menikmati cuti hujung minggu anda dan no more Monday Sickness esok! Yeah! Tapi blogging tetap jalan. Kerja ka blogging ini? Some people would put that in their job list. What ever it is, HAPPY LABOR DAY to all!